1. Bakal ibu perlu mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Pada waktu tengah hari, cubalah tidur sekejap untuk mendapatkan tubuh yang segar. Sepanjang hamil, cuba elakkan dari melakukan pekerjaan yang berat misalnya mengangkat perabot dan sebagainya.
2. Hindari diri daripada tekanan. Berusahalah untuk mendapatkan sikap yang positif dan tenang. Melalui ketenangan inilah minda yang positif akan merangsang tubuh yang sihat dan gaya hidup yang seimbang.
3. Bersenam boleh dipraktikkan oleh wanita hamil tapi ia perlu diamalkan dengan kaedah yang bersesuaian dengan keadaan fizikal wanita hamil. Jika mereka dalam trimester ketiga cuba lakukan senaman yang ringan sahaja misalnya berjalan perlahan.
4. Selain itu, mengambil makanan yang kaya nutrisi juga amat penting untuk mendapatkan tubuh yang berdaya tahan terhadap serangan penyakit. Asid folik misalnya menjaga sistem imunisasi dan mengurangkan risiko janin cacat sehingga 70 peratus. Sebaiknya ambil sebelum dan sepanjang kehamilan. Penting untuk mengambil asid folik di awal trimester bagi pembentukan otak dan sistem saraf tunjang janin. Begitu juga dengan vitamin lain seperti vitamin C, kalsium, vitamin D dan Zat besi.
5. Segelas susu juga boleh membantu bakal ibu membina pertahanan diri. Misalnya susu untuk ibu mengandung jika diambil secara rutin memberi manfaat yang besar kepada wanita hamil dan janin. Jika anda sering muntah di pagi hari, pengambilan susu boleh menggantikan nutrisi yang terbuang di pagi hari itu.
No comments:
Post a Comment