Hari Pertama admit...mmg tido manjang..lemah...
Bantal mucuk kesayangan pn ikut skali tdo kt spital....
Setiap 3 jam, kne masuk ventolin..klu terjaga kompom mengamuk nih...
Lepas tangan da bengkak dan jarum bengkok, terpaksela buat line kat kaki Rayyan...
Dekat seminggu jugak kne admit di Hospital Serdang...Wad 5B..macam2 rawatan la yang diorang bagi...tp yg paling sedih time tgk kne sedut kahak die...sampai berdarah2 wayar yang masuk kat mulut die tu..Ya Allah time tu rasenye biar la aku yang tanggung sakit tu..so lepas ni kne rajin la buat chest fisio pagi2..
~APA ITU JANGKITAN KUMAN PADA PARU2 (BRONCHOPNEUMONIA)? ~
Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan
bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri
daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan
kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan
pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu
paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang
biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan
oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan
awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang
merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh
melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang
membahayakan nyawa.
Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
■Demam panas
■Batuk dengan atau tanpa kahak
■Sakit dada
■Tiada selera makan, tidak mahu makan
■Rasa tidak sihat, sering merengek
■Pernafasan laju atau susah bernafas
■Muntah atau cirit-birit
Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
■Demam panas
■Batuk dengan atau tanpa kahak
■Sakit dada
■Tiada selera makan, tidak mahu makan
■Rasa tidak sihat, sering merengek
■Pernafasan laju atau susah bernafas
■Muntah atau cirit-birit
Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan
kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat
terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami
kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang
mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
■Pernafasan laju
■Sukar untuk bernafas
■Bibir menjadi biru
■Batuk berdarah
■Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
■Pernafasan laju
■Sukar untuk bernafas
■Bibir menjadi biru
■Batuk berdarah
■Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis
rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak
serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan
memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan
kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:
■Paracetamol
■Rehat yang secukupnya
■Minum air yang banyak
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:
■Paracetamol
■Rehat yang secukupnya
■Minum air yang banyak
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:
■Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)
■Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
■Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)
Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.
anak sy baru je kena broncho ni..warded hosp putrajaya 13-17.1.15...then baru nak sihat sket dah kena ciriti birit mungkin sebab kesan antibiotik. wallahualam. demam panas yg tggi tp xde batuk n selesma. tak keruan hati bile tgok kena cucuk sana sini masa warded. alahai..dugaan Allah.
ReplyDeleteAnak saya umo nak masuk 2 thn ni pon baru je kena.. 17/5 - 20/5 admit wad kat hospital s.alam.. Kena kuarantin plak 1 minggu ni.. Apapun harap x berulang lagi..
ReplyDelete