Wednesday, January 16, 2013

Flu..pliz go away...

Aduh..seksanya kalau dijangkiti selsema..lagi2 kalau seharian keluar hingus yang kejernihan mcm air tu..sakit kepale weh..x larat..rase nk tido je..segala bagai ubat jd peneman inhaler, vicks, balm sume aku balun...hari ni mmg sgt2 x larat nk p kj..kepale sakit, hidung tersumbat, badan rase seram sejuk..kompom aku xlarat....mlm td papa tlg kemas rumah, tlg uruskan mkn minum anak2..nasib bek anak2 x bt perangai, baik je..gaknye die paham mama die x sihat..pg ni papa yg tolong siapkan Irfan nk p skola..apak Gman lak tolong anta Rayyan p taska...bile sume da xde, time for bath nak p klinik..sori la papa, x dapat tggu papa balik keje bru nk g klinik, mama da x larat dah..lps mkn ubt pk nk tdo je..rest..kt bawah ni adalah antara kaedah untuk merawat selsema..dapat la mc sehari dan ubat-ubatan...semoga aku cepat sembuh..amin...



1) KULIT KAYU MANIS



bunyinya memang manis. tapi  rasanya amatlah tidak semanis bunyinya... ok, teruskan. kulit kayu manis ni ada dua cara. sama ada korang nak makan macam korang makan coklat bar atau masukkan dalam air. kalau nak mkan korang anggap je korang sedang makan buah pinang. tapi jangan makan banyak sangat. kulit kayu manis ni berfungsi untuk memanaskan badan dan menghilangkan lelehan hingus. kalau tak sanggup nak makan, letak dalam teh panas dan minum. jangan la teh ais plak kan..

2) ASAM LIMAU



dulu masa zaman sekolah kalau selsema atau batuk aku suka guna petua ni. lupa dah dari mana aku ambik. letak gula dalam sudu, then perahkan limau nipis. lepastu kahak rasa lega. InsyaAllah. kalau nak lg sedap, buat teh suam, perahkan limau dalam tu. wahh sedapnya teh suam letak limau.

3) ASAM JAWA




asam jawa sangat sedap bila dimakan begitu sahaja. yumm. -_- korang ambik asam jawa, bancuh dalam air suam, letak gula sikit, then minum. Asam jawa ni bagus untuk hilangkan rasa perit pada tekak dan menyejukkan badan.


4) 100 PLUS




beriklan plak aku kat sini kan. haha. tapi ni untuk cara yang lebih moden la. kalau korang xnak amalkan petua 3 diatas tu. sila bersiap2 untuk kekedai terdekat dan beli sebotol/setin 100 plus yang original. minum. bagus untuk menambah tenaga, mengurangkan demam.

5) UBAT SELSEMA



cara yang paling senang dan memang tidak meremehkan ialah makan ubat selsema. berlambak-lambak kat farmasi. pilih je. makan dan berehat.

No comments:

Post a Comment