Adussss...sakitnye bile preggy2 diserang pedih ulu hati..hanya yg pernah mengalaminye je yg tau cmne rse sakit die...ibarat titiskan limau ke luka...preggy yg ke3 ni aku diserang lg...tp belum sekuat preggy yg ke2 dlu...smp kn terpkse mencari gaviscon tgh2 mlm...Ya Allah semoga kau berikan aku kemanisan di sebalik kepahitan ini...aminnn..ape yg aku perlu bt skrg adalah pantang makan...oh noooo....bersabar la wahai nafsu..
Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar
yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah
tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini
boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit.
Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan
fizikal dalam badan anda ketika hamil.
Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan
otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini
melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan
asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan
rasa terbakar.
Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan
menjadi lembab.
Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan
menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi
lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.
Pedih ulu hati sangat biasa berlaku semasa kehamilan,
terutamanya apabila bayi anda semakin membesar. Ramai bakal ibu yang mula
mengalami pedih ulu hati dan ketakcernaan dalam separuh masa kedua kehamilan,
walaupun ada juga yang mengalaminya sebelum itu.
Kira-kira satu pertiga daripada wanita-wanita hamil
mengalami pedih ulu hati seawal trimester pertama dan angka ini meningkat
sehingga dua pertiga bagi mereka yang dalam trimester ketiga. Jangan bimbang.
Sebaik sahaja bayi anda lahir, simptom-simptom ini biasanya akan hilang tanpa
meninggalkan kesan buruk.
Pencetus utama pedih ulu hati biasanya ialah makan,
berbaring dan membongkok. Jika anda boleh mengenalpasti aktiviti apakah yang
mencetuskan pedih ulu hati atau apa yang membuatkannya lebih teruk, anda boleh
cuba untuk mengelakkannya.
Apa yang patut anda lakukan??
- Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk.
Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan
sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi.
Elakkan juga daripada minum semasa makan.
- Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu
penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah
kepada susu rendah lemak atau susu skim.
- Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada
terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
- Jika anda merokok,
cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus
dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga
membahayakan bayi dalam kandungan anda.
- Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas
makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok. Elakkan pakaian yang
ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam
selepas makan.
- Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan
apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
- Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau
tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan.
Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan
membantu dalam pencernaan.
- Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain
tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat
anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.