Tajuk entry tu lain mcm jer kn...bkn madu yg itu ye...no no no...nk bukak cite skit alkisah madu...kenapa madu? Sebab sy adalah pengamal madu tegar...haha...kalau sehari x makan madu mmg rasa lain..senang ckp suplement saya satu family adalah madu..bangun je tdo mesti saya terus minum..menurut kajian sains, ade manfaat jika minum segelas air sebaik shj bgn dr tidur..apatah lg klu air tersebut adalah air bercampur madu...yg pntg diminum sebelum menggosok gigi...hehe...
Mcm2 madu yg saya cuba antaranya madu lebah tempatan mcm madu kelulut dan tualang...cth madu kelulut spt dibawah ni..
Rasanya masam2 sikit...anak2 saya x berapa sukakannya almaklumla rasanya yg agak masam mmg x lalu la mereka nk minum..tp alhamdulillah walaupun masam dan tak suka mereka ttp minum bila disuruh...minum sikit pn jadi lah...dan alhamdulillah anak2 jrg sesema dan batuk...kalau kena sekalipun, tak amek mase yg lame utk pulih...
Madu Kelulut keluaran Syamille...
HONEYMADU ENTERPRISE (002261929-A)
(Pengedar dan penjual makanan sunnah)
NO 12A JALAN PANTAI DALAM,
PANTAI DALAM,
59200 KUALA LUMPUR.
FACEBOOK : facebook.com/honeymadu
ZAINI : 0105472966
IZAN : 0172746593
Madu kelulut keluaran syamille ni saya beli dengan sepupu saya yg memang menjual makanan sunnah..sebotol ni sy beli dengan hrg rm40 beratnya dlm 250gram...dan yang madu comel panjang tu sepupu saya bagi free jer...katenye yg tu khas utk travel...hihi..rezki...
Sebelum saya amalkan madu kelulut dan tualang..saya juga ada mengamalkan madu sidr dr Yaman...teksturnya agak berbeza dgn madu lebah tempatan...agk lebih likat dan warnanya agak keemasan...rasanya pula tidak terlalu manis spt madu tempatan...harganya pula jauh lebih mahal dr madu tempatan..madu ni saya beli dengan harga RM160..ade free gift minyak zaitun dan minyak habatussauda...minyak zaitun tu saya guna untuk urut Adib bila lepas mandi...mmg best x rase terlalu berminyak mudah diserap terus ke dalam kulit...
Madu Sidr dari Yaman...
PUSAT PENAWAR AL-MIFTAHUL SYIFA
LOT 4A, JALAN DOUGLAS,
35900 TANJUNG MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN.
TEL : 0193411357
WEB : www.madusidiralmiftahulsyifa.com
Sekarang ni kami satu family amalkan madu alshifa sbg suplement setiap hari...bangun je tido mmg x sah kalau x minum...anak2 pun da jadi terbiasa sekarang ni sampai berebut2 nak minum...madu ni saya beli dengan ustazah tempat Irfan belajar mengaji...harga untuk 1 kg madu alshifa ni cuma RM 50 je...madu ni rasanya lebih manis dari madu kelulut...
Madu Alshifa...
Lepas ni tak tahu lagi nak try madu apa...hehe..banyak madu yang dijual di pasaran, cuma kena dapatkan madu yang tulen..alhamdulillah, sepanjang mengamalkan madu, badan setiasa cergas...sesekali ada la jugak x sihat..pastikan sebelum minum mulakan dengan Al-fatihah dan selawat Nabi sebanyak 3 kali kemudian berdoa kepada Allah...aamiinnn....
Dalam firman Allah
Surah An Nahl Ayat
69, mahfumnya…
“Kemudian
makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu
yang telah dimudahkan (bagimu). Dan perut lebah itu keluar minuman
(MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang
menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar¬-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi
orang¬orang yang memikirkannya.”
Terdapat banyak
hadis nabi yang
menjelaskan mengenai madu lebah. Di antaranya tentang dua hadis sahih
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
Pertama,
mengenai kisah
seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah
mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w
bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut
datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi
Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga
tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi
penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah
benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah
s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia
akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis
yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda
”ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar
dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”.
(Riwayat Bukhari)
Dari
Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam
bersabda:
"Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap
bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."