Tuesday, January 3, 2017

:: First Day School 2017 ::

Aduhai...anak dah dekat 2 bulan sekolah baru laa ni sempat nak hapdet..huhu..walau macam mana pun mama tetap akan hapdet utk kenangan mama..bila da besar nanti kamu baca apa yang mama tulis ni ye nak..moga kamu mengerti mama nakkan yang terbaik untuk anak2 mama..aaminn..


Oklah, hari ni first day ank2 mama p school. Setiap tahun mama n papa akan ambil cuti khas untuk uruskan persekolahan kamu..tahun ni Angah Rayyan pun dah darjah 1, jadi mama wajib temankan kamu ke sekolah, supaya kamu tak rasa janggal bila orang lain ada mama n papa die temankan. Tapi, mama minta maaf banyak2 sayang untuk tahun ni mama tak dapat temankan kamu. Adik Adib baru discaj semalam jadi mama terpaksa jaga adik di rumah. Papa ada ye sayang temankan kamu.



Pic ni masa Angah orientasi sekolah agama. Pic hari pertama sekolah papa lupa nak ambil. Masa ni mama teman angah. Hari penentuan kelas dan latihan masa rehat di kantin. Alhamdulillah anak mama pandai berdikari, cuma mama lupa nak bagi duit belanja sekolah tadi, nasib baik mama perhati angah dari jauh. Terus mama datang kat angah dan tanya angah nak makan apa. Mama tau angah suka makan nasi lemak dengan air milo, jadi mama bagi duit kat angah dan beli makanan sendiri. Nasi lemak sepinggan RM1, air milo segelas RM1. Jadi mama akan bagi angah RM2 sehari. Selera sungguh dia makan, seronok mama tengok. 10 mintang mama bagi....hehe.


Ok, sampai part nak balik dari sekolah. Mama rasa part ni paling penting bagi mama. Keselamatan kamu masa nak pulang dari sekolah. Jadi mama kenalkan angah dengan pakcik van yang akan angah naik nanti. Nasib baiklah pakcik van duduk dekat dengan rumah kita..tambah pula abang Irfan dah bertahun naik van pak cik tu..cuma syif kamu tak sama dengan abang jadi kamu kena pergi dan balik sekolah sendiri.




Kejap sungguh masa berlalu. Tahun ni abang Irfan dah darjah 5. Syukur abang pandai bawa diri dari kecil, jarang nangis. Senang hati mama dan papa.


Tahun ni juga abang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah. Jadi tanggungjawab abang lebih mencabar. Sikap yang tak elok pun perlu diubah supaya dapat dijadikan contoh teladan yang baik pada kawan-kawan dan adik beradik.


Si kecil ni pun nak sekolah juga nampaknya. Semoga cepat sembuh ye Adib sayang. Selamat menjalani tanggungjawab sebagai pelajar ye anak-anak mama.

Monday, January 2, 2017

:: Adib warded ::

Pagi ni Adib demam. Patutlah malam tadi rasa panas je tido sebelah die. Pagi ni mama tinggalkan Adib kejap dengan papa. Mama bawak atuk pegi cabot sale. Mama pesan kat papa suruh bagi ubat bile Adib bangun nanti. Masa mama balik Adib aktif lompat sana sini mungkin sebab dah makan ubat. Adib tetap nak ikut papa pegi gotong-royong kat taman. Petang tu mama rasa badan Adib panas. Mama terpaksa insert suppository paracetamol 125mg. Kerap jugak mama mandikan Adib masa tu.

Masa atuk dan nenek balik,  Adib masih tido. Mama decide taknak keluar  sebab nak jaga Adib walaupun ada barang sekolah abang yang mama nak beli. Lepas maghrib mama suruh papa keluar beli asam jawa sebab mama nak jerlum badan Adib. Mama kirim gam UHU sekali kt papa sebab nak tampal lencana sekolah abang2. Sepanjang papa keluar tu mama tengok jam, harap2 papa balik cepat sebab nak bagi ubat kt Adib. Adib susah makan ubat. Terpaksa mama dan papa pegang. 

Alhamdulillah papa balik tepat jam 8.45 mlm. Papa bwk balik brg2 yg mama pesan dan daun sireh, katanya amek kat rumah kawan untuk jaramkan Adib. Mama pegi dapur bancuh air asam jawa dan amek ubat nak bagi kat Adib. Tiba-tiba papa menjerit kata Adib kejang. Ya Allah...mama terus lari dapatkan Adib mama peluk Adib. Panik sangat masa tu, mama nangis. Papa bawak Adib pegi bilik air sapu2 air kat kepala dan badan Adib. Adib tak berubah, masih kejang. Papa ambil air asam jawa yang mama bancuh dan sapu kat kepala Adib, tiba-tiba Adib merengek, nampak lemah. Mama lega tapi dalam kepala mama pikir macam2. Papa suruh mama bersiap nak bawak Adib pegi hospital. Sebelum tu mama sempat lagi insert Supp PCM kat Adib. Dalam kereta Adib nampak lemah dan penat. Tido sepanjang jalan. Mama kejut kejap2. Mama perlukan respond Adib.

Smp hospital Adib dibawa ke zon kuning. Adib merengek mungkin sb tidurnya diganggu. Bole tahan juga patient malam tu. Kebanyakan pesakit dewasa. Lepas amek bacaan tekanan drh, ambil darah sume Adib direhatkn di wad pemerhatian utk drip. Papa keluar masuk tengok Adib. Mama bagitau papa jangan bgtau nenek dan atuk dlu takut diorg risau.


Lebih kurang jam 12.30 mlm baru Adib naik ke wad kanak2. Sampai wad, mama terus tidokan Adib. Mama tau Adib letih sangat. Mama tak boleh tido langsung , kejap2 mama cek suhu badan Adib. Jam 3.30 pg mama rasa badan Adib panas sangat. Mama tekan loceng hospital tapi tak berfungsi. Tiga empat kali mama tekan. Takde sape respon. Mama pegi ke kaunter nurse minta ubat. Satu hal lagi mama pikir nak bagi Adib makan ubat sb Adib sgt susah mkn ubat. Tp alhamdulillah mama berjaya pujuk Adib, Adib nangis tapi Adib telan jugak. Lepas makan ubat Adib sambung tidur.


Adib lesu dan tak bermaya masa ni...


Bangun pagi mama rasa badan Adib panas lagi. Mama tengok jam da lebih 4 jam sepatutnya mama da bagi ubat tepat 4jam td. Mama terus inform nurse. Nurse cek suhu Adib. Memang panas 39.7..mama risau sangat. Dari malam tadi mama tuam badan kepala Adib dengan kain basah. Nurse masukkn ubat ke dalam punggung Adib. Mama terus lap2 badan Adib. Ya Allah berilah kesembuhan pada Adib.



Walaupun Adib demam dan tak larat, tapi Adib nak makan dan minum. Lega mama. Tengahari tu mama tukar syif dengan papa jaga Adib. Mama balik kejap rehat dan uruskan kelengkapan persekolahan Abang dan Angah. Mama teringat belum jahit tanda nama kat baju sekolah Angah. Lepas setel urusan kat rumah mama pegi balik hospital. Sebelum balik sempatlah tunggu doktor yg review Adib. Still kata obversation dalam masa 24 jam. So doktor decide untuk discaj besok. Stress mama. 

Rezeki hari ni nampaknya. Doktor pakar benarkan Adib discaj dengan syarat suhu badan Adib stabil dan tiada demam. Alhamdulillah Adib semakin baik. Akhirnya kami discaj pada jam 8 malam. Jadi lepas ni kami perlu pantau suhu badan Adib sekiranya dia diserang demam. Mama dah fobia. Semoga Allah lindungi kamu Adib Darwish. Harapan mama semoga ini yang pertama dan terakhir kamu diserang sawan ketika demam.
Aaminn ya rabbal alamin....


Copy & Paste

APA ITU DEMAM SAWAN TARIK?

Demam yang berlaku apabila suhu melebihi 38c
Ianya berlaku pada hari pertama atau kedua demam
Umur antara 6bulan ke 6tahun berkemungkinan boleh mengalaminya.


PUNCA SAWAN TARIK

Antara punca dan sebab musabab baby boleh kena demam sawan tarik. Ada banyak style bergantung pada individu. Antaranya
– demam suhu tinggi (ada kes demam tak tinggi juga boleh terjadi)
– ada jangkitan dibahagian atas saluran pernafasan atau telinga (otitis media)
– pernah terjatuh dan cedera dalaman terutama bahagian kepala. Mungkin berlakunya pendarahan dalaman.
– cirit birit berterusan sehingga baby dehydration ( kekurangan air, garam galian dalam tubuh badan)
– cuaca persekitaran yang panas melampau. Contohnya ruang bilik yang panas walaupun ada kipas tapi tiada udara keluar masuk – tingkap.
– kekurangan oksigen. Contohnya baby berada dalam kereta pada waktu yang lama walaupun air-cond on.
– kekurangan gula dalam badan. Baby tak mau makan, tak mau minum.
– menangis tanpa henti hingga kebiruan.
– tercekik sesuatu dalam mulut
– genetik. Ada antara family yang punya sejarah pernah kena sawan tarik.


TANDA  / SIMPTOM TERKENA SAWAN TARIK

Antara tanda dan simptom baby kena demam sawan tarik.
Ini adalah tanda dan kemungkinan salah satu simptom pun boleh diklafikasikan sebagai sawan tarik.
– kekejangan anggota badan samada kaki, tangan atau kedua-duanya atau juga sebelah anggota.
– mata putih ke atas atau pandangan satu arah tanpa sedar.
– mulut kebiruan permukaan dan lebih parah jika kuku tangan dan kaki juga kebiruan.
– mulut mengeluarkan air liur
– ketap gigi, gigit lidah tanpa sedar
– badan mengigil
– badan/ tangan/ kaki sejuk
– kaki dan tangan mungkin bergongcang tanpa rangsangan
– mungkin terjatuh dengan sendirinya
– tidak dapat mengawal air kencing
– ketara baby tak sedarkan diri. Tertidur dan tidak sedar diri seketika. No respond bila nama dipanggil. Apabila terjaga, juga masih binggung seketika. Kemudian aktif semula
– meracau-racau


TINDAKAN BILA BABY KENA SAWAN TARIK

Tindakan yang perlu diambil
– bertenang jangan panik!
– bawa baby ke tempat yang luas. Jangan kerumun. Baby perlukan oksigen dan ruang udara yang secukupnya. 
– segera bukakan baju dan seluar atau longgar butang baju.
– segera mengiring kan baby. Sebaiknya ke sebelah Kiri.
– jirus baby dengan air paip (suhu normal) bermula dari kaki ke kepala. Atau tap-tap dengan towel basah.
– jangan goncangkan baby atau tepuk kuat-kuat. Cukup sekadar usapan dan panggilan namanya.
– jika dalam mulut baby ada apa-apa (makanan atau air liur) keluarkan. Jangan biarkan baby telan air liurnya. Kemungkinan mengakibatkan baby tercekik, tersedak, jangkitan paru-paru atau asthma) 
– segera bawa baby ke hospital atau klinik berhampiran
– selepas baby sedar, kemungkinan baby sangat mengantuk sebab penat. Biarkan baby tido seketika tapi kerap kejut untuk baby memberi respond. Takut baby terkena lagi semasa  tido. 

RAWATAN SAWAN TARIK

– Setelah baby sedar, segera bawa baby ke klinik berhampiran atau terus ke emergency hospital
– pihak hospital akan periksa kondisi baby dan memberi rawatan sewajarnya
– mungkin baby akan tinggal dihospital untuk rawatan susulan dan andai ini merupakan kes pertama baby.
– ibubapa perlu persiapkan diri dengan pengetahuan tentang demam sawan tarik ini untuk penjagaan kemudian hari. 
** sentiasa pantau suhu baby
** pastikan baby punya ruang udara yang cukup.
** pastikan ubat-ubatan yang diberi pada baby mengikut dos
** periksa klinik berhampiran tempat tinggal samada mereka ada sediakan ubat untuk berhentikan sawan segera. Tak semua klinik ada. (Kalau tak de, akan melambatkan lagi sebab kena pula rujuk dan bawa baby ke hospital.) 
** latih ahli keluarga yang lain cara-cara dan tindakan yang perlu diambil bila kejadian berulang.


INFO LAIN YANG IBUBAPA PERLU TAHU

Soalan wajib yang pihak hospital perlu tahu semasa baby menerima rawatan
So, ibubapa siap sedai alert akan beberapa situasi semasa kejadian.
Bila terjadi – masa/suasana/tempat kejadian
Adakah baby demam semasa kejadian, dah berapa hari dan ada sakit lain (selsema, batuk atau sebagainya)
Berapa suhu baby semasa kejadian
Baby sedang buat apa
Berapa lama jangkamasa baby kena sawan tarik. Kurang 3minit  / lebih 5minit atau lebih lama lagi
Bagaimana keadaan sawan tarik yang baby alami. (kejang tangan atau kaki, biru atau sebagainya) – rujuk TANDA di atas
Berapa jangkamasa yang baby perlukan untuk sedar diri selepas atau sebelum rawatan
Apa rawatan atau tindakan yang telah diambil
Keadaan baby selepas sedar diri. (mengantuk /  terus aktif / binggung atau tidak bermaya langsung)

JANGAN Jangan Jangan
– masukkan benda asing (sudu / jari atau apa-apa sahaja) ke dalam mulut baby semasa baby terkena sawan tarik 
– tinggalkan baby bersendirian
– gongcangkan baby untuk sedarkan
– teruskan masukkan ubat demam kat mulut baby semasa baby belum sedar. (selepas baby sedar, baru beri ubat demam)
– JANGAN PANIK! tapi Nina lah yang panik semasa pertama kali baby Eilhan kena…..

Bolehkah ianya berulang?
YA! 30% demam sawan tarik ini boleh berulang. Ini kerana otak dan badan  baby dah sensitif  dan amat peka pada suhu dan juga keperluan oksigen ke otak.

Adakah ianya akan mengakibatkan kecacatan otak?

TIDAK!  — – – – KECUALI – – – —–
apabila sawan tarik ini berlaku melebihi 15minit. Sebab itu, harus ke Hospital sesegera utnuk rawatan selanjutnya

Adakah ia boleh mengakibatkan epilepsy?
Hanya segelintir kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsy. 
Sentiasa rujuk pada pakar.