As slm readers...ari ni 1st day sekolah dibuka...fuhhh...ofkos la saya sebagai ibu orang yang paling sibuk sekali tentang persediaan anak2...dari peralatan sekolah, buku2 dan pakaian dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...kalau boleh, si ibu nak tengok semua kelengkapan persekolahan anak sesempurna yang boleh..jadi...malam tadi saya bersengkang mata membalut buku teks anak2...haaa...tu diaa...si mama ni suka buat keje last minit...almaklumla.. konon nak balut hari ni tapi duk hold besok...besok lagi sampai la sehari sebelum nak naik skolah barulah mengelabah...tapi demi anak2 tersayang kugagahkan jua..hehe
Sejak malam tadi sebelum tidur, saya nak siapkan semua keperluan anak2..jadi bangun pagi anak2 bole terus mandi, solat subuh, bersiap dan bersarapan pagi di rumah...rutin saya dan my husby la bila setiap kali sesi persekolahan bermula, kami pasti akan mengambil cuti untuk menguruskan anak2...tahun ni Irfan akan bersekolah di sekolah baru untuk darjah 3 dan Rayyan pulak di tadika PASTI untuk 5 tahun...
Syukur ke hadrat ilahi juga kerana selesai sudah urusan pertukaran sekolah Irfan utk tahun 2015 ini..walaupun saya sebagai ibu dan Irfan sbg pelajar sgt suka dan cintakan sk batang benar...namun apakan daya atas sebab masalah prngangkutan kami terpaksa akur untuk menukarkan irfan ke sekolah yg lebih dkt dengan rumah kami..
Wajah kesayangan hamba sebelum berangkat ke sekolah...selpie dulu....
Hari pertama nampaknya anak2 nampak behave...cume rayyan yg agak manja tu menangis bila kami menghantarnya ke tadika...mungkin sebab kami berdua yg hantar...jd terserlah la kemanjaan rayyan ketika itu...huhu...di tadika pasti ibu bapa x bole menunggu...saya sukakan cara mcm tu..saya yakin guru2 pasti mampu mengambil hati pelajar2 baru...jd selesai urusan menghantar rayyan kami pn meneruskan perjalanan utk menghantar irfan ke sekolah rendah agama bandar sri putra...sesi persekolahan utk pelajar tahun 3 adalah pada sesi pagi jadi irfan akan bersekolah kebangsaan pd sebelah ptg...nampaknya irfan perlu menyesuaikn diri dengan suasana masa belajar yang baru...
Harapan mama smg anak2 mama dpt belajar dgn tekun dan menjadi org berguna apabila dewasa nanti...aamiinnn....next entry x sabar nak cite kisah2 mereka di sekolah....have fun my kiddos!!!
No comments:
Post a Comment