Thursday, February 6, 2014

Perut mengeras semasa hamil @ Braxton’s Hicks

Sejak kandungan da masuk 34 minggu ni, mula la terasa perut kerap mengeras..time malam mmg toksah cite la susah nak tido, nafas pn sekat2, golek ke kanan x kene golek ke kiri ok la ckit..klu terlentang lg la rase sesak...dekat nak pagi baru la leh lelap..bile kt opis mule la mate mcm mate garfield...ngantoksss...

Apsal ye perut kite mengeras bile hamil...jom kite share info ni sesame...hope membantu mommy2 lain jugak..

Sumber dari google...

Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung :

1. Bayi bergerak dengan aktif
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senaman atau membawa barang berat
4. Perut penuh
5. Mengurut perut
6. Semasa atau selepas hubungan seks
7. Dehidrasi

Cara menangani perut mengeras semasa hamil

1. Tukar aktiviti atau posisi
2. Berehat lebih lama
3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
4. Buang air kecil dengan kerap
5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
6. Usap perut perlahan-lahan

Braxton’s Hicks atau nama popular bagi orang melayu adalah ”kekejangan perut” atau ”kontraksi”. Ia merupakan salah satu tanda kehamilan yang kerap berlaku pada bakal ibu pabila usia kandungannya semakin meningkat terutama ketika di trimester ketiga.

Mesti sahabat-sahabat tertanya-tanya macam mana rasanya apabila BH ni terjadi. Nak tau ke? Ok2, saya cuba cerita serba sikit. Bukan niat nak takut-takutkan ke ape, hanya sekadar berkongsi pengetahuan dengan sahabat-sahabat yang masih bujang dan sebagai persediaan awal buat bakal ibu. Sama-sama kita berkongsi.
Sesetengah bakal ibu tak merasai BH ni, dan sesetengahnya pula dapat merasainya seawal minggu ke 30 dan pada bakal ibu seperti saya pula sepatutnya rasa bertuah dapat merasainya, (walaupun sakit..adui) kerana hikmah disebalik sakit BH ni terlalu banyak.

Semasa BH ni terjadi, perut menjadi tegang dan keras dan kadang-kadang ia menyakitkan dari tengah perut hingga ke ari-ari dan kadang-kadang ia disusuli dengan kekejangan kaki dan sakit dibahagian pinggang. Itu lah yang kerap saya rasai sejak 4 hari lalu.

Biasanya BH ni akan dirasai apabila bayi bergerak aktif, ketika mengangkat berat, mengurut perut atau ”dehidrasi” ( kurang air dalam badan ). Kalau saya, paling kerap terasa ketika baby bergerak aktif. Kadang-kadang tu, perut dah keras pun masih rasa baby tendang dan bergerak,. Alhamdulillah baby saya semakin aktif saban hari dan senang kata setiap jam pasti akan terasa pergerakannya.^^

Hikmah Di Sebalik Braxton’s Hicks (BH)

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya yang Allah sembunyikan, itu kita semua dah sedia maklum. Begitu jugalah dengan hikmah disebalik kesakitan BH ni. Ia adalah latihan awal sebelum saat kelahiran tiba. Kebiasaannya orang tua-tua akan cakap ” alah bisa tegal biasa”. Saya setuju sangat-sangat dengan ungkapan tersebut.

Disamping itu juga, BH ini membantu melembutkan serviks dan memudahkan ‘pembukaan’ semasa proses kelahiran nanti. Itulah hikmah yang Allah sediakan pada bakal-bakal ibu seperti kita. Oleh sebab itu, janganlah asyik mengeluh dan merungut ketika BH ini terjadi tetapi saya sarankan amalkanlah beberapa tips di bawah ni bagi mengekalkan keselesaan dan mengurangkan kesakitan.

Tips Untuk Menambah keselesaan dan Mengurangkan Kesakitan :

Tips ini ada yang saya perolehi hasil pembacaan dan ada yang disarankan oleh ibu saya sendiri. Terpulanglah pada sahabat-sahabat mahu lakukan yang mana mengikut keselesaan kalian.

1- Ubah posisi sekiranya kalian rasa Braxton’s Hicks akan datang.

2- Rehat lebih lama, minum air masak dan baring mengiring ke sebelah kiri.

3- Minum air dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi kerana ia akan menyebabkan otot mengecut dan mengakibatkan kontraksi BH.

4- Buang air kecil dengan kerap kerana ia akan mengelakkan kontraksi berlaku.

5- Amalkan teknik pernafasan dengan menarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut. Tempoh menarik nafas pula mestilah lebih pendek daripada hembus. Ia akan menambahkan keselesaan pada kalian.
Pada saya pula, saya amalkan tips ketiga, keempat dan kelima sekaligus sambil diikuti dengan selawat didalam hati. Alhamdulillah cara tu berkesan untuk mengurangkan rasa sakit BH.

Akhir kalam
Begitulah yang saya rasai sejak dua minggu kebelakangan ni, dan harapnya entri ini dapat membantu bakal-bakal ibu dalam menghadapi waktu2 tersebut. Saya juga membutuhkan doa dari sahabat-sahabat semua agar tetap tabah dalam mengharungi saat-saat akhir ni.

32 comments:

  1. Good sharing,,,, blogwalking di sini

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas tips diberikan. isteria sya memang selalu kena BH ni. harap tips ni dpt kurangkan kesakitan. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlcme azrain..smg isteri selamat melahirkan nanti...;)

      Delete
  3. Tq for info yg bagus ni

    ReplyDelete
  4. Tq for info yg bagus ni

    ReplyDelete
  5. Huhuhu... sy dh nk masuk mggu 36... bdebar jgk rasa sbb kbelakangan nie sy kerap rasa BH nie, ermm

    ReplyDelete
  6. thnx utk petua. amat berguna utk sy buat masa skrg ni dh 34w

    ReplyDelete
  7. Sye bwu 24w tp dh kerap m,geras,,nak cube la tips nie,,

    ReplyDelete
  8. Thanks for info....now i m 37w...it same situation what i m felt now...hope tis info can help me.....tqvm.....

    ReplyDelete
  9. Sy seawal kandungan 28w+++ dh kerap gak mengeras. Mmg sakit. Adakah itu tanda yg sy akan beranak awal?

    ReplyDelete
  10. nice informasi.. isteri ane baru lah kesakitan akibat BH ni mungkin, terimakasih dah kasih info

    ReplyDelete
  11. Good info.. Mmg sedang alami skrg nie.. Mohon untuk share blog nie dgn kwn2 yg lain ye.. Tq

    ReplyDelete
  12. Tq... info yg baik. Dh x rasa tkut sbb ingt kontraksi nk bersalin. rupanya BH.

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing.kandungan sy jg sgt aktif berbanding dgn 4 org ank sblm ini.hb dan bp juga sgt stabil.utk pengetahuan suma sblm ini sy mengalami tekanan darah rendah dan hb sentiasa low.mungkin kali ini saya mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee dgn konsisten.alhamdulillah dgn izinNya.sesapa nak share pasal hamil bersama Shaklee boleh watsapp akak 0197752407

    ReplyDelete
  14. Thanks for sharing info yg sgt berguna ni

    ReplyDelete
  15. assalam

    thanks sis utk tips2 dan info ni..berguna utk saye share with my wife yg dah sarat ni..thanks sis

    ReplyDelete
  16. tq sharing..baru kena tadi..subahanallah. .sakitnye..gud tips

    ReplyDelete
  17. tq sharing..baru kena tadi..subahanallah. .sakitnye..gud tips

    ReplyDelete
  18. so true...saya dah 32 minggu untuk anak ke 3...mmg selalu mengeras and agak aktif...lagi laju buat keja, lagi laju dia buat keja....hehehhehe

    ReplyDelete
  19. saya tgh mengandung anak ketiga. 1st time merasa BHZ NI. smp k tahap p hosp sbb false alarm. bukaan da 2cm tp xda tnda bersalin. due saya 26ni. arap2 xsakit sgt proses melahirkan baby ni. aminnn. tq yea.

    ReplyDelete
  20. nasib ada jawapan kt sini..kakak sy sakit perut,katenye baby megeras..xselesa dn skit...mgkin die bdiri trlalu lame td...tq ats info yg brguna ni..

    ReplyDelete
  21. nasib ada jawapan kt sini..kakak sy sakit perut,katenye baby megeras..xselesa dn skit...mgkin die bdiri trlalu lame td...tq ats info yg brguna ni..

    ReplyDelete
  22. Tq.. Info ni.. Sya pun mgndung ank ke3..dan kerap bby ni mgeras.. Rupanya BH.. Thnks info..

    ReplyDelete
  23. Tq.. Info ni.. Sya pun mgndung ank ke3..dan kerap bby ni mgeras.. Rupanya BH.. Thnks info..

    ReplyDelete
  24. Sya bru 21 wks..tp dah alami BH..risau pulak....ermm..harap xde ape2..sblom ni 32 ngunke atas bru rse BH ni..kli ni awal pulak..

    ReplyDelete
  25. Tp sy ni baru msuk 15w..pun da bleh rasa ke..atau sbb sy kerap muntah2..

    ReplyDelete
  26. tq utk info. sy da masuk 30weeks, baby dok mengeras je. risau gak takut terbersalin awal. huu.

    ReplyDelete
  27. tq utk info. sy da masuk 30weeks, baby dok mengeras je. risau gak takut terbersalin awal. huu.

    ReplyDelete
  28. Sy 32 week..kalau mlm terjaga mmg perut keras,macam seketul xgerak..bila cuba pusing badan punye lah sakit cm senak perut. Kerap nak ketandas bila dh buang air kecil rasa sakit kurang sikit..siang hari pn sslu jd mengeras kdang cuba baring n bila baby gerak2 baru rasa lega sakit tegang tu

    ReplyDelete