Tuesday, August 19, 2025

:: Pengalaman Ayyash Dijangkiti Virus RSV Part 2::

sambungan dari siri sebelum ini..boleh refer Part 1

https://aszureen-iryan.blogspot.com/2024/11/pengalaman-ayyash-dijangkiti-virus-rsv.html

Sampai je di kecemasan, mama terus ke kaunter dan inform apa yang dah jadi pada Ayyash.. diorang cek nadi Ayyash then minta mama register..lepas register mereka terus bawa Ayyash ke observation ward..kat situ diorang amek darah & buat swab test incase Ayyash dijangkiti Covid atau Influenza..minta jauh la Ya Allah...melalak Ayyash kena cucuk hidung..sakit ye sayang..nak baik kn...keep strong sayang mama..after a while, doc decide utk admit Ayyash walaupun masa tu result darah belum keluar lagi..maybe diorang nampak Ayyash tak aktif & macam nk dehydrate..Mama redha je janji anak mama cepat sembuh.


Tangan jadi bengkak so terpaksa pasang line kt lengan...
bertabahlah nak...


Finally Ayyash admit di HUPM buat kali ke2...lepas lahir dulu Ayyash admit disebabkan prolog jaundice...kali ni sebab lain pula...



Ayyash sangat banyak tidur dari berjaga...kalau berjaga pun hanya untuk menyusu then tidur semula..nampak sangat dia tak larat. Petang tu doktor datang & interview mama..macam-macam la doc tanya..then doc ambil ukuran kepala Ayyash...tiba-tiba doc cakap macam mengecil kalau tengok graf dalam buku perkembangan Ayyash..ishhh biar betul doc ni..then doc ukur sekali lagi baru la doc cakap ok betul2...eiiiii mama rasa nak jerit je...mama dh la paranoid....hmm..
Doc bagitau result covid & influenza negatif...tapi doc akan buat beberapa ujian lagi...berdebar betul mama masa ni...


Beberapa jam lepas tu doc datang semula & bagitau Ayyash dijangkiti RSV Positif...Allahuakbar...penyakit zaman sekarang yang kerap serang budak-budak & yang paling mama takut kena kat anak mama sendiri...mama redha & semoga takde yang mudarat buat Ayyash....syukur sangat pernafasan Ayyash masih ok dn tak perlu guna bantuan alat pernafasan...batuk pun takde..doc hanya merawat simptom yang ada pada Ayyash seperti demam dan selsema. 

Mama teringat si Affan, anak buah mama yang pernah dijangkiti RSV masa dalam pantang..rupanya doc dapat detect ada lubang pada jantung Affan..patut la kami pelik macam mana dalam pantang Affan dah dijangkiti RSV...rupa-rupanya ada hikmah yang Allah nak tunjuk.




Sepanjang admit ward, Ayyash diberi bubur nasi...biasanya mama la yang tukang habiskan..Ayyash belum ada selera makan sangat...mama perlu rekod setiap kali Ayyash makan, menyusu badan & sebarang pengeluaran najis/air kencing..mama perlu timbang diapers Ayyash supaya doc boleh kenalpasti Ayyash bertambah baik atau sebaliknya.


Atok pun datang melawat..satu-satunya atok yang Ayyash ada sekarang...
dah 80 lebih umurnya...tapi masih kuat dan cergas..
Terima kasih Atok datang tengok Ayyash...



Seriusly, mama tak pasti macam mana Ayyash boleh dijangkiti penyakit RSV ni..Tapi mama akui mungkin ada kesilapan mama kat mana-mana sepanjang bawa Ayyash keluar...mungkin ada orang sekeliling yang tak sihat & mudahlah Ayyash dijangkiti..apapun Allah bagi pengalaman dan pengajaran pada mama supaya lebih alert dengan keadaan sekeliling lepas ni. 

Alhamdulillah...setelah 3 hari dalam wad, akhirnya
keadaan kesihatan Ayyash bertambah baik..dah mula selera makan, dah nak bermain dan yang paling penting dah mula mengukir senyuman tanda badan dah sihat...syukur sangat2 Ya Allah...




Terima kasih kepada semua nurse/doc/ppk & cleaner di wad 2 pediatrik HUPM atas layanan/rawatan yang diberikan. Semoga Allah merahmati kalian dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pesakit & dipermudahkan urusan selalu..ajom kita balik dik, sambung rehat kat rumah...dah berapa hari mama tidur macam udang atas katil hospital..hehe...bye semua.

:: Pengalaman Ayyash Dijangkiti Virus RSV Part 1::

As salam readers...apa khabar semua? Semoga sentiasa di bawah rahmat & kasih sayang Allah swt selalu...entry kali ni aku nak berkongsi pengalaman Ayyash dijangkiti virus RSV baru-baru ni..Untuk makluman Ayyash baru berusia 10 bulan 8 hari.

Mesti ada yang masih belum tahu apa itu Virus RSV..Kalau nak mudah faham RSV ni seangkatan macam Covid & Influenza. Cuma bezanya RSV disebabkan oleh Virus Sinsitial Respiratori (virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Virus ni berisiko kepada kanak-kanak bawah 2 tahun. Untuk orang dewasa pun berisiko juga lebih-lebih lagi yang mempunyai sistem imun badan yang lemah. Risiko jangkitan RSV ni boleh  menjadi penyebab  bronkiolitis (keradangan saluran udara kecil di paru-paru). Jadi virus RSV ni sangatlah bahaya terutama bagi bayi & kanak-kanak. Boleh rujuk pada info di bawah perbezaan & gejala bagi virus-virus penyakit tersebut.



Kronologi....

Badan Ayyash mula dedar pada 27/10/24 (ahd mlm). Mama risau demam naik mendadak jadi sebelum tidur mama dah bagi ubat siap-siap. Bangun subuh terasa badan Ayyash hangat balik...memandangkan hari tu hari Isnin jadi mama hantar Ayyash ke pengasuh macam biasa dengan berbekalkan ubat demam..Sampai di rumah pengasuh terus bagitau Ayyash demam. Pengasuh  pulak jenis kalau anak demam sikit-sikit die akan suruh je hantar sebab katanya kesian mak-mak nanti cuti tinggal sikit..begitulah pengasuh aku..sangat memahami. Dalam pukul 4 petang hati rasa macam tak sedap..jadi mama wasap pengasuh & dia kata badan Ayyash sangat panas & meragam juga..Ubat dah bagi setengah jam yg lalu tapi suhu masih panas..betul la kata orang naluri mak kan..terus mama minta permission ngn PA untuk balik stgh jam awal..amek Ayyash & terus bawa ke klinik. Masa tu doc check suhu badan Ayyash 38.1..tekak ada merah sikit tapi masih terkawal..alhamdulilah tak perlu antibiotik...selesai semua urusan di klinik balik ke rumah dengan berbekalkan ubat demam, batuk & selsema.


Petang tu keluar sekejap dengan hsbd sebab nak cari thermometer kat farmasi..Masa tengah memilih thermometer, pekerja farmasi dalam kedai tu try sukat suhu badan Ayyash...Ya Allah....terkejut kami..suhu 40.1...dengan sepantas kilat beli pcm supp kt situ, cari air mineral & insert sebiji dalam punggung Ayyash..sungguh mama takut sangat kalau Ayyash kena sawan...syukur Allah masih lindung anakku.



Hari kedua Ayyash demam...lepas makan ubat masih aktif lagi masa ni..tapi bila beberapa jam mula la merengek & nak melekap je..tidur pun nak kat dada..mungkin hidung sumbat & tak selesa..kesiannya anak mama. Mama emergency leave hari ni sebab nak jaga anak mama. 

Hari ketiga Ayyash demam mama hantar ke pengasuh sebab nampak Ayyash macam lebih baik dari sebelumnya..last mama bagi ubat sebelum hantar ke pengasuh & bila mama nk amek Ayyash pengasuh kata badan Ayyash dah tak panas..cuma selsema je masih ada..happy mama dengar..cadangnya petang tu mama nak bawa Ayyash ambil darah ...dan kebetulan juga jiran di kampung meninggal jadi hsbd ajak balik sekejap tanda penghormatan terakhir..jadi kami balik ke kg dengan hati yang lega. Ayyash nampak ok sepanjang jalan & kami tak bagi sebarang ubat pada hari tersebut.

Hari keempat..perasan suhu badan Ayyash panas balik dalam jam 3 pagi..cepat-cepat mama bagi ubat..mula la hati tak keruan jadinya..jam 6 pagi suhu badan Ayyash dah tak berapa panas..mama pegi kerja & hantar Ayyash ke pengasuh macam biasa..tapi pengasuh bagitau Ayyash taknak makan sangat..itu lah yang paling mama tak happy dengar..terus mama jadi susah hati...

Hari kelima...mama perasan suhu badan Ayyash akan mula panas mulai tengah malam hingga ke pagi..hari ni mama bagi ubat jam 4.30 pagi... mama sepatutnya ada temujanji akupuntur di hospital tapi bila mengenangkan Ayyash masih tak sihat, mama pun amek keputusan untuk bawa Ayyash amek darah di KK. 

Seawal jam 7.15 pagi mama dah beratur di kk..masa ni belum buka pun lagi pintu klinik..mama bukan apa, memang jenis keluar awal untuk apa-apa urusan..orang kata awal tak kalut..gituu..

Ayyash nampak masih lemah dan moody...merengek dan nampak tak larat...badan masih dedar walau mama dah bagi ubat sebelum subuh tadi..masa tengah menunggu pintu klinik buka mama suap roti ke mulut Ayyash..mama perasan ada darah mengalir kt hidung Ayyash..Allah panik kejap mama..mama lap darah tu & harap sangat tak berlarutan..mama takut sangat masa ni.

Jam 7.30 macam tu pintu klinik dibuka..alhamdulillah mama dapat nombor pertama..daftar, cek tekanan darah, jumpa doc,  ambil darah dan jumpa doc semula..hasilnya....


Syukur alhamdulillah result darah Ayyash menunjukkan viral fever je..cuma ada beberapa bacaan lain yg Low, doc minta mama monitor je..pasal hidung Ayyash yang kuar darah tu doc kata maybe lapisan tisu dalam hidung tu yang sedikit luka..tapi yang mama risau Ayyash dah beberapa hari tak lalu makan..susu botol pun taknak..hanya menyusu badan je..tapi mama pelik kenapa doc tak buat apa-apa melainkan suruh monitor lagi...padahal mama dah bagitau demam almost 5 day & tak selera makan..banyak tidur je..mama tak boleh nak fikir masa ni...finally discharged home with pcm syrup..

So..what's next? Mama sebenarnya plan nak hantar Ayyash ke rumah pengasuh bila semua dah selesai. Tapi mama rasa macam tak sedap hati..entah la..naluri mak kan..dengan Ayyash nampak sangat tak larat dan merengek bila terbangun..macam mana mama nak hantar ke rumah pengasuh dengan keadaan Ayyash macam ni??


Ayyash banyak tidur time ni..bukak mata kejap lepas tu sambung tidur lagi..bila terjaga je merengek..badan tak sedap ye sayang..masa ni kepala otak mama tengah mikir apa mama nak buat dengan Ayyash..mama tak nampak Ayyash akan ok dalam masa terdekat..mama rasa nak bawak je Ayyash ke hospital..mama buntu..mama memandai ke? mama kol mak long minta pendapat..sebab mak long kerja kt KK juga & dia bagi advice untuk bawak Ayyash ke hospital segera..masa mama drive Ayyash menangis sepanjang perjalanan..maaf syg...mama tak boleh nak pegang Ayyash..mama pun nangis..mama tau Ayyash nk mama peluk..mama henjut kereta terus pergi ke emergency hospital.....

bersambung di Part 2....