Friday, October 23, 2015

:: Banyaknya Khasiat Halba::

Dua minggu lepas, my biras admit ward kerana kandungan gulanya yang tinggi dalam darah..kesian pulak tengok..my biras tu preggy anak yang ke 4..setelah 5 hari duduk dalam wad dia dah start stress sebab doc tak benarkan dia balik sebab kandungan gula dia yang turun naik. jadi dia tanya la kat grup family camne cara nak turunkan gula dlm darah..so saya pun tolonglah gugel untuk die..rupanya guna halba je..kalau kat kedai tu sepeket cuma RM2 je...hmmm..dan bila baca rupanya banyak khasiat halba ni untuk tubuh badan kita..Antaranya........
  1. Mencuci perut. Mencuci darah kotor = mencantikkan struktur kulit dari dalam. 
  2. Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah = merawat penyakit kencing manis. 
  3. Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan. 
  4. Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi. 
  5. Membantu masalah kegemukan = mengurangkan berat badan. 
  6. Menguatkan fungsi jantung. Merawat masalah sembelit & buasir. 
  7. Melancarkan perjalanan darah. Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid). 
  8. Melegakan masalah sakit kepala / migraine. 
  9. Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim = ikhtiar utk mereka yg ingin hamil. 
  10. Mengetatkan & meremajakan rahim.. (kembali perawan la maknanya) 
  11. Menghilangkan lendir & sakit tekak. 
  12. Membantu mengatasi masalah kekurangan darah. Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah. 
  13. Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan. 
  14. Memperbanyakkan air susu ibu. 
  15. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi! 
  16. Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan. 
  17. Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita. 
  18. Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan. Memelihara keanjalan kulit = awet muda secara semulajadi.
  19.  
Cara Penyediaan Teh Halba

  • Masukkan 2 gelas air ke dlm periuk.
  • Masukkan 1 sudu besar biji halba ke dlm periuk tadi.
  • Rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, terus tutup api & tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
  • Setelah suam, tapis & tuang ke dlm gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / cuka delima. (letak gula merah atau madu pun boleh... tak letak apa2 lagi bagus :) )
  • Kacau & minum 3 kali sehari (before breakfast, lunch and dinner).
  • Jika anda rajin bersenam selepas minum secawan teh halba selama 30 minit setiap hari sehingga 3 bulan, berat badan anda akan cepat menurun!!! (i tak test lagi.. hihihi) 
Atau cara paling malas tak mau rebus-rebus boleh try cara ni...

1 sudu besar halba, cuci sikit..rendam dalam segelas mug..bila dah suam bolehlah diminum. 
 
Malam tadi, kepala rasa berat je, start keluar dari ofis dah rasa sakit kepala rasa mual2...risau pun ada...haha...sampai wasap ngan my husby bagitau ye tak larat nak masak...ahaiii...manja betul tapi nak buat macam mana memang tak larat..balik keje terus saya ambil halba rendam dengan air panas dah suam tu saya terus minum...dan alhamdulillah dalam 15 minit hilang sakit kepala boleh buat kerja rumah...in shaa allah lepas ni nak amalkan... kalau bole cuba cara ni tanpa makan ubat-ubatan..lepas tu rehat sekejap..in shaa allah...sape yang nak kenal halba nilah rupanya...info dan pic sumber dari makcik gugel ye...
 
 
Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba dan rempah. Halba juga sering digunakan untuk memasak kari.
 
Fakta Pemakanan
 
Halba
Jumlah Setiap 100 g
Calories (kcal) 323
Lipid 6 g
Kolesterol 0 mg
Natrium 67 mg
Kalium 770 mg
Karbohidrat 58 g
Serabut diet 25 g
Protein 23 g
Vitamin A60 IUVitamin C3 mg
Kalsium176 mgBesi33.5 mg
Vitamin D0 IUVitamin B60.6 mg
Vitamin B120 µgMagnesium191 mg

Tuesday, October 20, 2015

:: Sos Karamel ::

Sebenarnya dah lama nak buat sos karamel ni..semalam gugel la resepi..senang je rupanya..balik keje tu beli susu cair je sebab dah habis stok kat rumah...barang2 yang lain memang dah ada...lepas masak untuk dinner saya pun stat buat sos ni...sangat puashati...sedap sejibik macam aunty ann punya karamel..haha...perasan...saya memang saje buat untuk cicah roti...sebab rasanya macam dah muak dengan pandan kaya ciah roti...jem lagilah..tak berapa jalan kat rumah tu...

::S.O.S K.A.R.A.M.E.L::

Bahan-bahan
  • 1 cawan gula perang
  • 3 sudu besar butter
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan susu cair 
  • 1/2 cawan air 
Cara-cara
  • Tuang gula ke dalam kuali. Masak hingga larut.
  • Masukkan mentega dan esen vanilla. Kacau hingga larut.
  • Kecilkan api lalu tuangkan susu cair dan kacau hingga jadi likat.
  • Masukkan air dan kacau sebati. Sejukkan. Siap..  
 

Tunggu sejuk dulu ye baru boleh makan....


Ari ni bawak sos karamel ke opis bagi kawan-kawan rasa..testimoni pulak dengan gabungan pisang dan choc hersheys...so yummy...


 Petang pulak pekena bread cheese stick cicah sos karamel..
memang terangkat...fuhhh!!!

:::S.E.L.A.M.A.T M.E.N.C.U.B.A::::


Sunday, October 11, 2015

:: Donut Gebu ::

Bila saya dah update dalam blog ni, maknanya masakan atau kuih-muih yang saya buat pastinya menjadi dengan jayanya...ok readers, hari sabtu lepas saya ada buat donut dengan mengikut satu resepi di blog masakan ni...boleh imagine tak kalau 4 cawan tepung gandum tu banyak mana donut saya boleh dapat..dengan peningkatan saiz kesan dari yis lagi....banyak bukan...saya tak salahkan blog masakan tu pun..tapi moral untuk diri sendiri better try dulu dengan kuantiti yang sedikit..bile dah expert barulah upgrade kuantiti yang lebih besar...

Jadi saya sangat frust sebab doh saya sangatlah tercair..rasanya dah 30 minit saya uli tapi tak jugak menjadi doh...dan akhirnya saya biarkan doh di atas meja sebab sgtlah frust...dan war2kan pada suami kuih tak jadi..bukan apa takut pulak nanti dia tertunggu2 kan...besok pagi2 saya dengat Irfan menjerit katanya kuih mama meletopp...haha..klaka..padahal doh dah mengembang..teruslah saya buang ke dalam tong sam.....membazir kan..tolong jangan ikut peel saya ye...

Jadi petang ni saya nekad nak buat sampai jadi..jadi saya pun wasaplah adik ipar minta resepi..siap kena gelak lagi..katanya kalau akk nak niaga boleh la buat 4 cawan tepung..kihkih..meh tgk resepi ringkas tapi hasilnya..gebu gebas lemah lembut gemalai....

:: RESEPI DONUT ::

BAHAN-BAHAN :

2 1/2 cawan tepung
1/2 cawan air
1 peket yis
2 sudu marjerin/butter ( dicairkan )
1 biji telur  ( dipukul pakai garfu )
1/2 cawan susu pekat

CARA-CARA:

  • Bancuhkan yis dengan air tadi. Kacau sampai berbuih.
  • Tuang dalam tepung bersama bahan-bahan lain.
  • Gaul sampai jadi doh / hilang lekit kat tangan.
  • Perap doh selama 1 jam. Pastikan bekas besar.
  • Tutup dengan kain basah doh akan naik sekali ganda.
  • Selepas 1 jam, sila canai terap..rasanya tak canai pun takpe kot..
  • Abiskan semua doh, goreng ikut urutan, jgn terabur goreng.
  • Api mestilah sederhana dan minyak kena penuh supaya warna doh akan sekata. 
  • Akhir sekali, masukkan donut yang telah masak ke dalam gula kastor..
  • Sedia untuk di 'ngap'....hihi...




Yummy.....sedap same macam jual kat gerai..huhu...

Saturday, October 10, 2015

:: Kuih Badak Berendam ::

Tak tahulah kenapa sejak dua menjak ni saya suka sangat nak buat kuih-muih ni..alhamdulillah lah Allah kurniakan kesihatan dan semangat untuk saya untuk mencuba sesuatu...hari-hari ada je kuih yang saya rasa nak buat...hari ni terasa nak buat kuih kegemaran suami...hampir setiap hari dalam bulan puasa mesti tak miss beli kuih ni...so saya pun gugel la resepi kuih badak berendam...kalau boleh nak yang paling simple tapi sedap...dan akhirnya saya follow resepi dari blog sis Azie by aziekitchen..bahan2 yang digunakan agak simple..

KUIH BADAK BERENDAM

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan perahan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan.

 Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika suka

Cara cara:
Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.

Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.

 Bahan Kuah:
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung/beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
Sedikit gula - jika suka (opsyenal)

Cara-cara
Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.

 Cara Penyediaan:
Ambik sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat sehingga habis dan letak atas plastik supaya tidak melekat. 

Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di permukaan. 
Angkat, tos dan terus dimasukkan ke dalam kuah. 



Inilah hasilnya...tak berapa bulat tapi rasanya ok..


SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, October 7, 2015

:: Kuih Ketayap @ Kuih Dadar ::

Asalnya nak buat kuih ni bila Irfan suatu hari tu dok menggugel resepi kuih ni....pandai betul ye..si mak ni pun tak sampai hati tengok anak dia..bukan tak boleh beli je kan..tapi anak2 ni nak jugak merasa air tangan ibunya..kuih ni juga salah satu kuih kegemaran my husby dan anak2...yang penting mudah..bahan-bahan pun senang..my mil selalu juga buat kuih ni...jadi hari ni saya dengan semangatnya mencuba untuk dihidang buat suami dan anak2...

KUIH KETAYAP / KUIH DADAR
Bahan-Bahannya:
Untuk Kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sdt garam
2 sdm minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:

  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.
Cara Membuat Kulitnya:


  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
  2. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat. Ketepikan.
  9. Ulang langkah 5 - 8 hingga adunan habis. 
  10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  12. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan.

 

Saya guna periuk ajaib kesayangan saya..tak melekat pun...


Ada pulak panjang pendek...ngeeee....


Siap jugak akhirnya...rasanya saya kena perbaiki tekstur adunan tepung sebab ianya agak cair..sebab tu kulit saya nampak lebih nipis..Inti pulak saya letak lebih...macam tak balane je....hehe...tapi habis juga ye...sempatlah untuk hidangan malam dan untuk sarapan pagi...dapat jugak Irfan bawa bekal ke sekolah..alhamdulillah..puas hati bila tengok anak2 dapat makan dari hasil air tangan sendiri...

Sunday, October 4, 2015

:: Kuih kaswi @ lompang ::

Kuih ni antara salah satu kuih tradisional kegemaran my husby..pertama kali buat kuih ni ok...malunya..kuih yg hsbd suka pertama kali buat...biasanya beli aje 5 biji rm2..tapi kali ni saya terasa nak mencuba sendiri...tak rugi rasanya mempelajari makanan kesukaan suami kan...

Kuih ni saya buat malam...kononnya nak jamu untuk sarapan besok..petang tadi tak sempat nak buat sebab bawak anak2 swimming di clubhouse..resepi kuih ni saya tak sempat nak gugel jadi saya wasap biras sahaja..semua barang pun dah ada di rumah..

KUIH KASWI @ LOMPANG


BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi / tepung jagung
1 cawan gula merah
2 1/2 cawan air
Sedikit kapur makan - bancuh dengan sedikit air

CARA-CARA :
  • Air dan gula merah dimasak atas api hingga larut
  • Tapis air gula tadi yang telah larut
  • Tunggu suam kemudian masukkan ke dalam tepung
  • Masukkan air kapur kacau sebati sehingga tepung tidak berketul2.
  • Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan
  • Kukus sehingga masak lebih kurang 30 minit.


Ini bancuhan tepung saya..nampak berketul di situ jadi saya tapis supaya ketulan2 tu tiada lagi..


Sedia untuk dikukus...loyang pengukus pula agak kecil sb menggunakan periuk ajaib..jadi la dr takde kan....


Jadi jugak kuih kaswi saya..lepas ni nak try masukkan dlm bekas kecil2 pulak..senang nak makan kn...yang klakanya malam tu jugak kuih kaswi saya habis dimakan oleh my husby n anak2..alhamdulillah..besok pagi kita sarapan roti aje ye...hehe...

Friday, October 2, 2015

Kuih Apam versi periuk ajaib

Semalam masa tgh ber'fb terjumpalah page resepi kek dan puding..scroll punya scroll terjumpalah satu resepi ni...tiba-tiba teringat kat mak..mak suka sangat kuih ni...tengok bahan-bahan alahai..senang banget...apa salahnya saya mencuba...lepas ni bila balik kampung bole la saya buatkan untuk mak pulak...bahan-bahannya memang senang sangat2..semuanya dah ada di rumah...
Resepi ni perlu buat seawal 3 jam sebelum dikukus..jadi ari ni balik je dari hospital bawa rayyan jumpa doc saya pun dengan semangatnya bersilat di dapur..tak terasa penat pun..mgkn sb semangat yg membara tu dtg...cewahh...
Siap membancuh jam 8 mlm..jenuh juga nk tunggu pukul 11 mlm..mata dah mengantuk..siap pesan dekat my husby kalau saya terlelap tolong kejutkan...nampak tak semangat waja disitu...dan akhirnya inilah hasilnya mmg tidak mengecewakan..thumb up dr my husby..alhamdulillah..macam x sempat je nak tunggu pagi besok..hehe...

APAM MUDAH

BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu besar instant yis
1 1/2 cawan air suam

CARA-CARA:

  • Gaul rata tepung dan gula
  • Larutkan yis ke dalam air
  • Sebatikan semua 1 & 2 dan perapkan selama 3 jam sebelum dikukus selama 25-30 minit.


Lupe nak snap...dah terpotong dulu..haha..


Ini untuk my husby sebab dia tak suka letak kelapa


Yang ni untuk saya dan anak2...nyum..nyumm..

Thursday, October 1, 2015

:: Kerepek Ketam Rangup & Mabeles ::

Tengok tajuk resepi macam susah je kan...tapi rupanya alahai senang gile2..resepi ni dari semalam lagi nak try tapi bila singgah kt speedmart asyik habis je crab stick...malam tadi keluar dengan my husby so singgah lagi lah kt speedmart..kot2 la ari ni dah ade crab sticknya....

Alhamdulillah...kalau da namenye rezki tak kemana ye dak...harga pun berbaloi2 kalau beli kat speedmart...utk 16 batang cuma RM 3.17 plus gst...saya pun beli satu bungkus dulu lah..beli banyak2 nanti takut membazir pulak..rasanya yang makan saya sorang je kott..ermm...selalu macam tu la..anak2 dan my husby tak berapa nak makan benda2 camtu...


Ok, balik rumah kemas2 rumah sat n terus masuk dapur..si Adib mcm biasalah jadi juri kat dapur...bila mama tak layan lari ke depan...memang macam tu la Adib...manja benorr...ok sambung bab kepek...saya terus carik2 isi ketam tu...tapi sebab nak cepat saya potong guna pisau..


Inilah hasilnya selepas isi ketam di potong2 secara memanjang..kalau nak lagi halus pun bole..terpulang kepada citarasa masing2 la..


Kemudian saya masukkan bahan-bahan ke dalam isi ketam tadi

1 sudu kecil serbuk cukup rasa - saya guna KNORR
1/2 sudu kecil serbuk lada putih atau hitam - sy letak lada putih je
1/2 sudu kecil serbuk kari
3 tangkai daun kari

 

Selepas digoreng inilah hasilnya...ari ni bawak sikit untuk kawan2 kat opis rasa..sedap katanya...sapa2 yang teringin nak makan tu boleh lah cuba sendiri di rumah..serius senang je..sambil menggoreng sambil mengunyah...haha...

SELAMAT MENCUBA!!