Wednesday, September 16, 2015

:: Kek Oren versi periuk ajaib ::

Semalam kawan pejabat bawa kek oren..sedap pulak tu..bila dh sedap teringin pulak nak membuatnya..jadi gugel punya gugel dan tanya resepi kat kawan td saya pn dengan semangatnya menerai kek oren..kali ni versi periuk ajaib..umah ni mmg ada periuk ajaib je utk membakar atau mengukus..alhamdulillah setakat ni semuanya hasilnya memuaskan..yg paling penting cepat dan sedap...huhu..
Bahan-bahannya pun agak senang..cuma saya konpius dengan orange flavor dan oren emulco..orange flavor lebih cair manakala orange emulco lebih pekat..masa saya cari kat bakery cuma ada orange flavor..agak cair sedikit...

Sebenarnya ada cerita di sebalik kek oren saya ni..ini adalah cubaan saya yg kedua..cubaan kali pertama saya tak menjadi sebab saya terletak soda bikarbonat dlm adunan..byk pulak tu..sepatutnya saya perlu letak baking powder..semuanya gara2 si adib mengamuk masa tu...bila igt balik kelakar pulak...jd cubaan kali kedua ni saya betul2 fokus..masa ni anak2 dah tido n mlm tu nk travel ke kuantan..kebetulan balik dari kuantan saya nak jenguk abah di hospital jadi boleh bawa sikit kek untuk mak dan adik2..


Yang kuning2 tu kulit limau yang telah diparut...



Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan..
Gaul2 manja je ok...


Tuangkan adunan ke dalam periuk ajaib...


Saya letak kismis sikit atas adunan...bakar lbh kurang 15-20 minit
je kalau gunakan periuk ajaib...


Taraa...alhamdulillah menjadi juga kek oren saya..yang paling best mak siap puji sedap..mungkin sebab saya buat sedang2 tak manis sangat dan tak kering sangat...meh kite tgk resepi kek oren versi periuk ajaib..

KEK OREN VERSI PERIUK AJAIB

Bahan-Bahan

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred B
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 
  • 1-2 titik perasa orange
Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam periuk ajaib.
  4. Bakar lebih kurang 15-20 minit.
SELAMAT MENCUBA!!


No comments:

Post a Comment