Tuesday, May 12, 2015

:: Tangan Adib melecur ::

As salam readers...entry kali ni nak share tangan Adib yang melecur tempohari...alkisahnya pada suatu petang tu ketika sedang menggosok baju. Bila da siap gosok sepasang baju dan nak sangkut kat penyidai x perasan si Adib yang kat belakang...rupanya dia dah pun pegang seterika yang tengah panas...apalagi menjerit la die..Ya Allah kesiannya anak mama...kecuaian mama kamu yang terima padah...maafkan mama sayang...serius panik tiba-tiba bila tengok Adib menjerit sebab menahan sakit..terus teringat ubat gigi dalam bilik air...terus saya sapu kat tangan Adib dan hembus2 supaya terasa sedikit sejuk...kesian Adib teresak2 dia menangis...malam masa saya nak tido saya tengok tapak tangan dia da mengelembong...mesti pedih bila pecah nanti..jadi saya minta nasihat akak ipar yang keje di klinik.



Tangan Adib beberapa jam selepas melecur..

Keesokannya, saya beritahu pengasuh Adib tentang tangan dia tu. Pengasuh saya minta saya belikan ubat ni kat farmasi. Sebab bila gelembong tu da pecah, kena sapu krim ni supaya menghalang jangkitan kuman pada luka dan mempercepatkan proses kering pada luka.


Burnol Plus - Krim Antiseptik

Tapi hampa my husby pergi ke farmasi pagi tu katanya ubat tu takda. Jadi terpaksalah beli ubat yang lain. 


My husby beli ubat ni..farmasi tu yang suggestkan..minyak khas untuk
 kulit melecur..baunya saya tak berapa suka..
Harga utk 40g dalam RM 42.00 termasuk GST.


Hari pertama gelembong pecah..

Alhamdulillah..Adib tak meragam masa gelembong air tu pecah..
Saya kerap letak ubat tu kalau tengok luka tangan Adib nampak
kering...


Tangan kiri Adib pun terkena jugak..gelembong masih
belum pecah..

Hari ke 5...alhamdulillah tangan Adib semakin pulih...cuma saya
pastikan tangan Adib tak kotor atau terlampau kering..
Adib pun dah fobia tengok iron...


Hujung minggu lepas nenek Adib datang rumah. Apelagi kena bebel la mama Adib. Hehe...di cium2 cucu die tu..kesian katanya...sori ye sayang..mama careless...selalu papa kamu jaga kamu bila mama tengah iron baju.. tapi hari tu papa kamu balik lambat, mama pulak nak rushing buat keje rumah...huhu....

No comments:

Post a Comment