As salam readers..hari ni rasa free nak share apa yang aku alami sepanjang mengandung...walaupun aku langsung takde alahan dan selera makan pun okey, tapi ada beberapa permasalahan yang kadang-kadang buat aku cukup tak selesa.
Untuk masalah yang pertama ni dah wujud dari anak kedua & ketiga..mulanya aku ingat aku diserang gastrik semasa pregnant sebab macam ada simptom pedih ulu hati. Pernah juga bagitau kat doc pasal ni then doc minta aku refer ke Klinik Pakar Perubatan selepas bersalin sebab dia cakap mungkin aku ada gastrik. Jadi sepanjang menanggung sakit tu aku akan amek gaviscon je & urut-urut ngan balm..itu pun macam tak berapa membantu sangat...next day akan sakit semula.
Kalau nak tau, sakit dia macam kena siat, pedih, sangatlah tak selesa..kadang-kadang cakap juga dalam hati mungkin postur badan tak betul...tp bila dah duduk elok-elok pun still tak ok jugak..kalau baring je la rasa ok sikit...tapi ada time tu baring pun kena attack...aduhaii..bila pregnant anak keempat ni start 6 bulan dah mula kena...cuma aku konpius samada aku betul-betul sakit kat ulu hati atau tak..setahu aku ulu hati betul-betul kat tengah dada..jadi aku gugel la kedudukan ulu hati kat mane...sah, aku bukan pedih ulu hati..tapi kenapa sakit?
Jadi, masa check up 30 week tempohari, aku pun jelaskan sekali lagi pada doc..sebab untuk anak keempat ni memang aku tak mengadu lagi pada mana-mana doc...so doc pun cek la tempat yang sakit tu..finally doc kata more to muscle pain...sebab perut dah penuh...tekanan pada organ dalaman menyebabkan kita akan rasa sakit dan tak selesa...doc kata it's normal..ok la, dah tahu punca kan..jadi aku pun kena la berlapang dada..yang penting baby & ibu sihat.
See, rupanya ada juga ibu-ibu preggy yang alami benda yang sama macam aku..maybe bukan semua orang yang kena..gambar tu tunjuk area yang sakit..kat situ lah yang aku rasa...tapi apa yang aku perasan, kedudukan baby dalam perut pun akan buat otot perut ni jadi sakit...contoh kalau aku sakit di bahagian pelvis, so bahagian otot perut tu tak sakit..mungkin masa tu kepala baby ada kat bawah..and bila aku rasa sakit kat otot perut tu, bahagian pelvis aku pulak jadi kurang sakit...ha macam tu lah..apepun, tak sabar nak tunggu baby keluar..semoga kesakitan ini jadi kenangan untuk aku sampai bila-bila hehe..
Ok, untuk masalah yang kedua ni memang aku tak pernah lagi alami sepanjang mengandung 3 orang anak sebelum ni..korang boleh baca artikel kat bawah ni...ha itu lah yang aku hadap masa kandungan 2 bulan..risau pun ada sebab macam terlalu awal kena attack...pernah sekali tu aku drive balik kerja, turun dari kereta, dah macam orang cacat aku jalan..tak boleh angkat kaki..terpaksa seret sebab kaki tak boleh nak angkat sebab terlampau sakit..Allahuakbar, tak tau nak cakap macam mana..sakit die tu kat bahagian tulang pinggul sampai ke kaki..alhamdulillah masalah ni tak berlarutan...lepas sapu minyak & urut-urut sikit jadi ok...cuma sekarang ni kalau dah duduk agak seksa nak bangun sebab sakit kat tulang pinggul..huhu..
Malam tu, aku pun wasap dengan sepupu aku yang bekerja sebagai fisioterapist..katanya ada banyak stretching yang boleh kita amalkan untuk kurangkan sakit & time kena attack..antaranya adalah seperti di bawah :
Ini antara yang basic buat takat mana yang boleh, silang kan kaki yang sakit atas kaki yang okay tu, cuba bongkokkan badan ke depan sampai mana yang boleh. hold 5-10seconds ulang 15 kali
Nak buat masa baring pun boleh stretch kan bahagian kaki yang sakit. kalau boleh makin rapat ke dada lagi okay, tapi kalau tengah pregnant buat sampai mana yang boleh je la ye sampai ada rasa macam tarik dekat otot peha belakang tu dah okay da lepastu hold juga selama 5-10 saat, ulang 15 kali...gambar yang ni sama jugak macam gambar yang exercise duduk tu kita tunjuk, cuma kalau tak larat nak buat duduk, boleh buat dalam keadaan baring macam ni, kalau tak nak baring, buat dalam duduk macam gambar atas tu pun boleh.
Kalau ada masa free banyak stretch kan kaki tu la ye utk kurangkan sakit & kebas...kalau tengah berdiri kerja ke amik masa sekejap buat mcm ni pun okay jugak.
Ok, itu lah antara serba sedikit masalah and solution apa yang aku alami sepanjang pregnant...semoga yang tengah alami tu anda tidak keseorangan okey...mungkin rezeki kita tak mabuk tapi dapat pula sakit mengandung yang macam ni..apepun bersyukur la kita dengan setiap nikmat yang dikurniakan olehNya...jumpa next entry pulak ye...daaaa....
No comments:
Post a Comment