Tuesday, August 19, 2025

:: Pengalaman Ayyash Dijangkiti Virus RSV Part 2::

sambungan dari siri sebelum ini..boleh refer Part 1

https://aszureen-iryan.blogspot.com/2024/11/pengalaman-ayyash-dijangkiti-virus-rsv.html

Sampai je di kecemasan, mama terus ke kaunter dan inform apa yang dah jadi pada Ayyash.. diorang cek nadi Ayyash then minta mama register..lepas register mereka terus bawa Ayyash ke observation ward..kat situ diorang amek darah & buat swab test incase Ayyash dijangkiti Covid atau Influenza..minta jauh la Ya Allah...melalak Ayyash kena cucuk hidung..sakit ye sayang..nak baik kn...keep strong sayang mama..after a while, doc decide utk admit Ayyash walaupun masa tu result darah belum keluar lagi..maybe diorang nampak Ayyash tak aktif & macam nk dehydrate..Mama redha je janji anak mama cepat sembuh.


Tangan jadi bengkak so terpaksa pasang line kt lengan...
bertabahlah nak...


Finally Ayyash admit di HUPM buat kali ke2...lepas lahir dulu Ayyash admit disebabkan prolog jaundice...kali ni sebab lain pula...



Ayyash sangat banyak tidur dari berjaga...kalau berjaga pun hanya untuk menyusu then tidur semula..nampak sangat dia tak larat. Petang tu doktor datang & interview mama..macam-macam la doc tanya..then doc ambil ukuran kepala Ayyash...tiba-tiba doc cakap macam mengecil kalau tengok graf dalam buku perkembangan Ayyash..ishhh biar betul doc ni..then doc ukur sekali lagi baru la doc cakap ok betul2...eiiiii mama rasa nak jerit je...mama dh la paranoid....hmm..
Doc bagitau result covid & influenza negatif...tapi doc akan buat beberapa ujian lagi...berdebar betul mama masa ni...


Beberapa jam lepas tu doc datang semula & bagitau Ayyash dijangkiti RSV Positif...Allahuakbar...penyakit zaman sekarang yang kerap serang budak-budak & yang paling mama takut kena kat anak mama sendiri...mama redha & semoga takde yang mudarat buat Ayyash....syukur sangat pernafasan Ayyash masih ok dn tak perlu guna bantuan alat pernafasan...batuk pun takde..doc hanya merawat simptom yang ada pada Ayyash seperti demam dan selsema. 

Mama teringat si Affan, anak buah mama yang pernah dijangkiti RSV masa dalam pantang..rupanya doc dapat detect ada lubang pada jantung Affan..patut la kami pelik macam mana dalam pantang Affan dah dijangkiti RSV...rupa-rupanya ada hikmah yang Allah nak tunjuk.




Sepanjang admit ward, Ayyash diberi bubur nasi...biasanya mama la yang tukang habiskan..Ayyash belum ada selera makan sangat...mama perlu rekod setiap kali Ayyash makan, menyusu badan & sebarang pengeluaran najis/air kencing..mama perlu timbang diapers Ayyash supaya doc boleh kenalpasti Ayyash bertambah baik atau sebaliknya.


Atok pun datang melawat..satu-satunya atok yang Ayyash ada sekarang...
dah 80 lebih umurnya...tapi masih kuat dan cergas..
Terima kasih Atok datang tengok Ayyash...



Seriusly, mama tak pasti macam mana Ayyash boleh dijangkiti penyakit RSV ni..Tapi mama akui mungkin ada kesilapan mama kat mana-mana sepanjang bawa Ayyash keluar...mungkin ada orang sekeliling yang tak sihat & mudahlah Ayyash dijangkiti..apapun Allah bagi pengalaman dan pengajaran pada mama supaya lebih alert dengan keadaan sekeliling lepas ni. 

Alhamdulillah...setelah 3 hari dalam wad, akhirnya
keadaan kesihatan Ayyash bertambah baik..dah mula selera makan, dah nak bermain dan yang paling penting dah mula mengukir senyuman tanda badan dah sihat...syukur sangat2 Ya Allah...




Terima kasih kepada semua nurse/doc/ppk & cleaner di wad 2 pediatrik HUPM atas layanan/rawatan yang diberikan. Semoga Allah merahmati kalian dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pesakit & dipermudahkan urusan selalu..ajom kita balik dik, sambung rehat kat rumah...dah berapa hari mama tidur macam udang atas katil hospital..hehe...bye semua.

No comments:

Post a Comment