Thursday, January 24, 2013

Tazkirah Maulidur Rasul

“Maulidul Rasul Sepanjang Zaman”


Alhamdulillah setiap 12 Rabiul Awwal tahun hijrah, seluruh umat Islam akan menyambut ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. yang dikenali sebagai Maulidur Rasul.

Baginda dilahirkan pada subuh hari Isnin, 20 April 571M di Kota Mekah pada tahun yang dikenali sebagai Tahun Gajah selepas percubaan insiden serangan tentera Nasrani bergajah dari San’aa, Yemen;
Raja Abrahah ke atas Kota Mekah telah dimusnahkan oleh angkatan
burung Ababil.

Peristiwa ini telah direkodkan di dalam Al Quran surah Al Fiil ayat 1-5.
Kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W. telah berjaya mengembangkan syiar Islam kepada penduduk Jazirah Arab selain berjaya menyampaikan dakwah kepada raja-raja Arab, Parsi dan Rom sepanjang hayat baginda.

Kewafatan baginda pada 12 Rabiul Awwal 634M / 11 Hijrah tidak mematikan syiar Islam sebaliknya diteruskan oleh para khalifahnya ke seluruh dunia sehingga kini.
Menurut sejarah, Maulidur Rasul dicatatkan pertama kali disambut secara
kecil-kecilan oleh sekelompok ahlul bait di Mekah
Al Mukarammah semasa zaman pemerintahan khalifah Abassiyah; Muhammad Ibnu Mansur Al Mahdi pada abad ke 8M.

Kemudian pada abad ke 12M, ia telah diperkenalkan dan disambut secara besar-besaran oleh Gabenor Irbil di Iraq; Al Mudzaffar Abu Sa’id al-Qakburi semasa pemerintahan Sultan Salahuddin Al Ayyubi (1138-1193M).

Sambutan tersebut bertujuan mengumpulkan dan menyatukan kaum muslimin bagi menaikkan semangat jihad mereka menghadapi angkatan perang salib dan merampas kembali Jurusalem dari
tangan mereka.

Meskipun terdapat ulama dari aliran Wahabbi dan Salaffi menganggap sambutan Maulidur Rasul sebagai bida’ah,
 namun kebanyakkan para ulama pula menganggapnya sebagai satu bentuk sambutan yang bertujuan melahirkan rasa kecintaan kepada Rasul dan yang paling utama pengisian Maulidur Rasul harus selari dengan tuntutan syariah.


No comments:

Post a Comment