Wednesday, September 2, 2015

:: Salam takziah sahabat ::

Ada dua berita tak berapa baik telah dikhabarkan kepada saya...pertama lewat petang semalam dapat berita yang abah kena masuk wad disebabkan demam, muntah dan cirit-birit..patutlah dua tiga ari ni asyik tak sedap hati...naluri seorang anak agaknya...perkara pertama bila abah masuk wad adalah risau akan keadaanya dan yang kedua risaukan mak..memang mak nampak sihat tapi bila abah masuk wad terpaksalah mak ulang alik setiap hari..kalaulah...jika diberi peluang dan diizinkan nak saya ganti setiap tugas mak jaga abah..apakan daya saya...

Berita kedua yang mengejutkan saya pagi ini adalah bapa mertua kpd salah seorang sahabat saya yang juga satu tempat kerja dengan saya telah mengalami kebakaran rumah..kebetulan umah mak mertua saya berhadapan dengan rumah bapa mertua beliau jadi kami sekeluarga turut berasa sedih...bertabahlah wahai sahabatku...semoga Allah meninggikan darjat kamu disisiNya apabila kamu redha dan bersabar dengan ujianNya...begitu juga dengan mak...semoga Allah sihatkan tubuh badan mak, tenangkan jiwa mak dan jauhkanlah kami dari menyakiti atau menyinggung perasaan mak...tak sabar rasanya nak balik hujung minggu ni nak jumpa mak, abah dan adik-adik di kampung...kami dah bercadang nak sambut besday abah yang jatuh pada hari jumaat nanti...semoga Allah mempermudahkan urusan kami dalam memberi kegembiraan kepada kedua ibu bapa kami...aamiinn....





No comments:

Post a Comment