Sunday, February 9, 2014

Derma Tali Pusat Bayi

Mungkin ramai yang x tau kepentingan menderma tali pusat bayi (blood cord). Alhamdulillah sbg pekerja di hospital aku banyak dapat info berkaitan pendermaan ni..dan nampaknye hasrat hati utk menderma agak cerah sebab aku bekerja di sebuah hospital yang tersenarai dalam pengurusan derma tali pusat ni..in shaa allah semoga hasratku uk menderma dimakbulkan dan semoga dapat membantu insan lain yang lebih memerlukan...aminnnn... 
 
Apa Itu Darah Tali Pusat? 
 
Tali pusat adalah organ penyambung di antara bayi dan plasenta (uri). Darah dalam tali pusat memainkan peranan penting untuk memindahkan nutrein dan oksigen daripada ibu kepada bayi. Tali pusat ini penting untuk menjamin kesihatan bayi.
Selepas bersalin, ianya tidak lagi diperlukan dan seringkali dibuang. Darah yang tinggal dalam tali pusat amatlah berharga untuk membantu dalam rawatan pesakit yang memerlukannya.
Bagaimana Darah Tali Pusat Boleh Menyelamatkan Nyawa
 
Darah tali pusat kaya dengan sel stem darah (hematopoeitik). Ianya merupakan sel awal dalam sistem darah.
Ianya mempunyai potensi untuk berkembang kepada bentuk yang lebih spesifik serta berubah kepada pelbagai komponen darah. Contohnya darah tali pusat (sel stem) dapat berubah ke sel darah merah, sel darah putih dan juga platet. Kini darah tali pusat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti luekemia, aplastic anaemia, talasemia dan lain-lain penyakit.
Apabila anda menderma darah tali pusat, anda sebenarnya memberikan harapan kepada pesakit yang mengimpikan kehidupan yang sihat dan lebih baik.
 
Bagaimana Cara Darah Tali Pusat Dikumpul 
 
Darah tali pusat diambil serta merta selepas bersalin. Proses ini tidak mengganggu proses bersalin dalam apa jua cara sekalipun.
Selepas tali pusat dipisahkan daripada bayi, anggota kesihatan yang terlatih akan memasukkan jarum ke dalam salur darah tali pusat dan darah dialirkan ke dalam beg darah.
Prosedur untuk mengumpul darah tali pusat adalah selamat dan tidak membahayakan bayi atau ibu yang bersalin. Tiada darah diambil daripada bayi yang baru lahir.

 Siapa Boleh Menderma?
 
Semua ibu mengandung dan telah mendaftar adalah layak untuk menderma sebaik sahaja melahirkan anak.
Jika Anda Ingin Menderma..
Kunjungi atau Hubungi Pusat Darah Negara. Semua maklumat adalah rahsia. Pendermaan anda mungkin akan membantu menyelamatkan seseorang.
Pusat Pendermaan Darah Tali Pusat
~ Hospital Kuala Lumpur
~ Hospital Selayang, Selangor
~ Hospital Serdang, Selangor
~ Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah
Lebih banyak Pusat Pengumpulan Darah Tali Pusat akan dwujudkan pada masa hadapan. Kami memerlukan seberapa ramai penderma. Bantu kami untuk memberi harapan kepada mereka yang memerlukan.
Maklumat Tambahan 
 
Untuk maklumat tambahan mengenai derma darah tali pusat, sila layari:
 
~ www.pdn.gov.my
~ www.agiftoflife.gov.my
Pusat Darah Negara
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Tel : 03 2693 3888 / Faks : 03 2698 0362
Masa Operasi : 7.30 pg hingga 5.30 ptg (Isnin - Jumaat)
Tutup pada setiap hujung minggu dan cuti umum



No comments:

Post a Comment