Thursday, July 19, 2018

:: Kilang Percetakan Nasyrul Quran::

Assalamualaikum readers...

Hari ini aku berpeluang melawat ke Kilang percetakan Al Quran Nasyrul Quran yang terletak di Presint 14, Putrajaya. Kilang percetakan Al Quran ini adalah yang kedua terbesar di dunia selepas Madinah Munawarah. Secara umumnya kompleks itu dibangunkan di atas tanah seluas 2.09 hektar dengan kos bangunan, mesin cetak dan mesin jilid sebanyak RM60 juta. Nasyrul Quran yang menjadi nama rasmi kepada kompleks itu diambil daripada bahasa Arab bermaksud penyebaran Al Quran. Kami bertolak dari pejabat di Presint 1 dan sampai disana lebih kurang jam 9.30 pagi..rombongan seramai lebih kurang 100 orang (2 kumpulan) anjuran Puspanita IPKKM. 


Inilah bangunan Nasyrul Quran..Sungguh cantik dan besar..


Ini adalah gambar penuh daripada sumber gugel..
Sekali pandang nampak macam masjid.


Rebana jumbo ni terletak betul-betul pintu masuk ke dalam
Pusat Nasyrul Quran ni. Ciri-ciri islamik dan tradisional
digabungkan...memang unik..


Pintu masuk ke dalam...memang gah dan sungguh cantik..


Suasana di dalam Pusat Nasyrul Quran..agak ramai juga 
pelawatyang datang setiap hari dan dianggarkan pelawat 
dalam sehari yang dibenarkan adalah lebih kurang 500 orang.


Bukan setakat mencetak Al Quran bahkan mereka juga
menyampaikan dakwah melalui tulisan ayat-ayat Al Quran 
pada dinding bangunan...sungguh unik..


Dekorasi lantai bumbung...


Disini tempat kesukaan orang ramai yang hadir di sini..
Boleh bergambar beramai-ramai untuk dijadikan kenangan..


Salah satu ayat Al-Quran yang hiasan bordernya menggunakan 
simbol dari negeri-negeri di Malaysia...


Ustaz sedang menerangkan proses penghasilan Al Quran
 sehingga ke proses percetakan..


Dinding bangunan dihiasi dengan ayat Al Quran...












Pena atau buluh yang digunakan untuk menulis Al Quran..




Kami diberi taklimat sambil meninjau keadaan di dalam kilang 
melalui cermin..



Inilah keadaan dalam kilang percetakan Nasyrul Quran..






Sebelum pulang, kami dibenarkan untuk membeli buku-buku,
 Al Qurandari pelbagai jenis dan poster..harga poster adalah 
sekitar RM4/keping,buku Jangan Tinggalkan 
( antara permintaan yang tinggi di Nasyrul Quran)
selain Al Quran RM5/naskhah.. Harga Al Quran pula mengikut
 jenis dan yang pasti harganya jauh lebih murah berbanding
 di luar...Yang paling seronok,kami diberi senaskhah waqaf 
Al Quran setiap seorang secara PERCUMA.


Sebarang pertanyaan ataupun sesiapa yang berminat melawat
ke kilang percetakan Al Quran ini, tuan puan bolehlah 
menghubungi pegawai di bawah untuk maklumat lanjut..

En Roslan bin Mat - 0167182741

nasyrulquran.nq@gmail.com

Kilang Percetakan Al Quran Nasyrul Quran,
14811 Jalan P14J, Presint 14,
62675 W.P. Putrajaya

No comments:

Post a Comment