- Mencuci perut. Mencuci darah kotor = mencantikkan struktur kulit dari dalam.
- Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah = merawat penyakit kencing manis.
- Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan.
- Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi.
- Membantu masalah kegemukan = mengurangkan berat badan.
- Menguatkan fungsi jantung. Merawat masalah sembelit & buasir.
- Melancarkan perjalanan darah. Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
- Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
- Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim = ikhtiar utk mereka yg ingin hamil.
- Mengetatkan & meremajakan rahim.. (kembali perawan la maknanya)
- Menghilangkan lendir & sakit tekak.
- Membantu mengatasi masalah kekurangan darah. Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
- Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
- Memperbanyakkan air susu ibu.
- Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi!
- Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan.
- Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita.
- Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan. Memelihara keanjalan kulit = awet muda secara semulajadi.
Cara Penyediaan Teh Halba
- Masukkan 2 gelas air ke dlm periuk.
- Masukkan 1 sudu besar biji halba ke dlm periuk tadi.
- Rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, terus tutup api & tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
- Setelah suam, tapis & tuang ke dlm gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / cuka delima. (letak gula merah atau madu pun boleh... tak letak apa2 lagi bagus :) )
- Kacau & minum 3 kali sehari (before breakfast, lunch and dinner).
- Jika anda rajin bersenam selepas minum secawan teh halba selama 30 minit setiap hari sehingga 3 bulan, berat badan anda akan cepat menurun!!! (i tak test lagi.. hihihi)
Atau cara paling malas tak mau rebus-rebus boleh try cara ni...
1 sudu besar halba, cuci sikit..rendam dalam segelas mug..bila dah suam bolehlah diminum.
1 sudu besar halba, cuci sikit..rendam dalam segelas mug..bila dah suam bolehlah diminum.
Malam tadi, kepala rasa berat je, start keluar dari ofis dah rasa sakit kepala rasa mual2...risau pun ada...haha...sampai wasap ngan my husby bagitau ye tak larat nak masak...ahaiii...manja betul tapi nak buat macam mana memang tak larat..balik keje terus saya ambil halba rendam dengan air panas dah suam tu saya terus minum...dan alhamdulillah dalam 15 minit hilang sakit kepala boleh buat kerja rumah...in shaa allah lepas ni nak amalkan... kalau bole cuba cara ni tanpa makan ubat-ubatan..lepas tu rehat sekejap..in shaa allah...sape yang nak kenal halba nilah rupanya...info dan pic sumber dari makcik gugel ye...
Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam
di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai
kedua-dua herba dan rempah. Halba juga sering digunakan untuk memasak
kari.
Fakta Pemakanan
Halba
Jumlah Setiap 100 g
|
Calories (kcal) 323 |
Lipid 6 g | |
Kolesterol 0 mg | |
Natrium 67 mg | |
Kalium 770 mg | |
Karbohidrat 58 g | |
Serabut diet 25 g | |
Protein 23 g |
Vitamin A | 60 IU | Vitamin C | 3 mg | |
Kalsium | 176 mg | Besi | 33.5 mg | |
Vitamin D | 0 IU | Vitamin B6 | 0.6 mg | |
Vitamin B12 | 0 µg | Magnesium | 191 mg |
No comments:
Post a Comment