Saturday, February 23, 2013

Kebaikan makan yogurt...I'm lovin it!!

Pagi ni tetibe rase nak post entry berkaitan kebaikan makan yogurt.. pg td mase nak on the way g keje, aku pn singgah la kat Petronas utk beli makanan ringan buat kunyah time kj nanti..aku beli egg sandwich, kacang2 and mase nk beratur kat kaunter, tibe2 terpandang peti sejuk Nestle Bliss..of course la aku grab my peberet yogurt..


Ni yogurt yang aku beli kat petronas tadi...

Ok, nak dijadikan cerita kalau ikutkan ari Sabtu mcm ni aku sepatutnya cuti..tapi hari ini my turn keje di Unit Haemodialisis..lepas abis register patient sume, aku pn teringat nak makan yogurt yang aku beli tadi..mase tgh makan tetibe aku terfikir kenapa aku suke sangat kat yogurt erk..ape yg best dan ape function die kt dalam badan kite..mcm biase la search pny search rupenye mmg byk khasiat nye dan merupakan bakteria baik dalam tubuh kite...and make sure yogurt  yang anda makan adalah yogurt rendah lemak..


Antara kebaikan yogurt dan fungsi kepada tubuh adalah :

  • Yogurt bagus untuk sistem imun kita kerana yogurt merupakan bakteria baik atau kultur hidup yang dapat menghalang jangkitan fungus. Ia juga bertindak sebagai antibiotik dalam tubuh kita. Ia juga dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit di saluran pencernaan.
  • Bagus untuk ibu hamil dan juga ibu dalam pantang. Yogurt mengandungi kandungan serat yang tinggi dan boleh menjana penghasilan susu ibu. Bakteria baik dalam yogurt berfungsi menghadamkan laktosa iaitu gula semulajadi dalam susu. Ia bertindak merangsang sistem pelalian dalam saluran usus dan menjadikannya lebih sihat dan berfungsi dengan lebih baik.
  • Bagus untuk sistem penghadaman. Bagus bagi yang mempunyai masalah sembelit dan juga bagi yang ingin mendapatkan perut yang cantik dan kempis. Yogurt kaya dengan vitamin A, tiamin, niasin, ribofflavin susu, zat besi, forforus dan kalium. Jadi yogurt bole diambil secara kerap. Zat2 yang terkandung di dalamnya amat baik untuk perkembangan kanak2. Kandungan kalsiummya yang tinggi dapat membantu proses tumbesaran dan juga membina tulang serta gigi yang kuat.
  • Yogurt juga dapat mengelak daripada jangkitan dan mengurangkan risiko tumor pada saluran kencing atau organ lain. Ia juga dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah dan mengelakkan serangan jantung.
  • Kajian juga membuktikan pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurang risiko jangkitan pada faraj. Candida atau yis jangkitan vagina adalah masalah biasa bagi wanita yang menghidapi kencing manis. Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan. 
  • Bagi yang sedang berdiet,elok la memilih yogurt rendah lemak. Gantikan sarapan pagi atau supper dengan sebotol yogurt rendah lemak. Diet juga memerlukan sokongan gizi sumber makanan lain juga.
Lepas ni nk try yogurt kat sogurt plak..mcm best je...So, marila kite same2 amalkan makan yogurt ni demi manjaga kesihatan tubuh...

2 comments: