Tuesday, September 29, 2015

:: Puding Kastard Berkuah ::

Bila tekak teringin, semangat membara pun datang...kali ni terasa nak mencuba resepi puding kastard berkuah...resepi kali ni pn agak senang..puding jagung dimakan bersama kuah kastard dan buah-buahan koktail..sedap bukan..dimakan sejuk2 alahai sungguh mengasyikkan...

Kali ni saya masukkan dalam bekas2 kecil supaya senang bila nak makan..jom kite tengok resepi...diambil dari fb...

PUDING KASTARD BERKUAH

PUDING KASTAD

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung kastad
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan gula @ secukup rasa
Cara-Cara:
  1. Satukan semua bahan, kacau atas api sederhana hingga likat..sentiasa kacau supaya adunan tidak bergentel.
  2. Tuang dalam loyang @ bekas2 kecil. Sejukkan
KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air ( sy sukat ngan tin susu cair )
  • 1 tin fruit koktel ( ambil buah shj )
  • 3/4 cawan gula @ secukup rasa
  • 2 sudu besar tepung kastad
Cara-Cara:
Satukan semua bahan kecuali fruit koktel. Masak atas api ( masak kejap jerr..)


Kat atas tu saya letak creamy corn...suke2 je..


Tak sabar nak makan..tapi tunggu sejuk dulu ye..


SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, September 16, 2015

:: Kek Oren versi periuk ajaib ::

Semalam kawan pejabat bawa kek oren..sedap pulak tu..bila dh sedap teringin pulak nak membuatnya..jadi gugel punya gugel dan tanya resepi kat kawan td saya pn dengan semangatnya menerai kek oren..kali ni versi periuk ajaib..umah ni mmg ada periuk ajaib je utk membakar atau mengukus..alhamdulillah setakat ni semuanya hasilnya memuaskan..yg paling penting cepat dan sedap...huhu..
Bahan-bahannya pun agak senang..cuma saya konpius dengan orange flavor dan oren emulco..orange flavor lebih cair manakala orange emulco lebih pekat..masa saya cari kat bakery cuma ada orange flavor..agak cair sedikit...

Sebenarnya ada cerita di sebalik kek oren saya ni..ini adalah cubaan saya yg kedua..cubaan kali pertama saya tak menjadi sebab saya terletak soda bikarbonat dlm adunan..byk pulak tu..sepatutnya saya perlu letak baking powder..semuanya gara2 si adib mengamuk masa tu...bila igt balik kelakar pulak...jd cubaan kali kedua ni saya betul2 fokus..masa ni anak2 dah tido n mlm tu nk travel ke kuantan..kebetulan balik dari kuantan saya nak jenguk abah di hospital jadi boleh bawa sikit kek untuk mak dan adik2..


Yang kuning2 tu kulit limau yang telah diparut...



Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan..
Gaul2 manja je ok...


Tuangkan adunan ke dalam periuk ajaib...


Saya letak kismis sikit atas adunan...bakar lbh kurang 15-20 minit
je kalau gunakan periuk ajaib...


Taraa...alhamdulillah menjadi juga kek oren saya..yang paling best mak siap puji sedap..mungkin sebab saya buat sedang2 tak manis sangat dan tak kering sangat...meh kite tgk resepi kek oren versi periuk ajaib..

KEK OREN VERSI PERIUK AJAIB

Bahan-Bahan

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred B
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 
  • 1-2 titik perasa orange
Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam periuk ajaib.
  4. Bakar lebih kurang 15-20 minit.
SELAMAT MENCUBA!!


Thursday, September 10, 2015

:: Puding karamel tanpa telur ::

Ari ni terasa nak makan puding karamel..tapi mcm nak mencuba puding karamel tanpa telur..sedap ke?? Mai kite try noo...bahan-bahannya sama je mcm nak buat puding karamel tapi telur tu diganti dengan serbuk agar2....

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)

  • 4 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)

  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair 
  • 3sb  tepung kastard
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara

  1. Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
  2. Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.



 Moh kita mengacau...


Taraaa...taknak cakap banyak..sedap..hehe...anyway selamat mencuba ye...

Wednesday, September 2, 2015

:: Salam takziah sahabat ::

Ada dua berita tak berapa baik telah dikhabarkan kepada saya...pertama lewat petang semalam dapat berita yang abah kena masuk wad disebabkan demam, muntah dan cirit-birit..patutlah dua tiga ari ni asyik tak sedap hati...naluri seorang anak agaknya...perkara pertama bila abah masuk wad adalah risau akan keadaanya dan yang kedua risaukan mak..memang mak nampak sihat tapi bila abah masuk wad terpaksalah mak ulang alik setiap hari..kalaulah...jika diberi peluang dan diizinkan nak saya ganti setiap tugas mak jaga abah..apakan daya saya...

Berita kedua yang mengejutkan saya pagi ini adalah bapa mertua kpd salah seorang sahabat saya yang juga satu tempat kerja dengan saya telah mengalami kebakaran rumah..kebetulan umah mak mertua saya berhadapan dengan rumah bapa mertua beliau jadi kami sekeluarga turut berasa sedih...bertabahlah wahai sahabatku...semoga Allah meninggikan darjat kamu disisiNya apabila kamu redha dan bersabar dengan ujianNya...begitu juga dengan mak...semoga Allah sihatkan tubuh badan mak, tenangkan jiwa mak dan jauhkanlah kami dari menyakiti atau menyinggung perasaan mak...tak sabar rasanya nak balik hujung minggu ni nak jumpa mak, abah dan adik-adik di kampung...kami dah bercadang nak sambut besday abah yang jatuh pada hari jumaat nanti...semoga Allah mempermudahkan urusan kami dalam memberi kegembiraan kepada kedua ibu bapa kami...aamiinn....