Sejak dua menjak ni aku mmg agak terajin la jugak memasak...sampai kwn2 opis pn tegur..sebabnye ofkos la sb aku baru beli periuk ajaib generasi ke2 ni...dah ajaib katenye kn so ape lg praktik la ape yg patot..bile masakan yg kite bt tu menjadi bertambahlah smgt nk try resepi2 yg lain kn...x gitu..jadi mcm2 la yg aku dah buat dengan periuk ajaib ni...antaranya...taraaa...
~Murtabak Maggi ~
Ni 1st resepi yg aku mule2 bt dlm piuk ni...
jadik pun...ala..senang gile..sape2 pn bole bt pny...
1 peket Maggi perisa kari
2 biji telur gred A (kalau telur lain saiz@kecil sila tambah 1 biji lagi ek)
Sedikit Daging kisar @ Ayam @ Udang (Boleh diubah mengikut selera masing-masing ye)
Sedikit carrot (dipotong dadu)
2 biji cili padi (dipotong halus)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Sedikit minyak
Secukup rasa garam
*1 peket maggi=2biji telur
2 biji telur gred A (kalau telur lain saiz@kecil sila tambah 1 biji lagi ek)
Sedikit Daging kisar @ Ayam @ Udang (Boleh diubah mengikut selera masing-masing ye)
Sedikit carrot (dipotong dadu)
2 biji cili padi (dipotong halus)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Sedikit minyak
Secukup rasa garam
*1 peket maggi=2biji telur
Cara-cara masakan Resepi Pizza Maggi @ Murtabak Maggi;
1. First, panaskan minyak dan masukkan daging kisar bersama bawang
besar dan cili padi sehingga masak. Dah masak, angkat dan ketepikan.
2. Sila celur maggi sahaja sehingga kembang dan toskan air sehingga kering.
3. Kemudian, gaulkan maggi bersama 2 biji telur+ perencah maggi kari+daging kisar yang dimasak dalam step 1 sehingga sebati.
4. Panaskan sedikit minyak ( anggaran 2 sudu besar minyak) di dalam
kuali, masak bahan yang telah digaul dalam step 3 sehingga masak @
garing.
Murtabak maggi @ pizza maggi ni lagi
sedap makan dengan sos cili+mayonis. Makan pulak time panas-panas pastu
pekena sekali dengan tea o suam. Memang perggh sedap sehingga menjilat
jari. hehe…
~Apam Balik Jagung Spesel~
Yg ni peberet my hubby...klu pegi pasor mmg x sah
klu x beli ni..smp abg apam balik da tau pny taste die..
Skrg..anytime nk mkn gtau aje...senang aje...
Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri- di ayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit pewarna kuning.
1 biji telur.
1 1/2 cawan - 2 cawan susu segar ~ nak guna air biasa pun boleh
sedikit garam
Inti :
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng tanpa minyak ~ dimesin , utk ditabur
1 tin jagung berkrim - utk ditabur
1 cawan gula - utk ditabur
sedikit mentega
Cara-cara :-
1. Pukul gula dengan telur sampai kembang, masukkan soda bikarbonat,
baking powder, susu segar, sedikit garam dan pewarna kuning. pukul
hingga sebati. ~ syifa pakai mixer jer...
2. masukkan tepung dan kacau supaya ianya tdk bergentel ~ mmg pakai mixer lagi senang
3. Perapkan bancuhan tepung tadi selama 2-3 jam ~ utk dapatkan apam balik yg cantik.
4. Panaskan non-stick pan, ambil satu senduk atau dua ( bergantung kpd
ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan. tutup
pan sebentar.
5. Apabila setengah masak, taburkan bahan-bahan inti dan secubit mentega.
6. Dah masak, bolehlah diangkat dan dilipat dua. sapukan sedikit mentega di bahagian kulit luar.
~Makaroni Bakar~
Makaroni bakar ni da lame aku nak buat ok...tp
aku buat dlm bekas aluminium tu...result mmg best..
dgn adanye piuk ni mcm2 bole...sy suke...
Bahan-bahan :
250g makaroni-direbus
1 biji bawang besar-dicincang
2 ulas bawang putih -dicincang
1sudu besar serbuk Kari
1tin sos prego
Sosej/isi ayam/ daging cincang
Cheese- mozzarella/ Parmesan / cheddar
Kuah putih:
1 cawan susu cair
1 susu besar tepung gandum
1 sudu teh garam
1 biji telur
Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan besar sehingga layu
2. Masukkan serbuk kari,gaul rata.
3. Masukkan sosej/ayam/daging. Goreng sehingga masak
4. Masukkan makaroni yang siap direbus tadi.
Untuk kuah putih campur semua bahan sehingga sebati.
Masukkan makaroni ke dalam bekas yang bersesuaian.tuang kuah putih tadi dan taburkan cheese.
Bakar selama 20 minit suhu 180C
~Finger Bread~
Senang je buat finger ni..potong tepi roti pastu
celup dalam campuran telur n susu cair...
bakar dalam piuk pastu bile da garing angkat n
tabur gule...siap!!!
~German Cookies~
Biskut ni pn senang je...tp kne cari tepung kentang....
result not bad...abaikan kaler yg kekuningan tu ye..
terentung sikit...hehe...
~Cornflakes Madu~
Ni pn senang jek...cume kne bakar...masuk je kejap
dalam piuk ajaib...org kate utk bg cornflakes tu rangup
n x lemau....
~Kek Minyak~
RESEPI KEK MINYAK
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak/jagung
1/2 cawan gula
5 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanila
CARA MEMBUAT
1. Ayak tepung gandum & baking powder
2. Pukul telur, gula hingga gebu
3. Masuk ovallete, esen vanilla dan pukul lagi
4. Masuk susu pekat dan pukul lagi
5. Masuk minyak masak dan pukul sekejap
6. Masuk adunan dalam tepung pastu kacau
sebati sehala shj.
7. Bahagi adunan masuk pewarna dan buat corak
8. Bakar 30-40 minit...
Selamat mencuba ye...sesape yg beli piuk ajaib tu
bole la korang testimoni resepi ni gune piuk tu ye..
klu x membazir je beli kalau x dimanfaatkan...
Tata...titi...tutu.....
No comments:
Post a Comment