Wednesday, October 7, 2015

:: Kuih Ketayap @ Kuih Dadar ::

Asalnya nak buat kuih ni bila Irfan suatu hari tu dok menggugel resepi kuih ni....pandai betul ye..si mak ni pun tak sampai hati tengok anak dia..bukan tak boleh beli je kan..tapi anak2 ni nak jugak merasa air tangan ibunya..kuih ni juga salah satu kuih kegemaran my husby dan anak2...yang penting mudah..bahan-bahan pun senang..my mil selalu juga buat kuih ni...jadi hari ni saya dengan semangatnya mencuba untuk dihidang buat suami dan anak2...

KUIH KETAYAP / KUIH DADAR
Bahan-Bahannya:
Untuk Kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sdt garam
2 sdm minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:

  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.
Cara Membuat Kulitnya:


  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
  2. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat. Ketepikan.
  9. Ulang langkah 5 - 8 hingga adunan habis. 
  10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  12. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan.

 

Saya guna periuk ajaib kesayangan saya..tak melekat pun...


Ada pulak panjang pendek...ngeeee....


Siap jugak akhirnya...rasanya saya kena perbaiki tekstur adunan tepung sebab ianya agak cair..sebab tu kulit saya nampak lebih nipis..Inti pulak saya letak lebih...macam tak balane je....hehe...tapi habis juga ye...sempatlah untuk hidangan malam dan untuk sarapan pagi...dapat jugak Irfan bawa bekal ke sekolah..alhamdulillah..puas hati bila tengok anak2 dapat makan dari hasil air tangan sendiri...

No comments:

Post a Comment