Thursday, July 19, 2018

:: Kilang Percetakan Nasyrul Quran::

Assalamualaikum readers...

Hari ini aku berpeluang melawat ke Kilang percetakan Al Quran Nasyrul Quran yang terletak di Presint 14, Putrajaya. Kilang percetakan Al Quran ini adalah yang kedua terbesar di dunia selepas Madinah Munawarah. Secara umumnya kompleks itu dibangunkan di atas tanah seluas 2.09 hektar dengan kos bangunan, mesin cetak dan mesin jilid sebanyak RM60 juta. Nasyrul Quran yang menjadi nama rasmi kepada kompleks itu diambil daripada bahasa Arab bermaksud penyebaran Al Quran. Kami bertolak dari pejabat di Presint 1 dan sampai disana lebih kurang jam 9.30 pagi..rombongan seramai lebih kurang 100 orang (2 kumpulan) anjuran Puspanita IPKKM. 


Inilah bangunan Nasyrul Quran..Sungguh cantik dan besar..


Ini adalah gambar penuh daripada sumber gugel..
Sekali pandang nampak macam masjid.


Rebana jumbo ni terletak betul-betul pintu masuk ke dalam
Pusat Nasyrul Quran ni. Ciri-ciri islamik dan tradisional
digabungkan...memang unik..


Pintu masuk ke dalam...memang gah dan sungguh cantik..


Suasana di dalam Pusat Nasyrul Quran..agak ramai juga 
pelawatyang datang setiap hari dan dianggarkan pelawat 
dalam sehari yang dibenarkan adalah lebih kurang 500 orang.


Bukan setakat mencetak Al Quran bahkan mereka juga
menyampaikan dakwah melalui tulisan ayat-ayat Al Quran 
pada dinding bangunan...sungguh unik..


Dekorasi lantai bumbung...


Disini tempat kesukaan orang ramai yang hadir di sini..
Boleh bergambar beramai-ramai untuk dijadikan kenangan..


Salah satu ayat Al-Quran yang hiasan bordernya menggunakan 
simbol dari negeri-negeri di Malaysia...


Ustaz sedang menerangkan proses penghasilan Al Quran
 sehingga ke proses percetakan..


Dinding bangunan dihiasi dengan ayat Al Quran...












Pena atau buluh yang digunakan untuk menulis Al Quran..




Kami diberi taklimat sambil meninjau keadaan di dalam kilang 
melalui cermin..



Inilah keadaan dalam kilang percetakan Nasyrul Quran..






Sebelum pulang, kami dibenarkan untuk membeli buku-buku,
 Al Qurandari pelbagai jenis dan poster..harga poster adalah 
sekitar RM4/keping,buku Jangan Tinggalkan 
( antara permintaan yang tinggi di Nasyrul Quran)
selain Al Quran RM5/naskhah.. Harga Al Quran pula mengikut
 jenis dan yang pasti harganya jauh lebih murah berbanding
 di luar...Yang paling seronok,kami diberi senaskhah waqaf 
Al Quran setiap seorang secara PERCUMA.


Sebarang pertanyaan ataupun sesiapa yang berminat melawat
ke kilang percetakan Al Quran ini, tuan puan bolehlah 
menghubungi pegawai di bawah untuk maklumat lanjut..

En Roslan bin Mat - 0167182741

nasyrulquran.nq@gmail.com

Kilang Percetakan Al Quran Nasyrul Quran,
14811 Jalan P14J, Presint 14,
62675 W.P. Putrajaya

Wednesday, May 16, 2018

:: DIY Penanda buku sempena Hari Guru 2018 ::

Bila cerita pasal hari guru, dah tentu la mak-mak yang akan bz nak sediakan hadiah untuk guru-guru si anak ni kan..dan termasuklah aku. Hadiah paling malas adalah pegi ke NTShop..beli, bungkus dan bagi pada cikgu..tapi untuk hari guru tahun ni macam aura rajin tu tetibe datang..pikir punya pikir hadiah apa yang sesuai nak bagi ke cikgu nanti..dan akhirnya aku plan nak DIY je penanda buku...hehe..kire copyright by sendiri la..huhu...

Masing-masing request nak bagi cikgu kesayangan...siap pilih-pilih pulak tu nak bagi cikgu mana..mama ok je jangan kata nak bagi semua cikgu sudah..jenuh mak nak...


Firstly, aku cari kata-kata sempena hari guru..
tanya je pak cik gugel..bukan susah pun kan...


Kata-kata semangat untuk guru..


Nak ayat omputih pun ada..aku gabungkan
melayu dan inggeris dalam penanda buku tu nanti..


Teaching is a work of heart...mesti tacing cikgu-cikgu
Abang Irfan & Angah Rayyan nanti..hehe...


Tara...inilah hasilnya..lepas siap semua laminate...
Tebuk lubang dan pasang tali...siap...


Suka betul si Irfan & Rayyan...siap tambah request
 pulak tu bagi coklat sekali...



Ok, siap tambah coklat... double tape je..
pastu ikat reben..setel...


Yang ni hadiah tambahan...disebabkan anak-anak
lambat cakap jadi aku terpaksa beli je kt kedai
stationery..beli surah yasin ikat reben n tampal
love tu..sekeping RM1.50 beli kt kedai rainbow..


Yang bouquet ni sebenarnya bukan untuk cikgu.
Aku buat khas untuk Pembantu Pengurusan Murid 
yang penah handle Rayyan masa die prasekolah dulu..
Sampai sekarang masih baik dengan diorang..


Ini je yang mampu mama sediakan dalam keadaan 
mama sibuk bekerja..harap anak-anak mama
suka dan cikgu-cikgu kamu pun seronok dapat
hadiah dari kamu...


Walaupun diorang ni bukan cikgu, tapi anak-anak
tetap panggil diorang cikgu..biar diorang rasa hormat
bila jumpa kat mana-mana...anyway,
tqvm Ros & Ina....