Wednesday, October 29, 2014

:: Kursus CPR yang best ::

Semalam, saya telah menghadiri Kursus Basic Life Support yang dianjurkan oleh Komiti CPR & ACLS di hospital tempat saya bertugas..Kursus ni diadakan satu hari untuk golongan medikal dan satu hari lagi untuk golongan bukan medikal..syukur alhamdulillah saya berpeluang menghadiri kursus ni...memang dah lama nak pegi kusus macam ni...sekurang2nya ada la sedikit basic untuk membantu orang apabila diperlukan..kan..kan...


Sempat lagi berselfie sebelum kelas stat..Masa dalam kelas Dr Kamarul bagitau teknik2 CPR secara lisan.. 
Kami diberi penerangan tentang bantuan untuk menyelamatkan seseorang yang diserang penyakit jantung atau tidak sedarkan diri serta tercekik ( choking )...Selama ni memang tak pernah tahu teknik dan cara untuk melakukan CPR ni...Lepas je ceramah start la sesi meng CPR di luar bilik seminar.....


Nampak tak ape Fasi tu sedang pegang? Patung kanak2 sebagai sasaran untuk melakukan CPR...haha...otomatik teringat plak kat Adib..mcm da nak same besar dan tinggi ngan Adib...hehe..Actually nak cerita  2 hari lepas Adib baru aje tercekik getah frozen...ngeee.....seram dan takut sangat2 mase tu..kejadian berlaku kat umah abang ipar...alkisahnya semasa kami sedang duduk berbual anak buah saya datang dan melambakkan permainan legonya di depan kami...lego tu besar2 bentuknya jadi kami tak berapa risau kalau Adib main...

Sedang leka berbual sambil Adib bermain didepan kami, tiba2 dengar Adib batuk..kami ingatkan batuk biasa..makin lama makin kerap batuk...macam ada sesuatu tersekat di tekaknya..tiba2 Adib menangis..dan nampak macam Adib susah nak nafas...Ya Allah..saya terus angkat Adib, letakkan di peha dan tepuk dada belakangnya...3 kali tepukkan tapi tak berjaya...saya jadi makin takut sebab Adib nampak mcm kesakitan..terus my husby jolokkan tangannya ke dalam mulut Adib dan masa tu Adib mcm nk muntah..alhamdulillah my husby dapat capai getah frozen dalam mulut Adib....ngeeee....



Jadi, bile tibe part baby choking ni saya memang fokus betul2...
kat kursus ni saya dapat belajar teknik  breathing rescue..
rase bertuah dapat join kursus mcm ni...


Sesi petang pulak kami ade exam...kami diberi situasi dan perlu
menjalankan operasi menyelamat ke atas patung2 yg ada..
alhamdulillah semua peserta LULUS...yeeaayyyy!!!


Akhirnya...tepat jam 4.30 petang kami berjaya menamatkan kursus ini dengan begitu jayanya. Begitu banyak pengetahuan yang saya dan kawan2 perolehi dalam kursus ini..jadi lepas ni kalau Adib tercekik atau anak2 kecil tercekik serta perlukan bantuan, rasenye bole da kot nak membantu...huhu...yang penting kena tahu teknik yg betul....in shaa allah saya takkan sia2kan pengalaman seperti ini...aamiiinnn...

Tuesday, October 28, 2014

:: Terima kasih abang Irfan ::

Semalam incik husby ajak ke Melaka kerana ada sedikit urusan. Jadi, nampaknya balik dari kerja kene terus bersiap. Kalau ikutkan hati memang malas nak ikut tapi disebabkan incik husby beria2 suh ikut terpaksela pegi jugak..dalam kepala nampaknya tertunda lagi la kerja rumah, basuh kain dan mengemas. tapi nasib baiklah incik husby tolong sidai kain yang tak sempat dijemur pagi tadi nye...

Lepas siap pack baju anak sorang sehelai, tugas incik husby la untuk pick up anak kat rumah pengasuh...bukan satu pengasuh ye tapi dua..hehe..mase budak2 ni balik saya baru siap mandi. Lepas sume dapat arahan mandi dari mama die, sementara saya siapkan Adib, dua orang lagi hero tu tengah dok kalut bersiap terutamanya si Rayyan...anak yang paling cerewet nak pakai baju...hanya baju yang disukai dan berkenan di hati sahaja yang die akan pakai ye...

Tapi, tak tahulah kenapa semalam saya tersentuh dan terharu sebab Irfan dengan rela hati 'mentouchupkan' adiknya yang cerewet itu....memang pakej la dari pakai seluar sampai ke sikat rambut...Ya Allah, sejuk rase hati ni tengok insiden tu...sempatlah saya rakam aksi2 mereka..


Pakai baju kancing la suasa..pakai mari baba la malaka..haha...

 


See...siap pakaikan minyak rambut dan sikat rambut si Angah Rayyan..situasi ni mama selalu buat kat abg mase abang kecik dlu...sekarang abang da pandai berdikari dan dah bole uruskan diri sendiri..mama bangga dengan abang....semoga kamu terus menjadi kebanggaan ibu dan ayah..aamiiinnn....


Monday, October 27, 2014

:: Kehebatan campuran Madu Asli dan Serbuk kulit kayu manis ::

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis nie mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

Sebelum saya pergi lebih jauh, apakata survey anda kenali dulu rupa madu dan kayu manis. Tapi dalam mengamalkan petua nie, kita gunakan serbuk kayu manis tau.



Rajah 1: Madu Lebah



Rajah 2: Kayu Manis


Berikut adalah kehebatan campuran madu asli dan kayu manis:


1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran tue kat muka (bahagian yang ader jerawat) sebelum tidur.

Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.

Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain tue, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.


2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.

Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping tue, ia boleh menurunkan berat badan gak.


3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.


4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan kat kulit kepala.

Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.


5. Sakit gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.

Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tue. : )


6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.


7. Jangkitan pada pundi kencing

Anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada kat situ.

Caranya;

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.


8. Kolesterol

Anda nak mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??

Caranya;

Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.


9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis nie boleh mengurangkan risiko serangan jantung.

Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.


10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.

Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.


11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.

Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.


12. Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan anda. Hehe...

Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.


13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran nie pada setiap pagi.

Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.


14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;

Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.

Saturday, October 25, 2014

:: Aksi menyusu 2 hero ::

Jarang dpt tgk Rayyan & Adib menyusu bersama...mlm ni sambil satu rumah layan perlawanan bola tetibe si rayyan mtk susu kt papa die..yg si adik pn same.
 

Tengok tu...bahagia je mama tengok kamu berdua..


3 minit kemudian........ still bahagia...


10 minit kemudian........


15 minit kemudian.......da x berapa bahagia....haha...
Mama sayang nak buang pic ni...tapi tepon mama pun dah hang
sebab banyak sangat pic....hehe..so mama masukkan aksi2 anak mama
ni dalam blog mama ni sebab mama harap kamu da besar nanti bole tgk aksi
kamu mase kecil2 dulu....pasti mama merindukan saat itu nanti....;)

Sunday, October 19, 2014

:: Cubaan berdiri Adib 7 month ::

Alhamdulillah...tambah 1 lagi step baru dari Adib..sejak da pandai merangkak ni terus pulak nk berdiri...pantang nmpk papa die baring mesti berkejar die pegi stand tgn die n buat position separa berdiri...Mgkn sb Adib kecil jd senang dan cepat pergerakan step yg die nk buat..tgk la tu aksi2 dr Adib tu...kadang2 jatuh jugak tersembam...sori syg mama yg careless...


See...bukan sekadar tempat duduk hokey...
sebagai tempat untuk belajar berdiri skali....haha....


Abang Irfan sedang memberi kata2 semangat kat adik Adib...
 

Go Adib...go...go...


Finally....i got it....hehe..
keep it up baby!!! 

Friday, October 17, 2014

:: Anbebe seat utk Adib ::

Sebenarnya da lame sgt nk cari anbebe or bumbo seat utk Adib...mcm comey je tgk baby dok dalam seat tu...tp tujuan asalnya adalah senang nk feed baby..so xde la bagi makan dlm keadaan berbaring lg..susah btl rasenye sebab asyik nak menyarap je die bile tgh bagi makan...kdg2 mama pn jd stress..hehe..

So nak dijadikan cite, satu hari tu rse teruja sgt bile ade satu kawan ni nk letgo anbebe seat ank die. Kwn ni pn asalnya saya jumpa kt jualan carbot sale. Mase tu kwn ni jual brg2 bb so sy pn tny la kot2 die ade nk letgo seat tu...katenye mmg ade kt rumah tp katenye nk pk dlu sama ada nk letgo atau x...alhamdulillah akhirnya terbuka gk pintu hati die nk jual semggu slps pertemuan singkat tu...

Bukan xnk beli seat baru utk Adib...rasenye setakat pakai sekejap better la sy beli yg prelove..apepun pilihan di tgn masing2..akhirnye dpt jugak sy beli brg yg saya nk dgn hrg yg reasonable..kwn tu nk letgo rm95 aje...klu baru biasa mencecah rm150 mcm tu..

Ini la anbebe seat Adib...saya dapat sekali tray dan beg khas utk letak anbebe seat tu klu nk pegi travel or wherever...x sabar nk letak Adib dlm tu...huhu...bajet comey la konon...



So blk kj je ptg tu terus saya testing kt Adib. Kebetulan mmg nk bg die makan dan nmpknye mmg sgt membantu anbebe seat ni. Senang je feed Adib..selain dr bagi makan seat ni bole gk dibuat tmpt mandi..letak je baby dlm tu..yg ni pn aku da test kt Adib..senang je nk sabun2 badan die sb x perlu nk pegang or paut die..klu pkai bath tab tu kdg2 tergelungsur je..tp pkai seat ni mmg duk tegap je badan die...so sesi mandi antara xtvt yg agk seronok skrg...hehe..

Selain tu jugk seat ni bole buat baby bersantai...sambil2 tgk tv letak je mainan kt atas tray tu...so baby bole duk diam tanpa kite risau...klu tidak tu risau je baby merangkak takut ade bende yg dikutip masuk ke mulut...mmg membantu la sebab bile aku blk opis ofkos la nk ke dapur kn. So Adib leh duk dlm tu sambil ditemani abang2 nye....


Testing bagi Adib mamam biskut...
 

Abis mamam biskut banana...
nampak bahagia je Adib duk dlm tu...
 

Yang ni pulak test feed Adib untuk dinner....
 

'Aye da abiss mamam...goodboy!!!
Tenang mama bagi makan...harap2 
lepas ni ok je mcm ni hokey.....

Rasenye kalau letak seat ni dalam kete pun bole....tapi yang ni saya x test lagi kat Adib...so rasenye bole try lepas ni kot2 membantu...sekarang ni pun letak Adib dalam carrier kalau ambik die kat rumah pengasuh so lepas ni bole la try letak die dalam tu...bila letak dalam carrier tu asyik meronta je nak bangun....so kalau letak dalam seat tu bole la die tengok pemandangan sekeliling...hehe....imaginasi dari mama Adib...

So, rasenye seat ni memang agak membantu bagi saya..dan rase2nye x jual la kot seat ni...bole buat turun temurun kalau ade anak buah saya lepas ni yang nak guna..barang2 Adib yang lain macam baby cot kayu putih solid dan rocker fisher price tu abis da saya letgo sebab Adib dah xmo duduk dalam tu...tapi seat ni macam sayang je nak jual...hehe...ok, sekian entry review tentang anbebe seat ni....bubye!!!

Thursday, October 16, 2014

:: Wordless Thursday ::

X sangke dapat pujian dari mr nasi ambeng..semuanya gara2 entry yg aku tulis pasal mkn di restoran nasi ambang dlu...hihi...terasa dihargai la diri ini...huhu...perkara baik ape salahnye dikongsi btl x...tp nt mmg nk repeat lg mkn kt sane...apepun smg mr nasi ambeng terus maju dan mengekalkan rasanya yg sedap tu...piss yooo...

Sunday, October 5, 2014

:: Aiskrim Goreng ::

Niat nak buat aiskrim goreng ni da lame sangat dipendam....hihi...macam la susah sangat kan....so hari ni rasa nak buat kebetulan pulak balik kampung sebab raya haji jadi apa kata kite hidangkan aiskrim goreng ni untuk minum petang...

BAHA-BAHAN:
  
  • Aiskrim ( ape jua perisa )
  • Roti gardenia
  • Mug atau cawan
  • Minyak untuk menggoreng
CARA BUAT :

  •  Letak aiskrim atas roti
  • Tangkupkan sekeping lagi roti di atas aiskrim
  • Letakkan mug/cawan di kedudukan tengah roti
  • Tekap sehingga roti putus
  • Panaskan minyak dan goreng
  • Sedia untuk dimakan


Maaf la ye..cara-cara nak buat tu x dapat nk tunjuk....sebab laju je tangan menekap roti tu...sebab takut eskrem tu cair....hehe..(ke da x sabor nak masuk perut)....baki2 roti yang ada jangan plak dibuang..kalau rajin bole buat puding roti atau finger bread...aku?? calit je ngan eskrem tu terus masuk molot....perghhh..nikmat.....

Bagi aku sedap la if makan panas2 bile tergigit eskrem dalam tu lagi la bertambah nikmat...budak2 pun suke apatah lagi bapak2 n mak budak...anyway selamat mencuba ye....