Monday, January 28, 2013

Celcom oh celcom..

Malam ni ade sedikit kekuatan untuk mengupdate blog..walaupn da beberape hari dok melepet demam n sakit mate..cuti pjg ni mmg x kemane la kami..duit bonus aku pn x luak2 lg..ape yg berlaku ade hikmah disebaliknya..aku percaye pada itu...Malam ni nk cite pasal line Celcom yg sgt sengal mlm ni..bkn mlm ni je dr aku dok melepet kt umh ni asal nk bukak je mmg payah..nk kate dok tgh utan x plak..

Sebenarnya da lame nak tukar pkai U Mobile..kwn2 kt opis pn rmai yang gune..xpe, aku tggu expired je prepaid ni , msti aku tukar punye..dah check coverage kt web die, so far kawasan aku ni kire excellent la...n dgrnye my click ade bgtau u mobile tgh wt promotion skrg...lg la aku x sbr..

anyway, besok aku myb mc lg...tggu la mate aku ni baik bebetul... ape yg pasti,sakit itu penghapus dosa2 kecil...amin...

Sunday, January 27, 2013

Heppy Anniversary My Dad & My Mum

Alhamdulillah..ari ni tanggal 27 Januari 2013 adalah Hari Ulangtahun perkahwinan Abah n Mak yang ke 33 tahun..selama itulah mereka hidup bersama, menempuh onak duri, suke duke, nangis dan ketawa bersama..dan syukur ke hadrat Ilahi, sehingga ke hari ini mereka masih bersama menjalani kehidupan di usia emas..

Abah, mak....

Akak doakan abah dan mak sentiasa bahagia ke akhir hayat..dan semoga mak dan abah diberi kesihatan yang baik olehNya..dan semoga akk dapat membalas segala pengorbanan abah dan mak hingga ke akhirnya...Amin..




Saat2 untuk dinikahkan...nervous tu...


Cantiknye my mum time ni...


 Abah masam je..ke masih terkejut sb da bergelar suami..hehe..


Saat potong kek perkahwinan...

10 Tips Menjadi Pasangan Bahagia Sepanjang Hayat



Setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga pastinya menginginkan sebuah perkahwinan yang aman sejahtera sepanjang hayat.Namun begitu bak kata pepatah' sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri'. Memang ada kebenaran melalui kata pepatah tersebut kerana untuk mencari keserasian dalam hidup berpasangan, ia sebenarnya mengambil masa untuk mengenali 'true colour' pasangan masing-masing.

Berikut di senaraikan 10 tip mewujudkan pasangan bahagia di kalangan pasangan suami isteri:

* Saling Memaafkan Antara Satu Sama Lain
Manusia sememangnya tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. Tidak kira sama ada anda telah melakukan kesilapan yang kecil mahupun besar, perkataan maaf haruslah terungkap di bibir menandakan keinsafan untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Mungkin agak sukar mengungkapkan kata maaf, tetapi kemaafan yang terindah lahir dari ketulusan hati tatkala mengungkapkannya. Apa salahnya sesekali membuang perasaan ego untuk maaf-memaafi antara suami dan isteri. Kesabaran manusia ada tahapnya dan gunakanlah kesempatan bermaaf-maafan ini selagi ada peluang sebelum kesalan menjadi permainan hidup.




* Bertolak Ansur Mewujudkan Persefahaman
Sifat memahami dan bertolak ansur di dalam kehidupan seharian sebagai suami isteri amatlah penting untuk memupuk sebuah keluarga yang bahagia. Bertolak ansur dalam apa jua perkara amat diperlukan untuk mengelak sebarang masalah lain timbul. Ia juga mampu mewujudkan suasana harmoni di dalam rumahtangga dan interaksi dua hala amat-amat diperlukan untuk mewujudkan persefahaman yang berkekalan.




* Bersifat Terbuka Dan Berterus Terang
Sifat berterus terang amat penting di dalam sesuatu perhubungan. Begitu juga halnya dengan bersifat terbuka terhadap pasangan anda. Bayangkan sekiranya si suami mahupun isteri suka menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan pasangan secara tidak langsung ia akan merenggangkan lagi hubungan. Pastinya akan wujud perasaan curiga terhadap pasangan. Tidak semua rahsia suami atau isteri perlu didedahkan kepada pasangan terutamanya perkara masa silam pasangan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.




* Sensitif Terhadap Pasangan
Kita sering mendengar pendapat bahawa wanita adalah individu paling sensitif di dunia berbanding kaum lelaki. Kenyataan ini memang tidak boleh disangkal lagi. Itulah kelebihan kaum wanita. Oleh yang demikian, sebagai suami tidak salah sekiranya mempunyai sedikit rasa sensitif dengan keadaan emosi dan fizikal isteri. Pelajari lenggok bahasa tubuh isteri anda agar segala keputusan yang bakal anda ambil adalah rasional untuk kedua belah pihak. Sesekali biarlah bahasa tubuh atau body language memainkan peranan dari ketajaman kata-kata.




* Menghargai Pasangan Anda
Menghargai pasangan anda adalah sesuatu yang perlu diwujudkan di dalam perhubungan. Sebagai contoh suami perlu memberi pujian atas apa yang dilakukan oleh si isteri. Sebagai contoh, ucapkanlah sayang dan terima kasih buat si isteri selepas penat lelah bertarung nyawa melahirkan zuriat sebagai penyambung kasih sayang antara suami dan isteri. ada juga di kalangan suami yang sukar menzahirkan rasa terima kasih. Untuk suami seperti ini, tidak salah sekiranya anda ringankan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah pada waktu hujung minggu. Pasti si isteri menghargai pertolongan anda.




* Beri Perhatian
Kadangkala suami mahupun isteri memerlukan perhatian yang lebih dari pasangan masing-masing. Tidak kira walau sesibuk mana pun anda melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, si dia usah dilupakan. Cukuplah sekadar bertanya khabar melalui sms untuk menunjukkan kasih sayang dan sikap ambil berat yang mendalam. Isteri bukanlah mahu perhatian 24 jam, tetapi ingatan dengan kata-kata cinta menjadi penawar dukanya.




* Zuriat Penambat Cinta
Tidak dinafikan kehadiran cahaya mata antara faktor penting di dalam usaha memupuk kebahagiaan di dalam kehidupan suami isteri. Ramai yang berpendapat kehadiran si kecil ini mampu mengembalikan sinar kasih sayang di dalam sesebuah rumahtangga. Bagi pasangan yang masih belum mempunyai rezeki lagi tetapi tidak salah sekiranya terus mencuba. bagi yang telah dikurniakan cahaya mata, ingatlah bahawa anak adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai dan menjadi amanah untuk dididik supaya menjadi insan yang berguna.




* Detik Romantis Melakar Cinta
Jangan dianggap perkara ini sebagai perkara yang remeh-temeh. Mungkin ada yang berpendapat, di awal perkahwinan sungguh romantis jika berjalan berpegangan tangan dan menikmati saat berbulan madu tanpa gangguan. Tetapi apabila usia perkahwinan mencecah puluhan tahun, segalanya semakin pudar. Jangan biarkan situasi ini berlaku di dalam perhubungan anda. Wujudkan rasa cinta yang berpanjangan di antara suami isteri dengan aktiviti yang kerap dilakukan ketika bercinta antaranya makan malam romantis bersama, dan sebagainya. Ingat, rasa cinta dapat dipulihkan dengan adanya interaksi antara dua belah pihak!




* Ucapkanlah Rasa Sayang
Bagi wanita, walaupun hanya satu ungkapan atau ayat, ia sangat berharga dan rasa begitu bahagia menerimanya. Ungkapan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari mampu menambahkan lagi rasa cinta dan kasih di dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Kata-kata cinta ini mungkin mampu menjadi amalan anda untuk isteri tercinta supaya keutuhan cinta terus bertahan lama. Jika anda mampu mendalaminya, pasti anda menjadi lelaki yang paling disanjungi isteri. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan 'I Love You'. Gunakan teknologi yang ada kini sepenuhnya. Sering menelefon atau menghantar email untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.




* Urutan Kasih Sayang
Sentuhan mesra dari suami untuk isteri tersayang menjadi penawar buat si isteri tatkala berhadapan dengan stress sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Kadang kala si isteri tidak memerlukan sentuhan secara berlebih-lebihan dari suami. Cukuplah sekadar sentuhan mesra di raut wajah isteri tanda si suami memahami perit jerih yang sedang dihadapinya. Peluk dan belailah isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutama daripada yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka.




* Ingat Tarikh Penting
Ini adalah merupakan perkara yang sering dipandang remeh oleh kaum lelaki tetapi begitu penting dalam diari kehidupan seorang wanita. Janngan ambil mudah perkara yang amat penting bagi wanita. Wanita cukup kuat mengingati tarikh penting contohnya hari ulang tahun hari lahir pasangan dan anak-anak, tarikh perkenalan dan ulang tahun perkahwinan. Sesekali, buatlah kejutan supaya mereka rasa lebih disayangi.

Thursday, January 24, 2013

Tazkirah Maulidur Rasul

“Maulidul Rasul Sepanjang Zaman”


Alhamdulillah setiap 12 Rabiul Awwal tahun hijrah, seluruh umat Islam akan menyambut ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. yang dikenali sebagai Maulidur Rasul.

Baginda dilahirkan pada subuh hari Isnin, 20 April 571M di Kota Mekah pada tahun yang dikenali sebagai Tahun Gajah selepas percubaan insiden serangan tentera Nasrani bergajah dari San’aa, Yemen;
Raja Abrahah ke atas Kota Mekah telah dimusnahkan oleh angkatan
burung Ababil.

Peristiwa ini telah direkodkan di dalam Al Quran surah Al Fiil ayat 1-5.
Kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W. telah berjaya mengembangkan syiar Islam kepada penduduk Jazirah Arab selain berjaya menyampaikan dakwah kepada raja-raja Arab, Parsi dan Rom sepanjang hayat baginda.

Kewafatan baginda pada 12 Rabiul Awwal 634M / 11 Hijrah tidak mematikan syiar Islam sebaliknya diteruskan oleh para khalifahnya ke seluruh dunia sehingga kini.
Menurut sejarah, Maulidur Rasul dicatatkan pertama kali disambut secara
kecil-kecilan oleh sekelompok ahlul bait di Mekah
Al Mukarammah semasa zaman pemerintahan khalifah Abassiyah; Muhammad Ibnu Mansur Al Mahdi pada abad ke 8M.

Kemudian pada abad ke 12M, ia telah diperkenalkan dan disambut secara besar-besaran oleh Gabenor Irbil di Iraq; Al Mudzaffar Abu Sa’id al-Qakburi semasa pemerintahan Sultan Salahuddin Al Ayyubi (1138-1193M).

Sambutan tersebut bertujuan mengumpulkan dan menyatukan kaum muslimin bagi menaikkan semangat jihad mereka menghadapi angkatan perang salib dan merampas kembali Jurusalem dari
tangan mereka.

Meskipun terdapat ulama dari aliran Wahabbi dan Salaffi menganggap sambutan Maulidur Rasul sebagai bida’ah,
 namun kebanyakkan para ulama pula menganggapnya sebagai satu bentuk sambutan yang bertujuan melahirkan rasa kecintaan kepada Rasul dan yang paling utama pengisian Maulidur Rasul harus selari dengan tuntutan syariah.


Monday, January 21, 2013

PHD....not bad...

Malam tadi satu rumah malas nak keluar, tambah2 pulak dengan my Rayyan yang tak berapa sihat so aku decide makan Pizza Hut Delivery je la..Anyway, kat tempat aku baru bukak PHD ni..mmg x penahnye singgah sebelum ni..teringin jugak nak rase..sb dgr dari kawan2 PHD xde la berape vouge klu nak dibandingkan dengan Pizza Hut dan Dominos..Kebetulan, balik dr kg tadi check peti surat, ade la pamplet PHD ni..tu yang jadi beria2 nak try...


 Set ni ok kot untuk dinner kan..

So, aku pn kol la talian hotline die 1300-82-2020..ingatkan kene tggu lame tp sekejap je diorang da pick up...ok..servis ummpphhh...klu tggu lame mmg aku kompom da mengomel2 la jawabnye..lepas diorang amek details sume bagai, aku pn tggu la..diorg kate dalam mase stgh jam makanan akan smp...mase tu dalam kol 7.45 malam..ok, sementara tggu tu kms la baju Rayyan nak ke taska besok dan kemas buku Irfan..Belum sempat abis kemas buku Irfan, dengar la bunyi orang bagi salam...mmm..mesti abang delivery ni...cepat betul sampai..mase tu masa menunjukkan pukul 8.00 malam...so around 15 minit je la..servis mmg best lah mcm ni...


makanan da sampai...lapar...lapar...


Regular  Golden Crab...nyum2...


Mixbites..chicken finger agak pedas skit..my son makan prawn finger je la...

Bagi aku, PHD ni bole tahan la..masih belum bole menawan hatiku..huhu...tp x tau la flavor yg lain..mayb nt bole la try yg lain plak..my hubby pn nmpknye mkn sikit je..x berape kene la tu dengan selera die...apepun, da try da rase not bad la...cume abis 2 slice je..yg lebih aku bawk p opis..Irfan pn nak jugak so bekalkan jugak la pizza ngan finger2 yang masih berbaki...

Sunday, January 20, 2013

Gusi oh gusi...

Semalam baru lepas balik dari klinik sb my Rayyan demam dan sakit mata..hari ini sekali lagi aku dan hubby terpakse bawa Rayyan ke klinik  kerana baru aku sedari ade sesuatu yang tak kena dengan gusi Rayyan..mcm ade nanah kt gusi die membengkak dan membesar..dugaan buat anak mama sekali lagi lepas kne conjuctivitis..dah berenti menyusu ni mcm2 pulak penyakit yang datang..mama redha cuma mama x sanggup lihat penderitaan kamu ya Rayyan Danish..


Tergopoh-gapah jugak aku dan hubby bwk Rayyan ke klinik..aku sgt risau klu nanah tu pecah..mesti sakit kn..walaupun aku x penah kne bisul..tp aku dapat rase kesakitan tu..Memandangkan kami otw nk balik dr kg ke Bukit Mahkota, cari klinik banyak pulak yang tutup almaklum la ari minggu..smp la kat Dataran Senawang jmp la Poliklinik Ibnu Sina yang beroperasi 22 jam..Doc Yusof as a doctor yang bertugas ari tu sahkan Rayyan kene gusi bernanah..doc just bg ubat surut bengkak n PCM..


 nasib baik ade klinik yang buka ari ahad mcm ni...

 ubat surut bengkak yang doc bagi...


 ABSES GIGI - SISI DAN GUSI BERNANAH


Definisi
Abses gigi merupakan pengumpulan bahan-bahan yang dijangkiti (nanah) berpunca dari jangkitan bakteria di bahagian tengah (pulpa) gigi.

Penyebab, Kejadian dan Faktor Risiko
Abses gigi atau gigi bernanah sebenarnya adalah komplikasi kepada karies gigi. Ia juga boleh berlaku akibat trauma terhadap gigi (misalnya apabila gigi patah atau hancur). Enamel yang terbuka (berlubang) membenarkan kemasukan bakteria yang akan menjangkiti bahagian tengah (pulpa) gigi. Jangkitan boleh merebak dan akar gigi hingga ke tulang yang menyokong gigi.

Jangkitan menyebabkan berlakunya pengumpulan nanah (terdiri daripada tisu yang mati, bakteria yang telah mati atau masih hidup dan sel darah putih) dan pembengkakan tisu dalam gigi. Ini menyebabkan sakit gigi. Jika struktur akar gigi mati, sakit gigi mungkin hilang, tetapi jangkitan kekal aktif dan terus merebak dan memusnahkan tisu.

Gejala-gejala gigi bernanah
  • Sakit gigi.
  • Sakit gigi yang teruk dan berterusan
  • Sakit yang berdenyut-denyut.
  • Sakit ketika mengunyah.
  • Gigi terasa sensitif kepada air sejuk atau panas.
  • Rasa pahit di dalam mulut.
  • Nafas berbau busuk.
  • Mungkin demam.
  • Kelenjar leher bengkak.
  • Rasa tidak selesa, tidak sihat atau tidak tenang.
  • Bahagian rahang bengkak (sangat serius).
Komplikasi gigi bernanah
  • Gigi tercabut.
  • Jangkitan merebak hingga ke tisu lembut (selulitis fasial, angina Ludwig).
  • Jangkitan merebak ke tulang rahang (osteomielitis mandibel atau maksila).
  • Jangkitan merebak ke bahagian badan yang lain menyebabkan abses serebrum, endokarditis, pneumonia atau gangguan gangguan lain.
Langkah penjagaan sendiri
  • Untuk meredakan kesakitan, ambil ubat penahan sakit.
  • Jangan meletakkan serbuk aspirin di atas gigi. Aspirin akan melecurkan gusi dan memusnahkan enamel gigi.
  • Jangan minum minuman yang terlalu panas atau sejuk.
  • Jangan mengunyah gula-gula getah.
  • Elakkan makanan yang manis, pedas dan berempah. Diet dalam bentuk cecair mungkin perlu untuk 1 atau 2 hari sehingga kesakitan mulai hilang.
  • Berkumur dengan air garam suam setiap satu jam.
  • Berjumpalah doktor gigi walaupun sakit telah beransur-ansur reda.

RawatanTujuan utama rawatan adalah untuk menyingkirkan jangkitan, mengekalkan gigi dan mencegah komplikasi. Antibiotik boleh diberi untuk melawan jangkitan.

Berkumur dengan air garam suam dapat melegakan kesakitan. Ubat analgesik yang diperolehi dari kedai mungkin dapat meredakan sakit gigi dan demam. Jangan meletakkan aspirin betul-betul di atas gigi atau gusi kerana ia akan menambahkan kerengsaan pada tisu dan boleh mengakibatkan ulser mulut.

Pembedahan akar gigi mungkin disyor untuk mengekalkan gigi. Bahagian gigi yang rosak akan ditanggalkan bersama-sama bahagian tengah gigi termasuklah tisu saraf dan vaskular. Manakala bahagian akar dan permukaan gigi dikekalkan. Rongga yang terbentuk di dalam teras akan diisikan dan dibaiki. Bahagian atas gigi kemudiannya akan disalutkan dengan bahan penampal. Eksisi (penyaliran melalui pembedahan) bahagian yang bernanah atau mencabut gigi yang rosak mungkin perlu dilakukan.

Berjumpalah doktor sekiranya....
Anda menghadapi satu atau lebih masalah berkaitan sakit gigi seperti yang disenaraikan di bawah ini:
  • Sakit yang berdenyut-denyut atau berterusan.
  • Demam.
  • Sakit telinga.
  • Leher atau rahang yang sakit bila disentuh atau kelenjar yang bengkak di bahagian gigi yang sakit.
  • Merasa tidak sihat.
  • Nafas berbau dan/atau rasa pahit di dalam mulut.

Saturday, January 19, 2013

Demam..Conjuctivitis..Oh my Rayyan..

Sejak dari ari Khamis mlm Jumaat ari tu mate Rayyan da stat merah, berair dan bertahi mata..kne sakit mata kah my son?? oh no..hope just iritation only..ari Jumaat aku g kj mcm biase..mase amek Rayyan ptg tu, tgk mate die ok pulak..coz in my mind pk klu skt mate mesti akan melarat dan makin teruk..tp steady lg..Rayyan x nangis x gosok2 mate tp still merah, berair dan bertahi mata..

Tapi, pagi tadi tgk keadaan mata Rayyan makin banyak tahi mata..lepas g kenduri sepupu my hubby kt Serting Hilir, aku pn bergegas ke klinik kat Bahau..mcm biase la kami ke Klinik Nagiah..doktor kate confirm sakit mate..doktor cek suhu badan Rayyan...mmm..panas..terus masuk ubat kat punggung..cian anak mama sorang ni..planning papa nk ke stadium tgk bola pn terpakse dibatalkan malam ini...sorry ye sayang n thanks kerana sudi mengalah demi anak kite yg tercinte ni..


 Keadaan my Rayyan..baru balik dr klinik..



pakej - ubat demam, sesema + batuk, antibiotik dan eye drop


SAKIT MATA ATAU CONJUCTIVITIS


Istilah “mata merah” biasanya dikaitkan dengan mata sakit, mata perit atau jangkitan kuman. Terdapat berjenis-jenis penyakit mata yang boleh menyebabkan mata kita merah dan setiap penyakit ini perlu rawatan yang berlainan.

Sesetengah penyakit mata merah adalah seperti berikut:

“Conjunctivitis”
Terdapat beberapa jenis penyakit yang menghasilkan conjunctivits seperti jangkitan kuman (virus dan bakteria), alahan, toksik, kecederaan mekanikal, phlyctenular, kekeringan mata, blepharitis, superior limbic keratoconjunctivitis dan sebagainya.
Kaedah merawat penyakit sendiri membawa bahaya meletak ubat yang salah dan ini boleh melanjutkan penyakit mata merah. Penyakit mata merah kadang-kadang memerlukan ubat titis antibiotik, dan yang lainnya memerlukan ubat steroid. Menggunakan ubat yang salah boleh menjadikan penyakit mata lebih teruk dan kadang-kadang boleh membutakan mata.
Kesan sampingan ubat steroid tanpa pengawasan doktor mata menambahkan risiko penyakit glaukoma yang boleh membutakan kalau tidak dikesan pada tahap yang awal.
Adalah penting untuk mendapat rawatan pakar mata untuk diagnosis yang betul supaya anda tidak mengalami lebih masalah dan keseksaan.

“Uveitis”
Mata boleh mengalami radang disebabkan oleh beberapa faktor. Radang boleh menyebabkan mata yang merah, sakit dan juga boleh membutakan kalau tidak dirawat dengan sempurna. Ubat sistemik kadang-kadang diperlukan kalau ubat titis tidak boleh merawat keadaan ini dengan sempurna.

“Subconjunctival hemorrhage”
Saluran darah di permukaan mata boleh mengalami kecederaan dan pendarahan. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang lebih cenderung kepada keadaan ini. Sila membincang masalah ini dengan pakar mata anda untuk menentukan samada keadaan ini boleh dielakkan pada masa depan.

“Angle Closure Glaucoma”
Keadaan ini menghasilkan mata yang merah, sakit dan kabur. Penyakit ini memerlukan rawatan kecemasan. Kalau ini tidak dirawat dengan segera, ini akan menyebabkan kebutaan yang kekal. Kes jenis ini memerlukan rawatan perubatan dan surgikal yang segera untuk menyelamatkan penglihatan anda. Mencuba rawatan sendiri akan membawa kesan yang teruk. Penyakit ini memerlukan rawatan khas pakar mata diikuti dengan rawatan laser atau pembedahan untuk menyelamatkan penglihatan anda. Hubungilah pakar mata dengan segera untuk rawatan glaukoma berpatutan.

“Pterygium/Pingecula”
Ini adalah tumbuhan “selaput” di permukaan mata di mana saluran darah biasanya akan menjadi merah di bahagian “selaput” itu. Sila rujuk kepada pakar mata untuk menentukan samada pembedahan diperlukan untuk mengelakkan daripada “selaput” (pterygium atau pinguecula) ini menutupi penglihatan anda.

Ulser Kornea
Keadaan serius seperti ini boleh menyebabkan mata merah. Pesakit yang memakai kanta sentuhan lebih cenderung untuk mengidapi masalah ini, serta pesakit yang terdedah kepada air/cecair kotor. Penyakit ini boleh menyebabkan kehilangan penglihatan disebabkan oleh parut yang terjadi. Rawatan awal sangat mustahak. Sila menjumpaipakar mata untuk konsultasi segera mengenai rawatan yang sesuai sebelum ianya mengakibatkan kesan yang buruk keatas mata anda.

“Endophthalmitis”
Dalam keadaan ini, seluruh lapisan mata dijangkiti kuman seperti selepas pembedahan atau dalam pesakit imunokompromasi.
Sebablah itu, pesakit yang telah mengalami pembedahan mata perlu menghadiri pemeriksaan lanjutan sebagai dinasihatkan doktor kerana penyakit ini boleh terjadi selepas beberapa hari/bulan/tahun .
Pesakit yang mengalami immunokompromasi, kencing manis, pelbagai penyakit serentak boleh dijangkiti endophthalmitis walaupun mereka tidak mengalami pembedahan mata. Kuman boleh merebak dari bahagian badan yang lain kepada mata dan ini boleh menyebabkan kebutaan.

Cara merawat sendiri dengan ubat titis
Sesetengah orang suka menggunakan ubat mata yang boleh memutihkan mata. Penggunaan ubat jenis ini untuk jangkamasa berpanjang tidak sesuai dan boleh menyebabkan mata juga menjadi merah selepas penggunaan ubat ini ditamatkan. Kesan sampingan lain boleh menyebabkan kerosakkan mata yang kekal.



Friday, January 18, 2013

Salam Perpisahan Sahabat...

Ari ni ade majlis perpisahan 2 orang sahabat yang akan bertukar ke Negeri Perak dan seorang yang bertukar ke unit lain. So, smlm aku, abang Shahril ( our driver ) dan kak J ke Pasar Borong Selangor utk beli barang2 utk memasak..blk dr pasar singgah sat kat Uniten bli my peberet drink coconut shake..sabo je la..baru nak baik sesema, mlm td idung tersumbat lagi..huhu..padan muke aku...


Sempat lg rewang2 sblm balik kj..x pasal2 bibik tolong rewang skali...
 

Sedapnye biji sagu makan dengan susu cair + gula melaka..

Aku ditugaskan masak ayam masak merah..huhu..lame x masak weh..balik keje terus ajak papa ke Kedai my bestfrenz kt Nilai 3..Dlu Aki Muis sekarang da tukar ke Kedai Afsar Muis..menjual pelbagai frame ayat Al-Quran, cermin bingkai dll..mmg biase amek barang kt die klu ade kwn2 yang bertukar untuk dijadikan  sbg cenderahati..ok sambung balik part msk2..smp je umah time for prepare rencah2 nk masak..rebus cili, blend, grg aym..nasib baik my Rayyan very independent mlm td..minum susu dan tido tanpa belaian mama..anak mama da bijak sekarang sejak berenti menyusu...


Pic ni sebagai selingan je..teringat plak adik time ni...
ok..cite pagi ni plak kt opis..antara pic2 yg sempat dirakamkan...malas nk cecite pjg2..hehe..
Hadiah yang telah siap dibalut..thanks Cik Ta, Kak Fid n Ani yang telah membantu..


Kak Nor Azmah yg akan bertugas di Klinik Kesihatan Menglembu, Perak.

Abang Poji yang telah bertukar ke Unit Khidmat Sokongan pada 2 Jan yang lalu..Yang sorang lagi lom sampai lagi..so xde la pic terima hadiah...huhu...Anyway, thanks a lot to all of u kerana telah memberi sumbangan kepada Unit Hasil...Jasamu tetap dikenang....


 Sebok je mamat sorang ni..nk amek pic berdua jadi bertiga lak...

 With Ani, Ekin, Nina dan Kak Fid...

With En Shaleh Akauntan and En Zaharin Pen. Akauntan...


 Posing time...


 With Kak J merangkap Jawatankuasa hidangan pada hari ini...huhu...anyway thanks to Kak J sb sudi buat pulut kuning untukku...terharu siot...

Wednesday, January 16, 2013

Flu..pliz go away...

Aduh..seksanya kalau dijangkiti selsema..lagi2 kalau seharian keluar hingus yang kejernihan mcm air tu..sakit kepale weh..x larat..rase nk tido je..segala bagai ubat jd peneman inhaler, vicks, balm sume aku balun...hari ni mmg sgt2 x larat nk p kj..kepale sakit, hidung tersumbat, badan rase seram sejuk..kompom aku xlarat....mlm td papa tlg kemas rumah, tlg uruskan mkn minum anak2..nasib bek anak2 x bt perangai, baik je..gaknye die paham mama die x sihat..pg ni papa yg tolong siapkan Irfan nk p skola..apak Gman lak tolong anta Rayyan p taska...bile sume da xde, time for bath nak p klinik..sori la papa, x dapat tggu papa balik keje bru nk g klinik, mama da x larat dah..lps mkn ubt pk nk tdo je..rest..kt bawah ni adalah antara kaedah untuk merawat selsema..dapat la mc sehari dan ubat-ubatan...semoga aku cepat sembuh..amin...



1) KULIT KAYU MANIS



bunyinya memang manis. tapi  rasanya amatlah tidak semanis bunyinya... ok, teruskan. kulit kayu manis ni ada dua cara. sama ada korang nak makan macam korang makan coklat bar atau masukkan dalam air. kalau nak mkan korang anggap je korang sedang makan buah pinang. tapi jangan makan banyak sangat. kulit kayu manis ni berfungsi untuk memanaskan badan dan menghilangkan lelehan hingus. kalau tak sanggup nak makan, letak dalam teh panas dan minum. jangan la teh ais plak kan..

2) ASAM LIMAU



dulu masa zaman sekolah kalau selsema atau batuk aku suka guna petua ni. lupa dah dari mana aku ambik. letak gula dalam sudu, then perahkan limau nipis. lepastu kahak rasa lega. InsyaAllah. kalau nak lg sedap, buat teh suam, perahkan limau dalam tu. wahh sedapnya teh suam letak limau.

3) ASAM JAWA




asam jawa sangat sedap bila dimakan begitu sahaja. yumm. -_- korang ambik asam jawa, bancuh dalam air suam, letak gula sikit, then minum. Asam jawa ni bagus untuk hilangkan rasa perit pada tekak dan menyejukkan badan.


4) 100 PLUS




beriklan plak aku kat sini kan. haha. tapi ni untuk cara yang lebih moden la. kalau korang xnak amalkan petua 3 diatas tu. sila bersiap2 untuk kekedai terdekat dan beli sebotol/setin 100 plus yang original. minum. bagus untuk menambah tenaga, mengurangkan demam.

5) UBAT SELSEMA



cara yang paling senang dan memang tidak meremehkan ialah makan ubat selsema. berlambak-lambak kat farmasi. pilih je. makan dan berehat.

Wednesday, January 9, 2013

Busy week...

Oh...bz nye aku minggu ni..dengan anak baru seminggu stat skola, dgn report2 kat opis yang perlu disiapkan ikut dateline, dengan my Rayyan yang tengah demam, dengan keje2 rumah yang x sudah2 terutama kain baju yang da bergunung-ganang..dan jadual baru aku kne bangun awl untuk buat bekpes my Irfan..ohh..indahnya duniaku...nasib baik la my Rayyan da berenti breasfeed n giliran my hubby pulak la berjaga malam utk buat susu...lepas ni kne monitor homework2 my Irfan plak n ajar mengaji...kesian pulak tgk Irfan..minggu ni tdo awl je sb keletihan..penat agaknye..bawak beg besar lagi..dengan Kelas Agama petang lagi..sampai rumah pn da pukul 6 lebih..sabar la ye sayang..ganjaran yang kamu akan dapat nanti pasti berbaloi2..yg penting usaha dan rajin belajar..mama pasti tersenyum bangga saat itu...


Time2 camni la baru teringat kat mak..baru rase macam mane penat lelah perih jerih mak terpakse bangun pagi2, kejut aku abang dan adik2 aku nk p skola, buat sarapan...sanggup berkorban demi nak lihat anak2 berjaya satu hari nanti..Sekarang ni banyak pulak dengar bile anak da senang, lupe kat kedua orang tua..yang gaji berbelas ribu pn x penah langsung hulur duit kat mak kat abah..apelagi nak balik jenguk orang tua tu...bak kate Dr Fadzilah Kamsah, kalau kite jauh x dpt balik slalu, rajin2 la kol mereka..diorg bukan nak dgr suara kite pn dapat dgr suara cucu uwek2 pn jadi la...Oh mak Oh abah..pengorbananmu sungguh besar sekali...terima kasih x terhingga kerana membesarkan aku dgn penuh kasih sayang...luv u 200%...


p/s : Love, hug, kiss ,care of them while they are still alive..



10 cara berbakti kepada ibu bapa :

  • Memberi nafkah 
  • Menyediakan tempat tinggal
  • Memberi kasih sayang
  • Memberi perhatian
  • Memenuhi permintaan
  • Melakukan apa yang disukai
  • Bercakap dengan lemah lembut 
  • Menghadiahkan kejayaan
  • Meluangkan masa bersama-sama
  • Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa 
Untuk huraian yang lebih lanjut, sila klik di sini

Saturday, January 5, 2013

Supplement & Me

Tibe2 rase nak cite pasal supplement ari ni..myb ade yg nk share atau tgh cri maklumat pasal supplement yang baru nk dicuba..kt cni ade beberapa supplement yang aku penah try..tp stok ni sume da abis pn & skrg ni aku sedang mencuba Vitamin C Shine..stok vit c ni my frenz amek dari doktor..banyak lg vitamin C yang dijual kt pasaran tp kne hati2..pastikan dapat info sblm gune sesuatu produk...




VCO CATALYST (MINYAK KELAPA  DARA)

VCO adalah virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel .Kelebihan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst ialah ianya menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kulit.Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil.

Kegunaan Luaran

i) dapat mengurangkan berat badan
ii)melembut dan mengurangkan kekeringan
iii) menghasilkan tenaga dan sentiasa segar
iv)mengatasi masalah kulit berminyak

Kegunaan Dalaman

i)mencegah risiko penyakit jantung& kadar kolestrol tinggi
ii)mengurangkan perasaan mudah lapar
iii)melancarkan kitaran haid
iv)melegakan pernafasan
v)membaiki kadar pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
vii)sebagai agen pelincir dalam hubungan suami isteri

Pengambilan VCO bagi wanita yang hamil

Selain bagus untuk kulit.kesihatan dalaman dan luaran. VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin. Ada effect ke VCO ni? Jangan risau, Vco tiada side effect sbb dia bukan ubat. it's simply a great supplement. Setakat ni based on testimoni2 pengamal VCO, ada 3 orang dah bjaya hamil. Alhamdulillah..rezeki itu semuanya datang daripada Allah, tetapi kita jugak kene berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara yang baik. Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insyallah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan. CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL.Pengambilan vco bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana vco juga berfungsi sebagai agen pelincir.


INNER SHINE PATI PRUNE 

Ia adalah minuman pati buah-buahan semula jadi yang sedia diminum. Khasiat pemakanan dalam bentuk cecair dapat diserap dengan cepat dan kekal di dalam badan dengan lebih baik.Ia 1.5 kali lebih pekat daripada jus prun biasa, dan rasa “manisnya” adalah daripada pati buah prun yang segar tanpa tambahan gula, perisa atau bahan pengawet.

InnerShine Pati Prun mengandungi kelazatan dan kebaikan semula jadi pati buah prun.Ia dihasilkan daripada buah prun California – di mana asalnya buah prun yang paling bermutu di dunia. Ia ditanam dan dipetik dalam persekitaran yang bersih.Tampak berseri dengan penuh keyakinan hari ini! 
Mulakan pengambilan InnerShine Pati Prun terutamanya di waktu malam dan rasakan perbezaannya serta-merta. Dapatkan satu pek InnerShine dengan segera dan anda akan menuju ke arah kulit wajah yang berseri-seri, tampak lebih yakin dan sihat.

So far, mmg ade perubahan la setelah aku minum 2 kotak pati ni..dlu kulit aku jenis kering n bile mkn dapat rase kulit tu lembap je..


U-QUEEN

Queen yang bermaksud RATU telah diadun menggunakan herba-herba mewah dan terpilih khusus bagi membantu menyelesaikan berbagai masalah dalaman dan luaran wanita. U-Queen adalah minuman kesihatan yang kaya dengan nilai khasiat, vitamin dan bahan-bahan antiseptik untuk merawat dan memelihara kesihatan tubuh wanita secara total.

KHASIAT U QUEEN

- Membekalkan tenaga luaran dan dalaman
- Membantu mengencang payudara
- Membantu mengatasi masalah berat badan
- Membantu melewatkan monapouse
- Membantu mencerahkan kulit secara semulajadi
- Membantu mengerathan hubungan suami isteri
- Membantu mengatasi masalah keputihan dan senggugut
- Membantu menguatkan dan merapatkan otot vagina
- Membantu mengatasi masalah faraj longgar dan berair
- Membantu menaikkan seri pada wajah dan awet muda
- Membantu mengecutkan fibroid, cyst dan endometriosis
- Membantu melancar/membersih darah serta peranakan
- Membantu membuang toksik, lemak dan angin dari dalam badan.


 SOY COLLAGEN NURBEAUTYLINE


FUNGSI SOY COLLAGEN :

  • MEMBANTU MELAWAN ANTI-PENUAAN
  • MEMBANTU MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT
  • MEMBANTU MENUTUP PORI-PORI  DI  PERMUKAAN KULIT
  • MEMBANTU MENGECUTKAN JERAWAT DAN MENGHILANGKAN JERAGAT DARI DALAMAN
  • MEMBANTU MEMUTIH DAN MELEMBUTKAN KULIT
  • MEMBANTU MENINGKATKAN STAMINA DAN SISTEM DALAMAN
  • MEMBANTU MENGUATKAN KUKU
  • MEMBANTU MELEMBABKAN TUMIT KAKI YANG MEREKAH
  • MEMBANTU SISTEM KETAHANAN BADAN 
  • MEMBANTU MENYEGARKAN KELILING MATA
  • MEMBANTU TIDAK MENGEMUKKAN BADAN
  • MENGUATKAN AKAR DAN MENYUBURKAN RAMBUT
  • BAIK UNTUK IBU YANG MENGANDUNG UNTUK MENDAPATKAN KULIT BAYI PUTIH GEBU DAN TULANG YANG KUAT
  • MENGUATKAN GIGI,TULANG DAN SENDI
  • BAIK UNTUK KESIHATAN
  • MENGAWAL MINYAK DI PERMUKAAN KULIT
  • MEMONGGELKAN DAN MEMONTOKKAN BIBIR YANG KECUT DAN KENDUR
  • MEMBANTU MENGHILANGKAN BADAN

VITAMIN C SHINE 

Fungsi Vitamin C yang paling terkenal ialah membantu pembentukan kolagen, iaitu bahan protein yang mencantum/mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepas pembedahan menjadi lebih cepat dan efektif dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.

Vitamin C juga merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan amat berkesan dalam mengurangkan tanda2 penuaan pramatang. Ia juga berperanan menghalang jangkitan, serangan virus dan bakteria serta mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok, pengambilan Vitamin C membantu menghapuskan keracunan nikotin.

Kini, anda tidak perlu lagi mengambil suntikan vit-C untuk memiliki kulit halus, gebu dan berseri. Hanya telan 1 biji tablet vitamin C 1000mg sehari sudah mencukupi!

KEBAIKAN VITAMIN C:

-Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
-Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
-Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
-Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut
-Anti penuaan dan anti kedut
-Mengatasi masalah resdung dan alahan
-Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi
-Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
-Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
-Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress
-Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
-Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
-Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
-Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia
-Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah
-Merawat jangkitan saluran kencing
-Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain

Vitamin C adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 6 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

SANGAT SESUAI UNTUK:

*wanita dan lelaki,umur 12 tahun keatas
*ibu mengandung
*ibu yang menyusukan bayi (menambahkan air susu)
*boleh diambil ketika haid
*mereka yang mengambil supplement kolagen dan glutathione (mengoptimumkan fungsi dan serapan bahan tersebut oleh badan)
*mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit
*perokok (mengurangkan penyerapan nikotin)
*mangsa kemalangan yang cedera/pembedahan, melecur


CARA PENGAMBILAN:

-Telan 1 biji tablet vitamin C setengah jam selepas sarapan atau sebelum tidur.
-Amalkan minum banyak air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin serta membolehkan penyerapan vitamin secara optimum oleh badan.
-TIPS: Amalkan vit-C pada masa yang sama setiap hari kerana vit-C adalah jenis vitamin yang tidak bertahan dalam badan dalam tempoh lama dan perlu sentiasa di ganti untuk manfaat kesihatan keseluruhan.

KANDUNGAN SETIAP TABLET:

sodium ascorbate - 563mg
calcium ascorbate - 605mg
vit c - 1000mg
zinc - 5 mg
citrus bioflavonoids standardized extract - 100mg
hesperidin - 30mg
rutin - 50mg
grape seed extract - 5 mg
rosehip fruit extract - 5mg

-Standardized extracts, for effectiveness
-Non-acidic and gentle on the stomach
-Tablets are coated for easier swallowing
-No added preservatives, artificial colors or artificial flavors

Lulus KKM
100% halal







Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Kami..

Aku dan hubby amek cuti ari ni sb1st day nak anta Irfan ke sekolah dan nak anta adik ke taska baru..agak kelam kabut jugak..sb Irfan akan masuk sekolah pada pukul 7.20 pg..adik pulak biasa ke taska kol 8 dengan papa..ari ni semuanya berubah..abg kne bangun awal, mandi, bersiap dan breakfast sblm nk ke skola. adik pulak masih terkulat2 bile dikejut dari bangun..cian nye la hai...

Ari ni Irfan akan memulakan hari pertama persekolahan tahun 1 di SK Batang Benar..nampak ceria dan excited betul anak sulung aku ni..x nampak pulak ade pelajar yang melalak..klu ade pun x silap aku pelajar tahun 3 asyik dok peluk pinggang mak die xmo lepas..haha klakanye..


 Environment dalam kelas Irfan..Kelas 1 Pintar..sempat lagi toleh2..cari papa la tu..


Rest time!! Cikgu tgh train anak murid membeli dan terima duit baki dari mak cik kantin..


Irfan request nak makan nasi lomak mak cik kantin..ok la..sepinggan
nasi lemak 70 sen cmpur air sirap ais 30 sen total RM 1.
Sempat lagi piss..bagus mak cik kantin ni sambal x pds sesuai sangat
untuk kanak2..bak kater Irfan terbaikkk nasi lomak eh!!!



Alhamdulillah..perkara yang bt aku stress da selesai..transport untuk Irfan untuk balik dari sekolah pn dah jumpe..nasib baik ade van Pak Cik Hashim..pak cik ni dok kat desaria, Nilai 3..Setiap Isnin hingga Khamis Irfan akan terus balik ke rumah dalam kol 5 lbh n setiaphari Jumaat Irfan akan balik ke taska sb ptg xde skola agama..syukur Ya Allah kerana kau permudahkan urusanku...

Tak sangka pulak pada hari tu aku telah mendapat peluang dari kebanyakan parent yang datang untuk
sesi temuramah kerana rupe2nye ade isu kt skola tu..Kelas tahun 1 ade 6 kelas so rupenya ade kelas yang 
terpaksa belajar dalam makmal sains, bilik kemahiran hidup dan surau..galmor kejap ko!! sempat la snap2 pic ni dari berita tv9..


My hubby nyorok plak kat blkg tu..
 



Tuesday, January 1, 2013

Happy n Happy New Year 2013



Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk terus bernafas pada tahun 2013 ini..n masih berada di samping suami dan anak2 serta kedua ibubapa..syukur sangat2..Macam biasa la, azam sume orang di tahun baru ni kalau bole sumenye nak yang indah2 dan happy belaka..same la mcm aku...smg diberi kesihatan yang baik, dilimpahkan rezki, diberi kebahagian dan smg dipermudahkan segala urusan hidupku...aminn...

Dan permulaan tahun ni nampaknye aku agak sedikit sibuk sb my Irfan da stat sekolah..aktiviti pn da padat..
n also my Rayyan pn da bertukar ke taska baru bermula 2hb..smg kedua2 anakku sentiasa dilindungi oleh Allah...terpisah seketika la kamu berdua..lewat petang baru la jmp semula..apekan daya..kehidupan perlu diteruskan...n thanks a lot with my hubby coz banyak membantu dlm urusan mengurus anak2 dan kat rumah jugak..

Sblm nak tutup cite, anyway tahun baru ni kitorg lepak kat Dataran Nilai tgk bunga api n then gerak ke PD..sb geng Man Gareng da tggu kt sane utk sesi BBQ..tq sb sudi jemput kitorang..balik dr PD dalam pukul 6 pg smp umah je trus capai bantal...ZzzzZzzzzz...