Thursday, November 7, 2013

Cara didik anak henti pakai pampers...

Skrg ni umur Rayyan da 3 tahun lebih...klu ikutkan umur abang Irfan die dulu mmg da x pakai diapers time ni kecuali utk tido malam...tp Rayyan ni susah sikit nak train die x pakai diapers...penah aku bohong die pampers da abis...tp pandai pulak tu pegi kt tmpt pampers cek ade ke tidak...yg aku pn satu hal x sorokkan menatang tu...sabor je la..jawapannya...”ha..mama..ni kan pmpers ayyan..”...adusss...

Hari ni aku da nekad nak cube train die...sekurang2nya bile balik dari rumah pengasuh aku da jimatkan 1-2 keping diapers smp die masuk tido...awal2 lg aku da nyorokkan beg diapers die...so lepas mandi terus aku bagitau “ Angah, pampers da abis tau”...mcm biase la die pegi cek tmpt biase letak pampers...puas la digodek bahagian tu...klaka pn ade...ade pulak jawapannye...”mama..empon la pa li empes ayyan”...(tepon la papa beli pampers Rayyan)...hehe...aku ckp lg...ok, nt mama kol papa...tp papa balik lmbt tau ari ni...papa work...terangguk2 plak tu...pahamla tu kan...

Yang klakanye...setiap ½ jam nk masuk toilet...nk encin katenye...dr kol 7 mlm smp ke 9 mlm ade la dlm 4-5 kali g encin...hihi...cume 1 kali je terkucil...lupe nk ckp la tu...da biase encin dlm diapers kn...xpe la anak..mama x mrh pny...kate tengah train kan...jnji x encin kt karpet mama...huhu....

Skrg da pukul 10.26...stat dari pukul 9.30 aku da tanya nk encin ke...die geleng kepale...ok...nt nk encin bagitau mama tau...skrg ni tgh dok layan mr bean ngan Abang Irfan...nasib baik abang Irfan pn bg moral support kat adik Rayyan...siap teman adik dok dalam toilet ptg td nk tggu adik “ber berq”...tp x jugak kuar2...haha..sabor je la...

Nampaknye percubaan ari pertama seakan berjaya je...besok dan hari seterusnya aku akan train die smp die da xmo pakai diapers lg...kalau bole sebelum adik die keluar, die da bole encin dan berberq  kt toilet...mama tau angah bole cume manja sikit...x macam abang Irfan dulu...tp apepun, aku sgt2 terhutang budi dengan pengasuh lama kak SITI ZULAIHA SELAMAT (Taska Umairah Bestari ) kerana telah mengasuh Irfan dengan seikhlasnya macam anak sendiri....dan alhamdulillah sampai ke hari ini kami masih baik...smg hubungan ini terus berkekalan ke akhirnya....



Bila masa yang sesuai dipraktikkan:

  1. Apabila si kecil mula boleh berjalan dan bercakap.Ketika usia 2 tahun ke atas,si kecil sudah mula belajar untuk berdikari.Ketika anda sudah boleh melatihnya membuang air kecil dan air besar di bilik air.
  2. Latih si kecil memberi  isyarat atau memberitahu anda apabila ingin membuang air kecil atau air besar.Misalnya,'nak shi-shi atau pee' untuk buang air kecil.
  3. Untuk permulaan cuba hentikan pemakaian lampin pakai buang pada 2-3 jam pertama di waktu pagi.Sama ada anda lakukan sendiri atau minta bantuan dari penjaganya.
  4. Bawa si kecil ke bilik air setiap 5-10 minit sekali.Untuk permulaan anda hanya perlu membiasakan dirinya tanpa lampin pakai buang.Jarak masa 5-10 minit penting kerana dalam usia ini biasanya si kecil akan kerap kencing.
  5. Setelah seminggu ke dua minggu,latih untuk masa yang lebih lama daripada biasa.Sentiasa ingatkan atau bertanya sama ada dia ingin ke bilik air atau tidak.
  6. Jangan marah atau kecewa apabila si kecil terkencing tanpa sempat memberitahu anda.Pada peringkat permulaan,ia adalah perkara biasa kerana si kecil belum tahu atau sedar cara mengawal pundi kencingnya.Ia akan menjadi kebiasaan lama-kelamaan tetapi mungkin mengambil masa yang lama.
  7. Apabila mencecah usia 3 tahun ke atas,si kecil biasanya sudah boleh bercakap dengan jelas dan tahu bila masa ingin membuang air kecil.Bagaimanapun anda masih perlu mengingatkannya dari semasa ke semasa.Ini kerana anak kecil mudah terleka terutama apabila sedang bermain.
  8. Menjelang usia 4 tahun,si kecil biasanya sudah tidak mempunyai masalah untuk ke bilik air sendiri.Mereka sudah boleh mengawal pundi kencing.
  9. Bagaimanapun ada kanak-kanak pada usia ini masih perlu dipakaikan lampin pakai buang ataupun dialas dengan tikar kalis air ketika tidur malam.
  10. Pada usia 4 tahun ke atas,anda boleh melatih anak supaya ke tandas terlebih dahulu sebelum tidur.Kemudian kejutkan dia dalam tempoh 2 atau 3 jam untuk ke bilik air.Usaha anda pasti tidak akan mengecewakan apabila si kecil sudah boleh bangun sendiri untuk ke bilik air apabila terasa ingin membuang air kecil.

Perkara perlu dielakkan:
  1. Memakai lampin pakai buang sehingga melebihi usia 3 tahun ke atas.
  2. Memakai lampin pakai buang di waktu malam sehingga usia melebihi 5 tahun.
  3. Memakai lampin pakai buang setiap kali keluar.
  4. Tidak melatih dan menganggap ia boleh terhenti dengan sendiri.
  5. Memarahi atau memukul apabila si kecil terkencing tanpa memberitahu.

No comments:

Post a Comment