Sunday, May 21, 2017

:: Yeah...platlet darah Adib menaik ::

Hari ni terpaksa ambil darah di hospital sebab klinik kesihatan tutup. Pagi-pagi dah keluar rumah takut ramai pulak orang kat sana. Almaklumla bawak budak-budak bertiga tu mana la boleh lama-lama kan, ada je nanti buat perangai sebab boring menunggu.  Masa ni tengah sarapan pau goreng. Akak misi nak amek tekanan darah dan nadi. Dah redha siap hulur tangan hihi. Hari ni mama tukar menu setelah 2 hari berturut mama bagi kamu sup ketam. Papa kata tukar ke menu sup ikan merah. Sebab papa kata kawan dia makan sup ni platlet darah menaik. Tak lupe jugak supplement jus hidayah sikit untuk cinonet mama ni.


Tiada yang menggembirakan hati seorang ibu apabila melihat anaknya diberi kesembuhan daripada kesakitan yang ditanggung. Syukur alhamdulillah bacaan darah Adib menaik hari ini. Bacaan darah semalam 128 tapi hari ni mningkat sebanyak 31. Adib pun nampak lebih cergas dan lebih berselera hari ni. Tapi besok kena repeat darah lagi. Takpe la nak walaupun mama sedih tengok tangan kamu asyik kena cucuk je.




Abang Irfan dan Angah Rayyan pun happy tengok Adik Adib dah sihat. Sempat je korang mintak selpi kan. Moh kite balik dan rehat ye. Badan tu baru nak sihat kan.


Di sini sedikit info mengenai demam denggi :

Copy & Paste

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?

Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :

  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
    • Membuang bekas yang boleh menakung air
    • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
    • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
    • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
    • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
  2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
    • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
    • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
    • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
    • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

Saturday, May 20, 2017

::Repeat darah Adib kali ke 4::

Ari ni rutin macam biasa sejak Adib diserang demam denggi aku akan bangun pagi2 utk masak nasi dan sup ketam. Sebab ari ni kena repeat darah lagi. Sebelum ke klinik memang aku suap Adib dulu dengan harapan bila amek darah nanti platlet Adib akan naik dengan jayanya. Gusar, risau, gelisah semua ada dalam hati ini. 

Pagi ni tak sempat suap kat rumah, jadi dalam kereta pun bole la. Alhamdulillah Adib nak makan..minum macam kurang sikit tapi still ok la..kena kerap paksa dia minum. Sebelum keluar rumah tadi sempat lah bagi Adib makan ubat dan bagi sikit jus hidayah. Nak bagi dia rasa cergas dan lebih bertenaga. Baru aku perasan pagi ni batuk Adib agak berkurangan berbanding semalam. Alkisahnya malam tadi diorg semua tido aku p la buat projek minyak bawang putih. Kenapa kate tidak kalau ianya membantu kan.. cara buat memang senang gila pejam mata pun bole tau haha. Aku pakai minyak masak je, lagi elok kalau pakai minyak zaitun. Mane2 pun bole ok.

Cara buat minyak bawang putih:

-3 ulas bawang putih ( jangan kupas kulit)
- bakar atas api kejap smp kulit hangus sikit
-kupas kulit dan hiris nipis 
-masuk dlm bekas dan letak sedikit minyak zaitun atau minyak masak.
-siap

Cara guna:

Sapu kat bahagian dada, belakang badan, betis dan tapak kaki. Kalau selsema letak sikit minyak bawang putih tu kt btg hidung die. Minyak ni tahan utk 3 hari, so lepas 3 hari bole buang dan buat yang baru k..yang penting kena rajin sapu untuk melegakan batuk dan selsema. 




Mase aku sampai klinik takde lah ramai sangat. Mungkin awal lagi masa tu. Macam biasalah proses daftar, amek darah, timbang dan jumpa doktor. Ari ni Adib macam fobia masa amek darah mungkin sebab tangan dicucuk 4 ari berturut. Kesian mama tengok, tapi apakan daya mama terpaksa akur demi kesihatanmu syg. 

Masa nak tunggu jumpa doktor aku berdebar sangat sebab tak tahu result darah Adib menaik atau menurun. Akhirnya inilah keputusan darah Adib. Platlet darah menurun lagi hari ini. Bacaan mula 169-148-133-128 hari ini. Hampanya dengar. Tapi bila aku bandingkan result darah Adib yg lain mcm meningkat dan penurunan platlet Adib hari ni turun sikit je berbanding tempohari. Mungkin kesan dari Adib makan sup ketam dan minum jus hidayah. Yang penting usaha itu ada alhamdulillah. 

Balik klinik je Adib mintak nak makan nasi lemak, makan biskut cicah air nescafe. Senang hati mama tengok kamu nak makan. Apepun kita tunggu result darah besok, harap ade perubahan positif.  Semoga cepat sembuh ye sayang. 

Friday, May 12, 2017

:: Hari terakhir di Hospital Serdang ::

Alhamdulillah dah seminggu aku bertugas kat tempat baru. Suasana cukup berbeza dengan keje kat hospital. Kat tempat aku nih senyap sunyi aman tenang banget. Almaklum la tempat menteri dan timbalan menteri..hihi..jadi agak protokol di situ..nak bukak radio pun ko kena bukak dalam nada yang dengar tak dengar je, nak gelak pun gelak suam-suam je.

Tapi hari ni nak cerita last day masa keje kat hospital serdang ari tu. Actually aku sendiri pun tak pasti perasaan aku masa tu macam mana samada gembira atau sebaliknya. Banyak sedih kot dari gembira. Sedih sebab nak tinggalkan kawan-kawan yang gila-gila dan satu kepala. Banyak kot kenangan kat situ dari mula masuk keje 12 tahun yang lepas.


Ari ni outing ngan member2 kamcing..pegi makan-makan, borak-borak...


Harap-harap lepas ni boleh la lepak2 macam ni lagi...


Tq buddies...u make me laugh, smile & happy everyday...
Appreciate it...




So yummy....


Part ni paling sedih..lepas ni dah takde dah nak beratur untuk thumb print. kalau tak belum pukul 5 dah berebut nak dapat barisan depan..tak senonoh betul..alahai kenangan betul la. Apepun, hari ini hari terakhir berkhidmat di sini, lepas ni datang ke sini sebagai pelawat..huhu...will miss u my dear frenz....sob..sob...sob...