Semalam hari bapa sedunia...tak sangka akak ipar dan adik saya dah prepare untuk beli kek..katanya nak sambut hari bapa masa berbuka nanti..saya follow je idea mereka selagi membawa kebaikan dan kegembiraan...alhamdulillah hari ni kami ada tetamu..meriahlah majlis berbuka malam ni..kebetulan besan mak yang duduk di Klang pun datang melawat abah sekaligus berbuka puasa ptg nt...
Hari ni kami buat ikan bakar...idea kakak ipar n adik..menu lain kami masak ayam masak merah, ayam bakar, gulai daging salai, sayur goreng dan ikan masin kapak...huhu...
Orang kuat sedang bakar ikan....
Menunggu azan maghrib berkumandang...
Kek untuk para bapa...
Happy father's day buat seluruh bapa di dunia ini..
Semoga lebih bertanggungjawab dan menjadi bapa contoh
buat anak2...
Besan vs besan nak potong kek...
Bacaan doa selamat sempena hari bapa..
Makan kek....
Harapan saya semoga abah cepat sembuh...jasa2 yang abah curahkan pada kami tak mungkin kami lupakan...buat my husby, abang, adik lelaki, pak cik, kazen, kawan2 yang bergelar bapa..sesungguhnya tanggungjawab kalian sangat besar dalam mendidik isteri dan anak2...semoga kalian setiasa berada di dalam lindunganNya...aamiinnn....
No comments:
Post a Comment