- Bile pengasuh x sihat/ ade kematian saudara mara, aku sebagai parent kne la cuti jugak..tp bagi aku masalah macam ni bole la aku consider sebab bkn selalu kecuali kalau babysitter tu memang ade masalah kesihatan.
- Melalui pengalaman dulu, setiap sebulan sekali my babysitter akan apply cuti dalam waktu hari bekerja sebab nak anta anaknye check up gigi di Cahaya Suria, KL. (sb anaknye pkai pendakap gigi)..kalau senario yang mcm ni mmg sukar aku nak terima, rugi pulak la cuti tahun aku..itu belum lagi anak aku sendiri x sihat..
Mengikut pengalaman jugak, kebaikan anta anak kat taska ni antaranya....
- Anak pandai bergaul dan bersosial. Almaklumla bile da ramai masing2 secara automatik belajar untuk berkongsi barang mainan, berinteraksi serta melakukan aktiviti secara berpasukan.
- Cuti rehat ibu bapa dapat diminimakan..selalunya taska tidak akan menutup taska sesuka hati kecuali cuti umum dan notis penutupan akan diberitahu lebih awal.
- Anak2 lebih berdisiplin..selalunya diorang ade rutin dan jadual..cthnye mase makan, bermain dan tidur..jadi bile di rumah, diorang da tau time tido dan senang la parent nak bajet time rest diorang..
- Pengasuh yang berpengalaman dan berpengetahuan..kebanyakan taska akan menghantar kakitangan utk menjalani kursus pengendalian kanak2 di taska dan secara tidak langsung ibu bapa tidak risau untuk meninggalkan ank mereka di taska tersebut.
- Anak2 di taska juga selalunya diajar mengenal objek..sebab itu kebanyakan taska dicorakkan dengan perkataan dan gambar yang berwarna-warni untuk merangsang minda anak2..
For info, bole la parent check samada taska anak2 anda berdaftar ataupun tidak..bole check di sini.
Tindakan Undang-undang Jika TASKA Tidak Berdaftar : |
Mana-mana TASKA yang tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi standard minimum JKM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
i. Didakwa di mahkamah dan boleh:
- didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya;
- Bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM 20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
iii. Dikenakan kompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan.
iv. Arahan bertulis Ketua Pengarah
v. Perintah tutup sementara TASKA berdaftar
vi. Lak (seal) TASKA tidak berdaftar
RUJUKAN
- Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308]
- Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan) 2007 [Akta A1285]
- Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi)1984
- Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi)1993
- Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pemkompaunan Kesalahan 2011)
No comments:
Post a Comment