Friday, October 20, 2023

:: Pengalaman Minum Air Gula @ 28 week & tips tak sangkut GDM ::

As salam readers...pejam celik dah masuk 7 bulan usia kandungan aku. Lagi 2 bulan je nak jumpa my 4th baby...apa pun semoga Allah permudahkan semuanya. Ok, hari ni aku nak cerita pengalaman minum air gula kali ke2 di usia kandungan 28 minggu. Alhamdulillah, masa 1st minum air gula @ kandungan 20 minggu semuanya berjalan lancar..result pun normal..seriau, takut, tak tentu arah semua ada masa nak tunggu result..sebab KK tempat aku akan call pada hari yang sama kalau sangkut GDM.

Untuk minum air gula kali ke2 ni aku agak cuak sikit...sebab lepas abah meninggal ari tu aku perasan aku dah tak berapa jaga makan...adik aku pulak rajin beli desert & kuih muih..jadi beberapa hari nak minum air gula tu memang agak risau...takut ada GDM pulak..jadi apa yang aku buat adalah :

1) Banyakkan ambil sayur berserat/sayur hijau...minggu nak minum air gula tu memang aku bantai sup bayam ratah gitu je..selain tu aku buat sup brokoli + bendi + carrot...kebetulan jiran pun ada bagi bayam brazil, jadi aku buat lah ulam jugak  makan dengan nasi...sayur-sayur ni semua memang bagus untuk kawal gula dalam darah....lagipun aku risau juga dengan bacaan HB aku...sebab lately ada rasa pening-pening, loya & bila malam badan rasa tak larat sangat.Sebelum ni HB aku 12.2 -11.9-11.8-11.5-11.5 and semalam 11.4...alhamdulillah masih dalam ranking selamat...penurunan yang agak pasif. 


Kalau orang jawa panggil bening sayur...aku letak bawang kecil + ikan bilis sebagai perasa...Garam letak secubit je ye...perasa aku tak buh...
sedap gais dapat hirup kuah panas-panas.

Bayam brazil yang jiran aku bagi...selain dari sayur ni, jiran aku 
juga tanam terung & bendi..

2) Selain sayur berserat, aku juga amalkn air barli pandan yang aku rebus sendiri...make sure jangan letak gula ye...lepas rebus & bila dah suam aku masukkan dalam peti sejuk dan bawa sebekas ke ofis esoknya..air barli ni antara air yang selalu aku order bila makan kat kedai...tapi bagi aku buat sendiri lagi puas hati..kebetulan si Adib pun suka air barli ni...die pun join sekaki..barli jugak antara serat larut yang baik untuk stabilkan glukosa dalam darah.



Air barli yang aku rebus...minum sejuk-sejuk alahai sedapnya...
boleh refer penerangan kat bawah (sumber google)



Untuk makluman, memang setiap pagi aku akan buat teh tarik sendiri kt ofis...just pakai uncang teh tu je...pastu letak susu pekat...mengandung ni suka nau teh tarik..tapi kalau aku buat sendiri boleh la adjust manis...kalau kat kedai tu alahai sangat lah pioww...tak tertelan rasanya. Jadi, sehari sebelum minum air gula tu pun aku masih minum teh tarik buatan sendiri..lepas minum baru teringat esok dah nak minum air gula..hmm makin risau jadinya.

3) Selain cara di atas, aku juga ada minum air limau kasturi beberapa jam sebelum kena puasa...juga tanpa gula ye...petua ni aku dapat dari kelab ibu mengandung di FB...katanya lepas makan apa-apa amalkan minum air limau tanpa gula...bagus untuk kawal gula dalam darah juga..tapi mungkin tk serasi dengan aku, pedih ulu hati makin menjadi malam tu...so aku terus stop & banyakkan minum air masak je.

4) Ok yang ni dah lama aku nak share...sebab aku amalkan dari sebelum disahkan pregnant...asalnya nak jadikan sebagai supplement harian tapi bila lama amalkan jadi best pulak...so aku rasa memang aku sangat istiqamah amalkan benda ni..makanan ni juga digelar superfood sebab banyak khasiat dia...makanan tersebut adalah chia seed...lebih kurang macam biji selasih tapi berbeza ye..yang aku perasan bila dah berbulan-bulan amalkan aku senang membuang (tak sembelit), jarang sakit/selsema/batuk (sistem imun jadi kuat) dan cepat kenyang. Rupanya sangat bagus diamalkan masa pregnant juga ye...cuma jangan overdose (1 hari 2 sudu besar shj)..ok aku share kat bawah ni antara khasiat dia jika korang amalkan semasa pregnant : 

SELAMATKAH CHIA SEED UNTUK IBU MENGANDUNG?

5 Khasiat Dan Kebaikan Chia Seed Untuk Ibu Mengandung Yang Perlu Anda Tahu👇

1. KAYA OMEGA-3

Chia seed kaya dengan asid lemak Omega-3 yang penting untuk kesihatan otak dan perkembangan bayi.

Selain itu, ia juga dapat membantu kesihatan rambut, kulit, dan kuku ibu mengandung agar lebih berseri-seri.

2. SUMBER KALSIUM YANG TINGGI

Kalsium amat diperlukan oleh wanita mengandung dan perkembangan tulang bayi, terutamanya dalam trimester ketiga. Siapa sangka, biji-biji kecil chia seed ini mengandungi sumber kalsium yang amat tinggi.

Malah, ada kajian yang disiarkan melalui HuffingtonPost ini yang mendakwa bahawa jumlah kalsium dalam chia seed adalah 5 kali lebih tinggi berbanding susu.

3. MENCEGAH SEMBELIT

Tubuh badan melalui pelbagai perubahan fizikal dan juga hormon ketika hamil. Disebabkan itu, pelbagai masalah kesihatan yang muncul, contohnya sembelit.

Chia seed adalah sumber serat tidak larut yang dapat membantu mencegah masalah tersebut. Hanya dengan 2 sudu bijian ini setiap hari, chia seed mampu memenuhi 38% daripada jumlah fiber yang diperlukan oleh tubuh.

4. MENINGKATKAN ZAT BESI DALAM DARAH

Semasa hamil, isipadu darah dalam tubuh wanita hamil boleh meningkat sehingga 50%. Untuk menyokong pertambahan sel darah merah, zat besi amat diperlukan agar ia dapat membawa oksigen ke seluruh tubuh dengan efisyen.

Selain itu, zat besi juga berfungsi untuk membantu ibu hamil berasa segar lebih bertenaga sepanjang hari!

5. MENGURANGKAN KEKEJANGAN / CRAMP

Kekejangan, terutamanya pada kaki selalunya dikaitkan dengan kekurangan magnesium. Ia juga boleh berlaku pada otot badan yang lain seperti perut. Chia seed dikatakan mengandungi 15 kali lebih magnesium berbanding brokoli.

Selain kekejangan, antara simptom kekurangan magnesium adalah timbulnya rasa loya dan muntah-muntah. Sesetengah kajian juga mendapati chia seed mampu mengurangkan kontraksi awal pada rahim, sekaligus mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

JOM MANFAATKAN KEBAIKAN CHIA SEED!

Diangkat sebagai salah satu makanan yang paling sihat di dunia, chia seed kini lebih dikenali kerana manfaat dalamnya. Ia juga mudah didapati di Malaysia. Menurut saranan pakar, kadar harian yang paling sesuai adalah 2 sudu besar setiap hari.

Selain khasiat chia seed untuk ibu mengandung di atas, chia seed juga adalah sumber pemakanan yang baik kerana ianya terlalu banyak khasiat sehingga di gelar"superfood" 

Walaubagaimanapun, jangan pula keterlaluan dalam mengamalkan apa saja jenis makanan, sekalipun ianya superfood. Ini kerana, ibu hamil perlu mendapatkan sumber makanan yang seimbang dari semua kumpulan dalam piramid makanan.



Ni la air chia seed yang aku amalkan...rendam dalam 20 minit guna air 
suam biasa then dah boleh minum macam biasa...

Ok, tibalah hari nak minum air gula..aku sampai klinik seawal jam 7.00 pagi..pintu klinik buka jam 7.30 pagi..jadi duduk dulu dalam kereta, mulut rasa kering sangat so minum air masak seteguk...tak boleh minum banyak ye..bila pintu klinik dh buka, terus aku meluru ke kaunter ibu & anak, letak buku pink dalam bakul yang ditanda MGTT then tunggu la nama dipanggil..alhamdulillah orang pertama misi panggil...macam biasa lah, ambil air kencing & terus ke kaunter pengambilan darah...masa ni lah darah puasa diambil beserta darah FBC (full blood count) termasuk HB semua tu lh...and tibalah masanya misi suruh minum air gula...untuk kali ni ada 2 versi...sejuk & suam..dua2 perisa oren...eh, dah jadi tak tau nak ambil yang mana..hehe..aku tengok yang suam tggl sikit berbanding sejuk..jadi aku pun amek yang suam...apsal kali ni aku rasa macam banyak je air gula dlm cawan ni..ke perasaan je.

Alhamdulillah 2 kali teguk dah setel..kali ni rasa perit pulak nak abiskan..tp gigihkan jugak...alhamdulillah lepas je setel terus aku keluar & cari toilet...bukan mual atau nak muntah tapi rasa macam gula pasir penuh dalam mulut..so, aku pun kumuh2 dalam 5 minit macam tu...dah lega baru aku ke kaunter misi untuk scan nombor giliran untuk sesi saringan pulak..dalam 15 minit macam tu nombor aku dipanggil...timbang berat, cek kadar denyutan jantung baby, ukur tinggi rahim & cek tekanan darah...alhamdulillah, tekanan darah ok kali ni 120/78..selalunya mcm tinggi sikit sebab aku ni ade white cot syndrome (nervous & debor lebih setiap kali jumpa misi)..bila cek kat rumah ok pulak..hmmm..

Ok setel buat saringan, aku diminta ke bilik prosedur untuk ujian HIV kali ke2 (28 minggu kandungan)...ingatkan sekali je kena masa awal-awal kandungan..sebab anak pertama hingga ketiga takde pun buat ujian HIV ni...tapi ok je bagi aku..just cucuk jarum kt jari & masukkan dalam papan kaset tu..alhamdulillah result normal...lepas tu pegi la balik ke depan bilik consultation untuk jumpa doc...alhamdulillah tak lama pun menunggu, nombor dah naik...so far doc kata hb ok, so teruskan je dengan obimin...bp monitoring seminggu 2 kali doc suruh teruskan walaupun bacaan bp ok je...aku pun ok je at least boleh tau bacaan bp sepanjang pregnancy...almaklumla jenis cepat nervous hehe...overall semua ok..tp yang frust sikit sebab doc kata tak scan hari ni..huhu xpe lah nak buat mcm mana..doc kata tengok result air gula nanti macam mana, kalau ada GDM barulah doc akan scan next appoinment nanti...ok follow the process..ok setel jumpa doc...jangan lupa ambil time slip kt doc if yang bekerja..

Ok, ade masa sejam lagi untuk aku amek darah kali ke2...plan macam nak buat senaman ringan tapi macam takde port yang sesuai...jadi aku pun keluar lah dari kawasan klinik menuju ke parking...aku amek jalan jauh sikit (ala2 jogging)..sebab aku ada baca salah satu untuk gula bekerja adalah dengan buat aktiviti fizikal..jadi gula akan jadi stabil dalam darah..kita cuba je la kan mana yang baik...ok masuk dalam kereta belek-belek buku pink, baca nota yang misi & doktor tulis tadi..sharp pukul 10 pagi aku pun masuk balik ke klinik dan terus ke pusat ambil darah...yahooo...setel sudah...semoga misi takde kol petang ni...kalau klinik kol tanda sangkut GDM...minta jauh la...amin3..

Update sehingga jam 4.00 petang hari yang sama.....

Alhamdulillah klinik takde kol..mungkin tak sangkut la...haha confident je..tp agak lega sebab minggu ni nak buat kenduri tahlil arwah abah...so boleh la makan tanpa rasa bersalah haha...ok cukup setakat ni bebelan aku...nanti next appoinment 2/11/23 pulak..masa tu dh 32 minggu..cek up 2 minggu sekali...selpi sikit la buat kenangan masa preggy 28 week...ok bai.

1 comment: