Tuesday, February 4, 2014

Tip Elak Bayi Kuning


Setiap kali lepas bersalin, my baby mesti terkena masalah kuning ni...n rasenye majoriti bb yg kene masalah jaundis ni...mmg harap sangat2 utk 3rd bb ni tak kena la..tp kalau nak kene jugak nak wat cmne kn...tapi sekurang2nye saye da ambil langkah2 pencegahan....kt bawah ni adalah antara tips2 untuk elakkan bayi dari kene kuning...better mommies2 take noted dari start preggy lg...apepun, banyak2 la kite berdoa smg ank yg kite lahirkan dilindungi..kesian sgt klu ari2 kne ulg alik ke klinik utk amek darah...
 

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1)     Menelan madu (tanpa air) 3 sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada        masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis ).

2)  Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. ( Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran).

3)     Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4)     Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5)    Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6)     Menelan minyak zaitun apabila umur jann sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7)   Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH : 

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap hari sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2)  Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 8.30 pg - 9.30pg ) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4)  Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jariibu atau ayahnya. (petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5)  Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi.(untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan).


No comments:

Post a Comment