Thursday, August 28, 2025

:: Lengat Pisang Viral ::

As salam readers....dah sarapan ke tu...pagi ni rasa free sikit & macam nak share apa yang aku try buat malam tadi..ni semua gara-gara biras aku bagitau dia repeat lagi buat lengat pisang sebab anak-anak dara dia suka...hmm mana boleh jadi kan..selagi tak try buat selagi tu lah terngiang-ngiang kat kepala ni.

Apepun, yang penting kita pasang niat dulu kt ofis..balik tu kena nekad singgah kedai beli pisang. Aku ni sejak ada Ayyash jarang sangat nyinggah kedai, malas nok...tapi semalam memang aku nekad gila..haha semangat!!

Barang dia memang senang sangat.. Ok, aku tepek sini terus la ye

  • Pisang masak ( aku guna pisang berangan )
  • daun pisang - yang ni aku amek depan rumah je...pastu layurkan kejap atas api
  • Gula  ( aku guna brown sugar sebab taknak manis sangat )
  • Tepung beras 5 sudu besar
  • Tepung gandum 1 sudu besar
  • garam 1/2 sudu kecil
  • Santan  ( aku guna santan kotak KARA )
  • Air 1 cawan 
Kita mulakan cara-cara buat : 



Aku guna loyang sederhana besar sebab tu je yang ada.
Lepas tu letak daun pisang yang dah layur tadi atas loyang kemudian
tabur gula pasir / brown sugar. Kemudian, potong dua pisang dan susun ikut 
kreativiti masing-masing. Lepas tu tabur lagi gula pasir / brown sugar atas pisang
tadi..yang itu terpulang nak tabur banyak mana..ketepikan dan kita ke next step.




Untuk bancuhan tepung, letak 5sb tepung beras, 1 sb tepung gandum,
1/2 sk garam, 1 cawan santan dan 1 cawan air..kemudian kacau rata..nak blend pun boleh.





Kemudian, boleh tuang adunan tepung ke dalam pisang yang kita dah siapkan tadi...pastikan masa kita tuang tu kita guna penapis supaya buih-buih santan tak masuk dalam adunan pisang kita. Dah siap boleh ready untuk kukus. Anggaran kukus dalam 15-20 minit  (api sederhana).





Tara...siap sudah lengat pisang...rasa dia hmmm boleh tahan..sedap....rasa macam lepat pisang pun ada..next time nak guna santan origional pulak..malam tadi dapat la 2 loyang...1 loyang lg husband bawa jamu kt kawan-kawan dia..

Ok...puas hati bila dah buat sendiri...korang try la..ok see u next time..
byeee....

Tuesday, August 19, 2025

:: Pengalaman Ayyash Dijangkiti Virus RSV Part 2::

sambungan dari siri sebelum ini..boleh refer Part 1

https://aszureen-iryan.blogspot.com/2024/11/pengalaman-ayyash-dijangkiti-virus-rsv.html

Sampai je di kecemasan, mama terus ke kaunter dan inform apa yang dah jadi pada Ayyash.. diorang cek nadi Ayyash then minta mama register..lepas register mereka terus bawa Ayyash ke observation ward..kat situ diorang amek darah & buat swab test incase Ayyash dijangkiti Covid atau Influenza..minta jauh la Ya Allah...melalak Ayyash kena cucuk hidung..sakit ye sayang..nak baik kn...keep strong sayang mama..after a while, doc decide utk admit Ayyash walaupun masa tu result darah belum keluar lagi..maybe diorang nampak Ayyash tak aktif & macam nk dehydrate..Mama redha je janji anak mama cepat sembuh.


Tangan jadi bengkak so terpaksa pasang line kt lengan...
bertabahlah nak...


Finally Ayyash admit di HUPM buat kali ke2...lepas lahir dulu Ayyash admit disebabkan prolog jaundice...kali ni sebab lain pula...



Ayyash sangat banyak tidur dari berjaga...kalau berjaga pun hanya untuk menyusu then tidur semula..nampak sangat dia tak larat. Petang tu doktor datang & interview mama..macam-macam la doc tanya..then doc ambil ukuran kepala Ayyash...tiba-tiba doc cakap macam mengecil kalau tengok graf dalam buku perkembangan Ayyash..ishhh biar betul doc ni..then doc ukur sekali lagi baru la doc cakap ok betul2...eiiiii mama rasa nak jerit je...mama dh la paranoid....hmm..
Doc bagitau result covid & influenza negatif...tapi doc akan buat beberapa ujian lagi...berdebar betul mama masa ni...


Beberapa jam lepas tu doc datang semula & bagitau Ayyash dijangkiti RSV Positif...Allahuakbar...penyakit zaman sekarang yang kerap serang budak-budak & yang paling mama takut kena kat anak mama sendiri...mama redha & semoga takde yang mudarat buat Ayyash....syukur sangat pernafasan Ayyash masih ok dn tak perlu guna bantuan alat pernafasan...batuk pun takde..doc hanya merawat simptom yang ada pada Ayyash seperti demam dan selsema. 

Mama teringat si Affan, anak buah mama yang pernah dijangkiti RSV masa dalam pantang..rupanya doc dapat detect ada lubang pada jantung Affan..patut la kami pelik macam mana dalam pantang Affan dah dijangkiti RSV...rupa-rupanya ada hikmah yang Allah nak tunjuk.




Sepanjang admit ward, Ayyash diberi bubur nasi...biasanya mama la yang tukang habiskan..Ayyash belum ada selera makan sangat...mama perlu rekod setiap kali Ayyash makan, menyusu badan & sebarang pengeluaran najis/air kencing..mama perlu timbang diapers Ayyash supaya doc boleh kenalpasti Ayyash bertambah baik atau sebaliknya.


Atok pun datang melawat..satu-satunya atok yang Ayyash ada sekarang...
dah 80 lebih umurnya...tapi masih kuat dan cergas..
Terima kasih Atok datang tengok Ayyash...



Seriusly, mama tak pasti macam mana Ayyash boleh dijangkiti penyakit RSV ni..Tapi mama akui mungkin ada kesilapan mama kat mana-mana sepanjang bawa Ayyash keluar...mungkin ada orang sekeliling yang tak sihat & mudahlah Ayyash dijangkiti..apapun Allah bagi pengalaman dan pengajaran pada mama supaya lebih alert dengan keadaan sekeliling lepas ni. 

Alhamdulillah...setelah 3 hari dalam wad, akhirnya
keadaan kesihatan Ayyash bertambah baik..dah mula selera makan, dah nak bermain dan yang paling penting dah mula mengukir senyuman tanda badan dah sihat...syukur sangat2 Ya Allah...




Terima kasih kepada semua nurse/doc/ppk & cleaner di wad 2 pediatrik HUPM atas layanan/rawatan yang diberikan. Semoga Allah merahmati kalian dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pesakit & dipermudahkan urusan selalu..ajom kita balik dik, sambung rehat kat rumah...dah berapa hari mama tidur macam udang atas katil hospital..hehe...bye semua.

:: Pengalaman Ayyash Dijangkiti Virus RSV Part 1::

As salam readers...apa khabar semua? Semoga sentiasa di bawah rahmat & kasih sayang Allah swt selalu...entry kali ni aku nak berkongsi pengalaman Ayyash dijangkiti virus RSV baru-baru ni..Untuk makluman Ayyash baru berusia 10 bulan 8 hari.

Mesti ada yang masih belum tahu apa itu Virus RSV..Kalau nak mudah faham RSV ni seangkatan macam Covid & Influenza. Cuma bezanya RSV disebabkan oleh Virus Sinsitial Respiratori (virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Virus ni berisiko kepada kanak-kanak bawah 2 tahun. Untuk orang dewasa pun berisiko juga lebih-lebih lagi yang mempunyai sistem imun badan yang lemah. Risiko jangkitan RSV ni boleh  menjadi penyebab  bronkiolitis (keradangan saluran udara kecil di paru-paru). Jadi virus RSV ni sangatlah bahaya terutama bagi bayi & kanak-kanak. Boleh rujuk pada info di bawah perbezaan & gejala bagi virus-virus penyakit tersebut.



Kronologi....

Badan Ayyash mula dedar pada 27/10/24 (ahd mlm). Mama risau demam naik mendadak jadi sebelum tidur mama dah bagi ubat siap-siap. Bangun subuh terasa badan Ayyash hangat balik...memandangkan hari tu hari Isnin jadi mama hantar Ayyash ke pengasuh macam biasa dengan berbekalkan ubat demam..Sampai di rumah pengasuh terus bagitau Ayyash demam. Pengasuh  pulak jenis kalau anak demam sikit-sikit die akan suruh je hantar sebab katanya kesian mak-mak nanti cuti tinggal sikit..begitulah pengasuh aku..sangat memahami. Dalam pukul 4 petang hati rasa macam tak sedap..jadi mama wasap pengasuh & dia kata badan Ayyash sangat panas & meragam juga..Ubat dah bagi setengah jam yg lalu tapi suhu masih panas..betul la kata orang naluri mak kan..terus mama minta permission ngn PA untuk balik stgh jam awal..amek Ayyash & terus bawa ke klinik. Masa tu doc check suhu badan Ayyash 38.1..tekak ada merah sikit tapi masih terkawal..alhamdulilah tak perlu antibiotik...selesai semua urusan di klinik balik ke rumah dengan berbekalkan ubat demam, batuk & selsema.


Petang tu keluar sekejap dengan hsbd sebab nak cari thermometer kat farmasi..Masa tengah memilih thermometer, pekerja farmasi dalam kedai tu try sukat suhu badan Ayyash...Ya Allah....terkejut kami..suhu 40.1...dengan sepantas kilat beli pcm supp kt situ, cari air mineral & insert sebiji dalam punggung Ayyash..sungguh mama takut sangat kalau Ayyash kena sawan...syukur Allah masih lindung anakku.



Hari kedua Ayyash demam...lepas makan ubat masih aktif lagi masa ni..tapi bila beberapa jam mula la merengek & nak melekap je..tidur pun nak kat dada..mungkin hidung sumbat & tak selesa..kesiannya anak mama. Mama emergency leave hari ni sebab nak jaga anak mama. 

Hari ketiga Ayyash demam mama hantar ke pengasuh sebab nampak Ayyash macam lebih baik dari sebelumnya..last mama bagi ubat sebelum hantar ke pengasuh & bila mama nk amek Ayyash pengasuh kata badan Ayyash dah tak panas..cuma selsema je masih ada..happy mama dengar..cadangnya petang tu mama nak bawa Ayyash ambil darah ...dan kebetulan juga jiran di kampung meninggal jadi hsbd ajak balik sekejap tanda penghormatan terakhir..jadi kami balik ke kg dengan hati yang lega. Ayyash nampak ok sepanjang jalan & kami tak bagi sebarang ubat pada hari tersebut.

Hari keempat..perasan suhu badan Ayyash panas balik dalam jam 3 pagi..cepat-cepat mama bagi ubat..mula la hati tak keruan jadinya..jam 6 pagi suhu badan Ayyash dah tak berapa panas..mama pegi kerja & hantar Ayyash ke pengasuh macam biasa..tapi pengasuh bagitau Ayyash taknak makan sangat..itu lah yang paling mama tak happy dengar..terus mama jadi susah hati...

Hari kelima...mama perasan suhu badan Ayyash akan mula panas mulai tengah malam hingga ke pagi..hari ni mama bagi ubat jam 4.30 pagi... mama sepatutnya ada temujanji akupuntur di hospital tapi bila mengenangkan Ayyash masih tak sihat, mama pun amek keputusan untuk bawa Ayyash amek darah di KK. 

Seawal jam 7.15 pagi mama dah beratur di kk..masa ni belum buka pun lagi pintu klinik..mama bukan apa, memang jenis keluar awal untuk apa-apa urusan..orang kata awal tak kalut..gituu..

Ayyash nampak masih lemah dan moody...merengek dan nampak tak larat...badan masih dedar walau mama dah bagi ubat sebelum subuh tadi..masa tengah menunggu pintu klinik buka mama suap roti ke mulut Ayyash..mama perasan ada darah mengalir kt hidung Ayyash..Allah panik kejap mama..mama lap darah tu & harap sangat tak berlarutan..mama takut sangat masa ni.

Jam 7.30 macam tu pintu klinik dibuka..alhamdulillah mama dapat nombor pertama..daftar, cek tekanan darah, jumpa doc,  ambil darah dan jumpa doc semula..hasilnya....


Syukur alhamdulillah result darah Ayyash menunjukkan viral fever je..cuma ada beberapa bacaan lain yg Low, doc minta mama monitor je..pasal hidung Ayyash yang kuar darah tu doc kata maybe lapisan tisu dalam hidung tu yang sedikit luka..tapi yang mama risau Ayyash dah beberapa hari tak lalu makan..susu botol pun taknak..hanya menyusu badan je..tapi mama pelik kenapa doc tak buat apa-apa melainkan suruh monitor lagi...padahal mama dah bagitau demam almost 5 day & tak selera makan..banyak tidur je..mama tak boleh nak fikir masa ni...finally discharged home with pcm syrup..

So..what's next? Mama sebenarnya plan nak hantar Ayyash ke rumah pengasuh bila semua dah selesai. Tapi mama rasa macam tak sedap hati..entah la..naluri mak kan..dengan Ayyash nampak sangat tak larat dan merengek bila terbangun..macam mana mama nak hantar ke rumah pengasuh dengan keadaan Ayyash macam ni??


Ayyash banyak tidur time ni..bukak mata kejap lepas tu sambung tidur lagi..bila terjaga je merengek..badan tak sedap ye sayang..masa ni kepala otak mama tengah mikir apa mama nak buat dengan Ayyash..mama tak nampak Ayyash akan ok dalam masa terdekat..mama rasa nak bawak je Ayyash ke hospital..mama buntu..mama memandai ke? mama kol mak long minta pendapat..sebab mak long kerja kt KK juga & dia bagi advice untuk bawak Ayyash ke hospital segera..masa mama drive Ayyash menangis sepanjang perjalanan..maaf syg...mama tak boleh nak pegang Ayyash..mama pun nangis..mama tau Ayyash nk mama peluk..mama henjut kereta terus pergi ke emergency hospital.....

bersambung di Part 2....

Tuesday, November 7, 2023

:: Masalah Sciatica (sakit tulang pinggul) & sakit otot perut semasa mengandung ::

As salam readers..hari ni rasa free nak share apa yang aku alami sepanjang mengandung...walaupun aku langsung takde alahan dan selera makan pun okey, tapi ada beberapa permasalahan yang kadang-kadang buat aku cukup tak selesa. 

Untuk masalah yang pertama ni dah wujud dari anak kedua & ketiga..mulanya aku ingat aku diserang gastrik semasa pregnant sebab macam ada simptom pedih ulu hati. Pernah juga bagitau kat doc pasal ni then doc minta aku refer ke Klinik Pakar Perubatan selepas bersalin sebab dia cakap mungkin aku ada gastrik. Jadi sepanjang menanggung sakit tu aku akan amek gaviscon je & urut-urut ngan balm..itu pun macam tak berapa membantu sangat...next day akan sakit semula.

Kalau nak tau, sakit dia macam kena siat, pedih, sangatlah tak selesa..kadang-kadang cakap juga dalam hati mungkin postur badan tak betul...tp bila dah duduk elok-elok pun still tak ok jugak..kalau baring je la rasa ok sikit...tapi ada time tu baring pun kena attack...aduhaii..bila pregnant anak keempat ni start 6 bulan dah mula kena...cuma aku konpius samada aku betul-betul sakit kat ulu hati atau tak..setahu aku ulu hati betul-betul kat tengah dada..jadi aku gugel la kedudukan ulu hati kat mane...sah, aku bukan pedih ulu hati..tapi kenapa sakit?

Jadi, masa check up 30 week tempohari, aku pun jelaskan sekali lagi pada doc..sebab untuk anak keempat ni memang aku tak mengadu lagi pada mana-mana doc...so doc pun cek la tempat yang sakit tu..finally doc kata more to muscle pain...sebab perut dah penuh...tekanan pada organ dalaman menyebabkan kita akan rasa sakit dan tak selesa...doc kata it's normal..ok la, dah tahu punca kan..jadi aku pun kena la berlapang dada..yang penting baby & ibu sihat.



See, rupanya ada juga ibu-ibu preggy yang alami benda yang sama macam aku..maybe bukan semua orang yang kena..gambar tu tunjuk area yang sakit..kat situ lah yang aku rasa...tapi apa yang aku perasan, kedudukan baby dalam perut pun akan buat otot perut ni jadi sakit...contoh kalau aku sakit di bahagian pelvis, so bahagian otot perut tu tak sakit..mungkin masa tu kepala baby ada kat bawah..and bila aku rasa sakit kat otot perut tu, bahagian pelvis aku pulak jadi kurang sakit...ha macam tu lah..apepun, tak sabar nak tunggu baby keluar..semoga kesakitan ini jadi kenangan untuk aku sampai bila-bila hehe..

Ok, untuk masalah yang kedua ni memang aku tak pernah lagi alami sepanjang mengandung 3 orang anak sebelum ni..korang boleh baca artikel kat bawah ni...ha itu lah yang aku hadap masa kandungan 2 bulan..risau pun ada sebab macam terlalu awal kena attack...pernah sekali tu aku drive balik kerja, turun dari kereta, dah macam orang cacat aku jalan..tak boleh angkat kaki..terpaksa seret sebab kaki tak boleh nak angkat sebab terlampau sakit..Allahuakbar, tak tau nak cakap macam mana..sakit die tu kat bahagian tulang pinggul sampai ke kaki..alhamdulillah masalah ni tak berlarutan...lepas sapu minyak & urut-urut sikit jadi ok...cuma sekarang ni kalau dah duduk agak seksa nak bangun sebab sakit kat tulang pinggul..huhu..


Malam tu, aku pun wasap dengan sepupu aku yang bekerja sebagai fisioterapist..katanya ada banyak stretching yang boleh kita amalkan untuk kurangkan sakit & time kena attack..antaranya adalah seperti di bawah : 



Ini antara yang basic buat takat mana yang boleh, silang kan kaki yang sakit atas kaki yang okay tu, cuba bongkokkan badan ke depan sampai mana yang boleh. hold 5-10seconds ulang 15 kali


Nak buat masa baring pun boleh stretch kan bahagian kaki yang sakit. kalau boleh makin rapat ke dada lagi okay, tapi kalau tengah pregnant buat sampai mana yang boleh je la ye sampai ada rasa macam tarik dekat otot peha belakang tu dah okay da lepastu hold juga selama 5-10 saat, ulang 15 kali...gambar yang ni sama jugak macam gambar yang exercise duduk tu kita tunjuk, cuma kalau  tak larat nak buat duduk, boleh buat dalam keadaan baring macam ni, kalau tak nak baring, buat dalam duduk macam gambar atas tu pun boleh.



Kalau ada masa free banyak stretch kan kaki tu la ye utk kurangkan sakit & kebas...kalau tengah berdiri kerja ke amik masa sekejap buat mcm ni pun okay jugak.

Ok, itu lah antara serba sedikit masalah and solution apa yang aku alami sepanjang pregnant...semoga yang tengah alami tu anda tidak keseorangan okey...mungkin rezeki kita tak mabuk tapi dapat pula sakit mengandung yang macam ni..apepun bersyukur la kita dengan setiap nikmat yang dikurniakan olehNya...jumpa next entry pulak ye...daaaa....

Friday, October 20, 2023

:: Pengalaman Minum Air Gula @ 28 week & tips tak sangkut GDM ::

As salam readers...pejam celik dah masuk 7 bulan usia kandungan aku. Lagi 2 bulan je nak jumpa my 4th baby...apa pun semoga Allah permudahkan semuanya. Ok, hari ni aku nak cerita pengalaman minum air gula kali ke2 di usia kandungan 28 minggu. Alhamdulillah, masa 1st minum air gula @ kandungan 20 minggu semuanya berjalan lancar..result pun normal..seriau, takut, tak tentu arah semua ada masa nak tunggu result..sebab KK tempat aku akan call pada hari yang sama kalau sangkut GDM.

Untuk minum air gula kali ke2 ni aku agak cuak sikit...sebab lepas abah meninggal ari tu aku perasan aku dah tak berapa jaga makan...adik aku pulak rajin beli desert & kuih muih..jadi beberapa hari nak minum air gula tu memang agak risau...takut ada GDM pulak..jadi apa yang aku buat adalah :

1) Banyakkan ambil sayur berserat/sayur hijau...minggu nak minum air gula tu memang aku bantai sup bayam ratah gitu je..selain tu aku buat sup brokoli + bendi + carrot...kebetulan jiran pun ada bagi bayam brazil, jadi aku buat lah ulam jugak  makan dengan nasi...sayur-sayur ni semua memang bagus untuk kawal gula dalam darah....lagipun aku risau juga dengan bacaan HB aku...sebab lately ada rasa pening-pening, loya & bila malam badan rasa tak larat sangat.Sebelum ni HB aku 12.2 -11.9-11.8-11.5-11.5 and semalam 11.4...alhamdulillah masih dalam ranking selamat...penurunan yang agak pasif. 


Kalau orang jawa panggil bening sayur...aku letak bawang kecil + ikan bilis sebagai perasa...Garam letak secubit je ye...perasa aku tak buh...
sedap gais dapat hirup kuah panas-panas.

Bayam brazil yang jiran aku bagi...selain dari sayur ni, jiran aku 
juga tanam terung & bendi..

2) Selain sayur berserat, aku juga amalkn air barli pandan yang aku rebus sendiri...make sure jangan letak gula ye...lepas rebus & bila dah suam aku masukkan dalam peti sejuk dan bawa sebekas ke ofis esoknya..air barli ni antara air yang selalu aku order bila makan kat kedai...tapi bagi aku buat sendiri lagi puas hati..kebetulan si Adib pun suka air barli ni...die pun join sekaki..barli jugak antara serat larut yang baik untuk stabilkan glukosa dalam darah.



Air barli yang aku rebus...minum sejuk-sejuk alahai sedapnya...
boleh refer penerangan kat bawah (sumber google)



Untuk makluman, memang setiap pagi aku akan buat teh tarik sendiri kt ofis...just pakai uncang teh tu je...pastu letak susu pekat...mengandung ni suka nau teh tarik..tapi kalau aku buat sendiri boleh la adjust manis...kalau kat kedai tu alahai sangat lah pioww...tak tertelan rasanya. Jadi, sehari sebelum minum air gula tu pun aku masih minum teh tarik buatan sendiri..lepas minum baru teringat esok dah nak minum air gula..hmm makin risau jadinya.

3) Selain cara di atas, aku juga ada minum air limau kasturi beberapa jam sebelum kena puasa...juga tanpa gula ye...petua ni aku dapat dari kelab ibu mengandung di FB...katanya lepas makan apa-apa amalkan minum air limau tanpa gula...bagus untuk kawal gula dalam darah juga..tapi mungkin tk serasi dengan aku, pedih ulu hati makin menjadi malam tu...so aku terus stop & banyakkan minum air masak je.

4) Ok yang ni dah lama aku nak share...sebab aku amalkan dari sebelum disahkan pregnant...asalnya nak jadikan sebagai supplement harian tapi bila lama amalkan jadi best pulak...so aku rasa memang aku sangat istiqamah amalkan benda ni..makanan ni juga digelar superfood sebab banyak khasiat dia...makanan tersebut adalah chia seed...lebih kurang macam biji selasih tapi berbeza ye..yang aku perasan bila dah berbulan-bulan amalkan aku senang membuang (tak sembelit), jarang sakit/selsema/batuk (sistem imun jadi kuat) dan cepat kenyang. Rupanya sangat bagus diamalkan masa pregnant juga ye...cuma jangan overdose (1 hari 2 sudu besar shj)..ok aku share kat bawah ni antara khasiat dia jika korang amalkan semasa pregnant : 

SELAMATKAH CHIA SEED UNTUK IBU MENGANDUNG?

5 Khasiat Dan Kebaikan Chia Seed Untuk Ibu Mengandung Yang Perlu Anda Tahu👇

1. KAYA OMEGA-3

Chia seed kaya dengan asid lemak Omega-3 yang penting untuk kesihatan otak dan perkembangan bayi.

Selain itu, ia juga dapat membantu kesihatan rambut, kulit, dan kuku ibu mengandung agar lebih berseri-seri.

2. SUMBER KALSIUM YANG TINGGI

Kalsium amat diperlukan oleh wanita mengandung dan perkembangan tulang bayi, terutamanya dalam trimester ketiga. Siapa sangka, biji-biji kecil chia seed ini mengandungi sumber kalsium yang amat tinggi.

Malah, ada kajian yang disiarkan melalui HuffingtonPost ini yang mendakwa bahawa jumlah kalsium dalam chia seed adalah 5 kali lebih tinggi berbanding susu.

3. MENCEGAH SEMBELIT

Tubuh badan melalui pelbagai perubahan fizikal dan juga hormon ketika hamil. Disebabkan itu, pelbagai masalah kesihatan yang muncul, contohnya sembelit.

Chia seed adalah sumber serat tidak larut yang dapat membantu mencegah masalah tersebut. Hanya dengan 2 sudu bijian ini setiap hari, chia seed mampu memenuhi 38% daripada jumlah fiber yang diperlukan oleh tubuh.

4. MENINGKATKAN ZAT BESI DALAM DARAH

Semasa hamil, isipadu darah dalam tubuh wanita hamil boleh meningkat sehingga 50%. Untuk menyokong pertambahan sel darah merah, zat besi amat diperlukan agar ia dapat membawa oksigen ke seluruh tubuh dengan efisyen.

Selain itu, zat besi juga berfungsi untuk membantu ibu hamil berasa segar lebih bertenaga sepanjang hari!

5. MENGURANGKAN KEKEJANGAN / CRAMP

Kekejangan, terutamanya pada kaki selalunya dikaitkan dengan kekurangan magnesium. Ia juga boleh berlaku pada otot badan yang lain seperti perut. Chia seed dikatakan mengandungi 15 kali lebih magnesium berbanding brokoli.

Selain kekejangan, antara simptom kekurangan magnesium adalah timbulnya rasa loya dan muntah-muntah. Sesetengah kajian juga mendapati chia seed mampu mengurangkan kontraksi awal pada rahim, sekaligus mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

JOM MANFAATKAN KEBAIKAN CHIA SEED!

Diangkat sebagai salah satu makanan yang paling sihat di dunia, chia seed kini lebih dikenali kerana manfaat dalamnya. Ia juga mudah didapati di Malaysia. Menurut saranan pakar, kadar harian yang paling sesuai adalah 2 sudu besar setiap hari.

Selain khasiat chia seed untuk ibu mengandung di atas, chia seed juga adalah sumber pemakanan yang baik kerana ianya terlalu banyak khasiat sehingga di gelar"superfood" 

Walaubagaimanapun, jangan pula keterlaluan dalam mengamalkan apa saja jenis makanan, sekalipun ianya superfood. Ini kerana, ibu hamil perlu mendapatkan sumber makanan yang seimbang dari semua kumpulan dalam piramid makanan.



Ni la air chia seed yang aku amalkan...rendam dalam 20 minit guna air 
suam biasa then dah boleh minum macam biasa...

Ok, tibalah hari nak minum air gula..aku sampai klinik seawal jam 7.00 pagi..pintu klinik buka jam 7.30 pagi..jadi duduk dulu dalam kereta, mulut rasa kering sangat so minum air masak seteguk...tak boleh minum banyak ye..bila pintu klinik dh buka, terus aku meluru ke kaunter ibu & anak, letak buku pink dalam bakul yang ditanda MGTT then tunggu la nama dipanggil..alhamdulillah orang pertama misi panggil...macam biasa lah, ambil air kencing & terus ke kaunter pengambilan darah...masa ni lah darah puasa diambil beserta darah FBC (full blood count) termasuk HB semua tu lh...and tibalah masanya misi suruh minum air gula...untuk kali ni ada 2 versi...sejuk & suam..dua2 perisa oren...eh, dah jadi tak tau nak ambil yang mana..hehe..aku tengok yang suam tggl sikit berbanding sejuk..jadi aku pun amek yang suam...apsal kali ni aku rasa macam banyak je air gula dlm cawan ni..ke perasaan je.

Alhamdulillah 2 kali teguk dah setel..kali ni rasa perit pulak nak abiskan..tp gigihkan jugak...alhamdulillah lepas je setel terus aku keluar & cari toilet...bukan mual atau nak muntah tapi rasa macam gula pasir penuh dalam mulut..so, aku pun kumuh2 dalam 5 minit macam tu...dah lega baru aku ke kaunter misi untuk scan nombor giliran untuk sesi saringan pulak..dalam 15 minit macam tu nombor aku dipanggil...timbang berat, cek kadar denyutan jantung baby, ukur tinggi rahim & cek tekanan darah...alhamdulillah, tekanan darah ok kali ni 120/78..selalunya mcm tinggi sikit sebab aku ni ade white cot syndrome (nervous & debor lebih setiap kali jumpa misi)..bila cek kat rumah ok pulak..hmmm..

Ok setel buat saringan, aku diminta ke bilik prosedur untuk ujian HIV kali ke2 (28 minggu kandungan)...ingatkan sekali je kena masa awal-awal kandungan..sebab anak pertama hingga ketiga takde pun buat ujian HIV ni...tapi ok je bagi aku..just cucuk jarum kt jari & masukkan dalam papan kaset tu..alhamdulillah result normal...lepas tu pegi la balik ke depan bilik consultation untuk jumpa doc...alhamdulillah tak lama pun menunggu, nombor dah naik...so far doc kata hb ok, so teruskan je dengan obimin...bp monitoring seminggu 2 kali doc suruh teruskan walaupun bacaan bp ok je...aku pun ok je at least boleh tau bacaan bp sepanjang pregnancy...almaklumla jenis cepat nervous hehe...overall semua ok..tp yang frust sikit sebab doc kata tak scan hari ni..huhu xpe lah nak buat mcm mana..doc kata tengok result air gula nanti macam mana, kalau ada GDM barulah doc akan scan next appoinment nanti...ok follow the process..ok setel jumpa doc...jangan lupa ambil time slip kt doc if yang bekerja..

Ok, ade masa sejam lagi untuk aku amek darah kali ke2...plan macam nak buat senaman ringan tapi macam takde port yang sesuai...jadi aku pun keluar lah dari kawasan klinik menuju ke parking...aku amek jalan jauh sikit (ala2 jogging)..sebab aku ada baca salah satu untuk gula bekerja adalah dengan buat aktiviti fizikal..jadi gula akan jadi stabil dalam darah..kita cuba je la kan mana yang baik...ok masuk dalam kereta belek-belek buku pink, baca nota yang misi & doktor tulis tadi..sharp pukul 10 pagi aku pun masuk balik ke klinik dan terus ke pusat ambil darah...yahooo...setel sudah...semoga misi takde kol petang ni...kalau klinik kol tanda sangkut GDM...minta jauh la...amin3..

Update sehingga jam 4.00 petang hari yang sama.....

Alhamdulillah klinik takde kol..mungkin tak sangkut la...haha confident je..tp agak lega sebab minggu ni nak buat kenduri tahlil arwah abah...so boleh la makan tanpa rasa bersalah haha...ok cukup setakat ni bebelan aku...nanti next appoinment 2/11/23 pulak..masa tu dh 32 minggu..cek up 2 minggu sekali...selpi sikit la buat kenangan masa preggy 28 week...ok bai.

Thursday, June 15, 2023

:: Teman Baruku....Buku Pink : :

As salam readers...Ya Allah....rindunya nak menulis kat sini tapi bila penyakit M mengatasi segalanya, semua tak menjadi..cuma kebelakangan ni banyak masa free jadi cuba kuatkan semangat menulis balik..Bila free2 ni rasa macam nak menulis pasal pregnancy journey kali ni...nak abadikan kt sini dari mula hingga selamat proses kelahiran dan seterusnya...insya allah...

Hari ni kandungan dah masuk 10 minggu 4 hari...Sebenarnya tak ramai pun yang tau aku pregnant...trauma dan fobia masih belum hilang lagi lepas keguguran bulan 10 tahun lepas..bulan 8 balik umrah, lepas sebulan aku cek UPT & positif..happy giler mase tu & jaga sebaik mungkin...tp lepas 1 minggu delay period, ada spotting keluar & perut rasa sakit sangat..balik kerja terus singgah ke klinik sebab dah tak tahan...doc bagitau macam kandungan tak menjadi..anggaran kandungan masa tu dalam 5 minggu..doc bagi ubat tahan sakit je...malam tu tak boleh tidur sebab perut terlampau sakit macam sengugut..then lepas buang air & keluar darah banyak terus rasa makin kurang sakit & boleh tidur...esok paginya perut dah mula rasa bisa-bisa..makan PCM & rest je kat rumah..

Ok, kita sambung story cerita buku pink untuk tahun 2023 ni pulak..buku pink ni baru je bukak masa 7/6/2023 yang lepas masa kandungan 9 minggu..alkisahnya, aku cek UPT beberapa hari sebelum tarikh due period..sebabnya kuar spotting, kebetulan hari tu aku puasa 6..ptg pun ada lagi spotting tu so bila dah was2 aku pun batalkan puasa. Balik kerja tu macam tergerak nak buat UPT sebab stok mmg ada..tapi kedai eco punya lah hehe...1st aku test belah ptg..naik double tapi samar2...tak puas hati malam tu aku repeat lagi 2nd test..pun positif & still blur...diam je dulu tak bagitau sesapa..then 2 hari lepas tu aku beli clear blue pulak...finally double jugak...aku makin redha mungkin aku pregnant...hati tersangat lah berbunga-bunga tapi dalam masa yang sama takut, berdebar semua ada..macam aku cakap fobia gugur tak hilang lagi.


    

masa sahkan pregnancy kt Klinik Nurcahaya tempoh hari, usia kandungan baru 5 minggu..doc Faiz cek dah nampak kantung..Ya Allah sebak rasenya...yelah dah 9 tahun tak mengandung & dalam 3-4 tahun mencuba...akhirnya Allah bagi masa ni..syukur sangat..so bermula la fasa pregnancy journey...kena jaga makan, emosi & lalui dengan penuh kesabaran..semoga aku berjaya harungi...aamin3...



kalau dulu-dulu lepas dah sahkan pregnancy kat klinik then pegi kk pulak untuk bukak buku pink tapi sekarang ni kena kol kk & amek tarikh appoinment..tak boleh walk in ye..banyak juga perubahan dulu dan sekarang...



so far ni kandungan aku yang ke6...pelekat hijau tu doc kata sebab jarak anak agak jauh..huhu..seram pulak..due date dijangka bulan 1/2024..tapi aku ni tak pernah lagi overdue..paling awal 37 minggu dah bersalin...



Bumil di usia kandungan 10 minggu 4 hari...setakat ini tiada alahan...paling suka masak & melaram...doakan bumil ye gais...mengandung di usia 39 tahun..smg aku terus kuat & Allah permudahkan segalanya....aaminn2 yrb....

Thursday, July 19, 2018

:: Kilang Percetakan Nasyrul Quran::

Assalamualaikum readers...

Hari ini aku berpeluang melawat ke Kilang percetakan Al Quran Nasyrul Quran yang terletak di Presint 14, Putrajaya. Kilang percetakan Al Quran ini adalah yang kedua terbesar di dunia selepas Madinah Munawarah. Secara umumnya kompleks itu dibangunkan di atas tanah seluas 2.09 hektar dengan kos bangunan, mesin cetak dan mesin jilid sebanyak RM60 juta. Nasyrul Quran yang menjadi nama rasmi kepada kompleks itu diambil daripada bahasa Arab bermaksud penyebaran Al Quran. Kami bertolak dari pejabat di Presint 1 dan sampai disana lebih kurang jam 9.30 pagi..rombongan seramai lebih kurang 100 orang (2 kumpulan) anjuran Puspanita IPKKM. 


Inilah bangunan Nasyrul Quran..Sungguh cantik dan besar..


Ini adalah gambar penuh daripada sumber gugel..
Sekali pandang nampak macam masjid.


Rebana jumbo ni terletak betul-betul pintu masuk ke dalam
Pusat Nasyrul Quran ni. Ciri-ciri islamik dan tradisional
digabungkan...memang unik..


Pintu masuk ke dalam...memang gah dan sungguh cantik..


Suasana di dalam Pusat Nasyrul Quran..agak ramai juga 
pelawatyang datang setiap hari dan dianggarkan pelawat 
dalam sehari yang dibenarkan adalah lebih kurang 500 orang.


Bukan setakat mencetak Al Quran bahkan mereka juga
menyampaikan dakwah melalui tulisan ayat-ayat Al Quran 
pada dinding bangunan...sungguh unik..


Dekorasi lantai bumbung...


Disini tempat kesukaan orang ramai yang hadir di sini..
Boleh bergambar beramai-ramai untuk dijadikan kenangan..


Salah satu ayat Al-Quran yang hiasan bordernya menggunakan 
simbol dari negeri-negeri di Malaysia...


Ustaz sedang menerangkan proses penghasilan Al Quran
 sehingga ke proses percetakan..


Dinding bangunan dihiasi dengan ayat Al Quran...












Pena atau buluh yang digunakan untuk menulis Al Quran..




Kami diberi taklimat sambil meninjau keadaan di dalam kilang 
melalui cermin..



Inilah keadaan dalam kilang percetakan Nasyrul Quran..






Sebelum pulang, kami dibenarkan untuk membeli buku-buku,
 Al Qurandari pelbagai jenis dan poster..harga poster adalah 
sekitar RM4/keping,buku Jangan Tinggalkan 
( antara permintaan yang tinggi di Nasyrul Quran)
selain Al Quran RM5/naskhah.. Harga Al Quran pula mengikut
 jenis dan yang pasti harganya jauh lebih murah berbanding
 di luar...Yang paling seronok,kami diberi senaskhah waqaf 
Al Quran setiap seorang secara PERCUMA.


Sebarang pertanyaan ataupun sesiapa yang berminat melawat
ke kilang percetakan Al Quran ini, tuan puan bolehlah 
menghubungi pegawai di bawah untuk maklumat lanjut..

En Roslan bin Mat - 0167182741

nasyrulquran.nq@gmail.com

Kilang Percetakan Al Quran Nasyrul Quran,
14811 Jalan P14J, Presint 14,
62675 W.P. Putrajaya