Wednesday, February 12, 2014

Tips Mudah Bersalin

Bila da masuk trimester terakhir ni, mula la rajin dok menggoogle petua2 dan tips2 supaya senang bersalin..padahal da ada pengalaman melahirkan 2 org anak..bagi aku sakit bersalin tetap dirasai semua kaum wanita yang melahirkan...cume kalau bole kite nak memendekkan mase sakit yang teramat sangat tu..so nampaknye di hujung2 kehamilan ni kene la banyak praktis tips2 kt bawah ni....



Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Ada seorang mummy ingin kongsikan tip2 yg mungkin boleh menolong mummy2 yg akn bersalin... Amalkan semasa mengandung anak pertama.

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan -(sedang amalkan..nasib baik senang nk dpt stok kelapa fresh kt sini...umh dkt dgn pasar borong Nilai 3..he3 )


2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan. - ( time drive pg2 g kj mmg slalu ckp ngn bb..x pn time nk tdo bg bb dgr surah yusuf )


3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan. - (sedang mencuba walaupun adakalanya stress melayan karenah anak2...smile always )


4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri. - ( setiap kali sblm tdo, saling bermaafan...alhamdulillah )


5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah. - ( rutin harian, mmg sdg melatih diri sentiasa cergas walaupn di akhir kehamilan...mgkn sb mkn madu n kurma setiap hari..)


6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan. - (oppsss...)


7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu . Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku. - ( ari2 mmg byk berjalan..walaupn cepat mengah..)


8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang. - ( in shaa allah..smg dipermudahkan )


9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar. - ( mmg kerap terutamanya waktu mlm...)


10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :


1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .

Semoga kelahiran berjalan dengan lancar, tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh kesakitan tidak terlalu panjang.

No comments:

Post a Comment