Friday, November 30, 2012

Apa itu Bronchopneumonia ?

Jangkitan kuman kat paru-paru atau bronchopneumonia ni semakin menjadi2 di kalangan kanak-kanak dan bayi sekarang ni.. my 2nd hero pn penah kene jangkitan ni mase umur 11 bulan.. tp yang paling ketara anak aku dlu kerap demam..pelik jugak padahal my hero mmg fully breastfeed..mase umur 2 bulan lagi dh start kne batuk n sesema..sampailah satu hari tu condition ank aku sangat membimbangkan..lemah, x mahu menyusu, demam kuat dan dada berombak kuat..terus aku bwk ke klinik, diorng mek drh n bt xray kat Rayyan...Ya Allah..rupenye da penuh kuman kat paru2 die..sedihnye time tu..so, terus kne admit la..terus kne masuk oksigen sb die sukar nk bernafas..

 Hari Pertama admit...mmg tido manjang..lemah...
  Bantal mucuk kesayangan pn ikut skali tdo kt spital....
 Setiap 3 jam, kne masuk ventolin..klu terjaga kompom mengamuk nih...
 Lepas tangan da bengkak dan jarum bengkok, terpaksela buat line kat kaki Rayyan...


Dekat seminggu jugak kne admit di Hospital Serdang...Wad 5B..macam2 rawatan la yang diorang bagi...tp yg paling sedih time tgk kne sedut kahak die...sampai berdarah2 wayar yang masuk kat mulut die tu..Ya Allah time tu rasenye biar la aku yang tanggung sakit tu..so lepas ni kne rajin la buat chest fisio pagi2..

~APA ITU JANGKITAN KUMAN PADA PARU2 (BRONCHOPNEUMONIA)? ~

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :

■Demam panas
■Batuk dengan atau tanpa kahak
■Sakit dada
■Tiada selera makan, tidak mahu makan
■Rasa tidak sihat, sering merengek
■Pernafasan laju atau susah bernafas
■Muntah atau cirit-birit
Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

■Pernafasan laju
■Sukar untuk bernafas
■Bibir menjadi biru
■Batuk berdarah
■Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

■Paracetamol
■Rehat yang secukupnya
■Minum air yang banyak
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

■Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)
■Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
■Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)
Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.



Thursday, November 29, 2012

Opismate punyer cite..

For 3rd entry kali ni aku nk cite skit pasal my opismate..Opis kitorang xde la besar mane..kakitangan pn ade dlm 13 orang..tapi yang paling best my opismate sume sporting2 baik yang gugurl maupun boboi..and yg paling penting sume kaki makan, so slalu la kitorg wat potluck..


Yang pakai tudung hitam tu adalah My Boss ok. kitorang panggil die Kak Non jek..huhu....tgk tu kitorang pkai baju sedondon..yg ni baju korporat kami..kitorang mmg suke pkai baju yang same..Yang berdiri sebelah aku tu Cik Ietah Meletopp..haha..suke2 je aku bg gelaran..Cik Ietah kite ni masih belum berpunya..tp x tau la sok lusa kot2 ade ank raja datang minang..haha....dan yg duduk tu Kak Fid..my BFF yang palling lame kt spital tu..BFF yang lain sume da pindah..tggal la kami berdua...


 Yang ni plak time Hari Raya Tahun 2011 yang lalu...nampak x bj kitorang still same..cume Kak Fid punya baju x siap lagi tu yang sorang je lain..cume beza kaler je..manik2 tu yang mahal beb...ceh poyo jek!! Yang bj cekelat tu Kak J Propa..hehe..kelassss ko jah!!!. n yg bj kaler purple tu Ani Mayuni...from Kelate mari..Kuat makan tp sejak ngandung ni seleranya agk tumpul...cian ani...

Yang ni plak kaum2 adam kt opis aku..stat dari kanan yg bj cekelat tu Shahril, Azizi, Pejal, Pojie & staf  yang paling stailista di unit kami...Si Wawan a.k.a En Kacak...huhu...


Tengokla gelagat diorang...yang ntah hape2..apepun, korang sume mmg best..

Wednesday, November 28, 2012

Oh Adam2ku

Ari ni 2nd day aku meluangkn masa mencoret sesuatu kt blog cumelku ini..Rasenye ari ni aku nk mengintroduce both my lovely hero and also my king in my heart.


~MY BFF, MY ENEMIES, MY DOCTOR & MY SOUL~

My Laling dilahirkan pada 13 Oktober 1980 di Felda Pasoh 3, Batu Kikir N9..memang anak jati nogori la ni..Anak ke 4 dari 7 beradik.. tp rasenye anak yang paling rapat dengan ibunya..Suke masak lomak cili api,
fanatik pada game bola x kire Msia or luar negara...& teman baik dan lawan aku dikala aku suke dan duke..



~ OUR WEDDING ~

Kitorang kahwin mase umur aku 21 and my laling 25y..Mase tu mmg la rase muda lagi nak kawin tp disebabkan da smp seru so kitorg pn ambil keputusan untuk kawen..kitorang diijabkabulkan pada 15 April 2005 bersamaan ari Jummat..Alhamdulillah, setengah bulan selepas kawen aku dapat tawaran keje ngan gomen..bak kate orang rezki berumahtangga. Pada 2 May 2005, bermulalah episod kehidupan aku sbg penjawat awam dan 2 bulan slps itu aku disahkan pregnant…Syukur Ya Allah..Rezekimu untuk kami…

Saat membatalkan air sembahyang...terharu siott....


Mase makan beradab...malu2 kunun...huhu..



Ni part paling best..dapat karaoke..lagu peberet kitorg “ Jangan Pisahkan”..hehe

~ 1ST HERO : MUHAMMAD IRFAN DANIAL~

Alhamdulillah, setelah 9 bulan kukandungkan zuriatku, tanggal 8 Mac 2006 lahirlah putera sulungku ke dunia. Macam x percaya saat my laling mencium dahiku dan berkata ayang da jadi ibu..Ya Allah, sebaknye rase macam x percaye..Irfan Danial lahir pada jam 8.38 malam seberat 2.4kg di Hospital Serdang..


 
Klu nk cerita pasal berpantang Irfan rasenye mcm teringat balik zaman tu..zaman yang penuh pancaroba..mane taknye, time malam menjelma je pasti suara Irfan semakin lama semakin kuat. Rupenye kene sawan tangis..alhamdulillah semakin besar dan berubat, akhirnya semakin ok..cabaran besar juga bt kami suami isteri.. Syukur ade ibu tersayang yang banyak berkorban menjaga aku dan Irfan.

Skrg umur Irfan da 6y.. Thn depan Irfan akan melangkah ke alam persekolahan Tahun 1. Semoga ank mama jadi anak yang soleh dan berguna kelak.. Ibu doakan untukmu setiap hari setiap saat sayang..

~ 2ND HERO : MUHAMMAD RAYYAN DANISH ~

Aku berpeluang pregnant lagi mase umur Irfan 4y..Rezki lagi buat kami.. harapan pregnant kali kedua klu bole kami nakkan bby gugurl plak.. tp x kesah itu semua kuasa Allah..yang penting sihat dan sempurna.. Rayyan Danish dilahirkan pada 16 Ogos 2010 pada jam 3.38 pg bersamaan 6 Ramadhan seberat 2.51kg.. Kami dikurniakan bayi lelaki lagi.. Syukur padamu..


Yang ni baru nampak muke boboi…hehe…

~ IT’S ME ~

Yang last skali baru cite pasal diri sendiri..Aku dilahirkan pada 3 Januari 1984 di Kg Semaseh, Muar Johor..berpindah ke Negeri  Sembilan mase berumur 2 bulan sb mak n abah dapat tanah rancangan kt sane..dlu dipanggil Felda Serting dari  4, sekarang da dinaiktaraf menjadi Gugusan Raja Alias 4..aku adalah anak ke 2 dari 5 beradik..3 lelaki dan 2 perempuan…










Tuesday, November 27, 2012

Di sini bermula..

Alhamdulillah, berjaya jugak aku mencreate blog sendiri. Gabungan nama my laling, aku n both of my hero..Kalau ikutkan awal tahun depan nak buat tapi sementara ade mase ni, tanpa berlengah lagi ku gagahkan jua mencreate blog ke 2 aku selepas blog bisnes aku yang pertama dulu.

Hari ni hari selasa, nak cite pasal kesakitan tangan aku. Ptg hari khamis lepas, aku terjatuh kat lantai...hadoiii...ngilu plak aku nk ingat. Pergelangan tangan aku terpeleot..mak oii..menjerit aku sb sakit sgt2..jatuh terduduk plak tuh..sakitnye hanya Tuhan je la yang tau..Kol 8 malam rase dah tak tahan sakit, berdenyut dan dah menular sakit sampai kat tulang bahu. Nasib baik ade Irfan die la yang kol my laling suh balik cepat bawak mama g klinik..Mama sakit tangan papa!! Mcm biase la doc peribadi kitorg satu family Doc Nazri ( Klinik Amal Bandar Seri Putra ). Memang best sangat doc ni. Doc Nazri kate jangan lambat2 g klinik kalau jatuh takut ade lendir kat belakang bahu. Mang aii..takutnye...Dan setelah dirawat ni lah hasilnya.