Actually, sekarang ni aku tengah berusaha nak pisahkan Rayyan dengan susu badan..almaklum la, sekarang ni Rayyan da 2 tahun 4 bulan.. masalah aku ni time malam je..klu siang rasenye masih bole handle..bagi sirap mmg die takut la sb die ingat darah..time nak tido n time bangun tgh mlm mmg masalah bagi aku..die akan merengek sampai aku sendiri x larat nak dengar..kesian pn ada..dalam keadaan terpakse, aku suakan jugakla..penah satu hari die x tido sb x dapat..sbb nye aku train die minum pakai botol..
So, malam td aku search la kt google..cari info2 yang bergune utk aku cube pisahkan die ngan susu badan..klu bole nk try bende2 yg simple je dlu..klu x bole jugak baru nak try daun brotowali atau daun hempedu ular..org kate sangat pahit 3 hari 3 mlm pn masih terase pahitnye..huhu..jom r share klu ade ibu yg sedang berusaha nk putuskan susu badan...
1. Kurangkan Dahulu Sebelum Bercerai Sepenuhnya
- Seeloknya, elakkan dari berhenti secara tiba-tiba (unless terpaksa & atas nasihat doktor), takut2 emosinya terganggu
-
Kurangkan 1 sesi penyusuan pada setiap minggu, contohnya biasanya di
belah siang jumlah sesinyanya adalah 7, minggu depannya sebanyak 6 sesi,
dan untuk minggu depan pula 4 sesi sahaja
-
Sebaliknya, uols boleh gantikan dengan minuman ataupun makanan yang
berkalsium seperti air yogurt, susu segar ataupun susu soya
-
Kenyangkan dengan makan lain dahulu sebelum anak2 meminta susu badan
dan jangan menyusukan terlalu lama pada tiap2 sesi penyusuan
- Elakkan menawarkan susu badan jika tidak diminta, dan jangan menolak jika diminta
-
Gunakan kaedah ansuran, uols boleh alihkan perhatiannya pada
aktivti/benda lain dan proses ini mungkin mengambil masa sehingga
beberapa bulan
- Jangan
terburu-buru untuk memberhentikan susu pada waktu malam & jangan
salin baju di depan anak bagi mengelakkan dia ternampak lalu teringat
2. Bagitahu dan Terangkan Kenapa Kena Berhenti
- Terangkan kepada anak2 uols kenapa mahu memberhentikan penyusuan
- Uols boleh bagitau yang dia hanya boleh menyusu jika dia nak tidur ataupun pada waktu malam sahaja
- Jika uols hamil ataupun mengalami kesakitan pada puting, uols boleh bagitau kepadanya, yang penting jangan marah @ stress
3. Memberhentikan Penyusuan Pada Waktu Malam
-
Sebolehnya, elakkan menjadikan penyusuan sebagai cara untuk
menidurkannya. Sebaliknya, gantikan dengan aktiviti membaca buku,
mendodoi, berzikir, menepuk perlahan atau menggosok belakangnya
-
Jika anak tetap mahu menyusu, susukan di tempat lain, selain dari
tempat kebiasaanya menyusu malam sebelum tidur. Mungkin di bilik lain
ataupun ruang tamu
- Jika anak
terjaga pada waktu malam, biar suami uols yang menenangkannya. Sekiranya
anak uols mahukan susu, perah dan biar suami uols yang bagi
4. Mengurangkan Bengkak Susu
- Jangan makan makanan atau minuman yang memperbanyakkan susu, contohnya oat masa proses menceraikan susu
- Mandi dengan air suam & tumpukan air suam tersebut pada bahagian yang bengkak. Takpun, uols boleh tuam-tuam ngan air suam
-
Letakkan helaian kobis antara payudara dengan coli uols. Potong urat
kobis yang keras agar lebih selesa dan biarkan selama 20 minit, 2 kali
sehari.
5. Perubahan Tingkah Laku
- Tambahkan belaian, pelukan dan ciuman sebagai gantian kepada 'manjaan' penyusuan badan
-Anak
uols mungkin berubah sikap seketika walaupun dia sendiri yang mahu
berhenti susu. Dia mungkin mengekori anda ke mana sahaja & kadang2
lebih nakal
- Anak uols juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri, sebagaimana uols juga perlukan masa dengan perubahan ini
-
Uols juga mungkin berasa sedih, sunyi dan tertekan selepas kali
terakhir anak uols menyusu, terutamanya jika uols berhenti secara
tiba-tiba.
Semoga Allah permudahkan segalanya dan semoga khasiat susu ibu terus mengalir dalam badan kamu ya Muhammad Rayyan Danish...insyallah...