Sunday, October 2, 2016

:: Apam Mentega Gula Hangus ::

Ari ni terasa macam nak meng'apam' pulak...semangat nk buat kuih macam ni bukan selalu datang...tambah-tambah pulak bila suri rumah bekerjaya macam saya ni..tak payah cakap banyak meh kita start mengapam...
resepi apam saya gugel je...

 
Bahan-bahan pun senang je....


Inilah rupa adunan yang telah siap....


Terlebih tuang adunan dalam acuan...sepatuntnya letak separuh je...


Bile dah terover inilah jadinya...terlebih tembun...hihi



Biar rupa buruk janji sedap...haha..untuk permulaan ok lah...lepas ni kene 
perbaiki teknik pembuatan..huhu...



Bahan A: Gula Hangus
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gram mentega

Bahan B:
1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum - ayak bersama soda bikarbonate
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
Bahan A: Gula Hangus
1. Untuk menyediakan gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan sehingga gula larut dan berwarna perang.
3. Padamkan api dan masukkan air.
4. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut.
5. Masukkan mentega dan kacau rata. Ketepikan.

Bahan B: Adunan
1. Untuk menyediakan bahan adunan, pukul gula, telur dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
3. Masukkan susu dan diselang-selikan dengan tepung. Gaul rata. 
4. Panaskan pengukus dan acuan. Tuangkan adunan ke dalam acuan. (Kalau takut melekat, oleskan minyak pada acuan
6. Kukus selama 12 hingga 15 minit.


Selamat mencuba....