Thursday, May 30, 2013

Makan2 gemukkan badan

Sempena meraikan farewell seorang
kawan yang akan bertukar keluar...
pastinye jamuan yg ringkas tapi
mengenyangkan....haha...makan dan
makan....menunye nasi  lomak la..
apo laie...



With Cik Ta n Kak Fid...





Ajis n my boss...

Sunday, May 26, 2013

End of Cuti2 Malaysia - Day 4

Ari ni ari last kami kat sini...rase mcm x puas
nak menghirup angin laut...huhu...
Sebelum balik, sempat la posing kt depan
pintu masuk kt chalet...




Amboi rayyan...posing je ye nak...
x muat dah bonet nak bawak balik..


Amboi abg Irfan....sori la syg mase x mengizinkan
irfan nak naik motor tu...




Bergambar dengan mak cik Maznah yg sgt2
baik hati...pk cik bertugas di luar kawasan..
apepun, thanks a lot uncle Norman
kerna membuatkan kami sgt2 seronok bertandang 
ke Terengganu...

Ok...perjalanan diteruskan lg menuju ke Kuala
Terengganu...kami ke Pasar Payang pusat 
jualan batik...dapat la beli souvenir utk abh,
bapak mertua, mak dan mk mertua...



Dan sblm nak balik sempat la singgah kt umh
kawan satu opis yg kebetulan blk ke kg..
Dalam kol 5 Kak J bwk kami ke Kg Losong,
pusat menjual keropok lekor yg sedap...
kol 6 baru settle membeli belah di situ..
orang x pyh ckap la mmg kne beratur ok...

Kol 6.30 ptg kami gerak balik ke rumah mak
di Bandar Seri Jempol. Berhenti jap kat Muadzam
Shah untuk berhenti makan...tp kesian pulak nk
kejut anak2 yg sedang tidur kesedapan.....



Smp umh mak dlm kol 1
pagi..ape lg...terus x sedarkan diri....
Selamat Malam semua.....

Saturday, May 25, 2013

Bukit Keluang Beach Resort - Day 3

Morning....ari ni misi ke belah Terengganu pulak...kebetulan pak cik aku mmg dok Besut..bertugas di IPD Besut da 6 tahun...cadangnye memang nak lepak rumah die....so dalam pukul 11 lebih kami da check out dari Sri Sentosa Inn di Wakaf Che Yeh..p isi perut dlu pastu baru la teruskan perjalanan...


Turn mama drive ari ni...dari Wakaf Che Yeh ke Besut amek
mase dalam 2 jam mcm tu..singgah beli tembikai sat utk buah 
tangan ke rumah pk cik..smp umh pk cik dalam kol 1 lbh, 
terus makan, solat n rest jap.....

Dalam kol 2 lebih my uncle ajak keluar....
alamak, cuaca kt luar masih panas..my laling
pn tgh tido...cmne nk kejut ni...
katenye nak bwk ke suatu tempat...okla..
dgn wajah kepenatan kami pn polo la my
uncle...smp 1 tmpat tu nampak ombak laut..
xkn nak p pantai tgh2 ari bute cmni...hati
mula nak hangin..tibe2 pkcik belok ke satu
kawasan chalet...Bukit Keluang Beach Resort..

Dan...rupenye my uncle wt suprise kt kami
satu family utk bermalam di chalet tersebut..
mcm dapat hadiah je weh....teruja sgt...
syukur..rezeki...pk cik lepak2 dlu ptg nt kite
p lepak tepi pantai....argghhhh....td ngantuk
tetibe segar balik.....haha....thanks so much
uncle...







Design dari atas chalet...unik sungguh...

Aktiviti petang pulak kami lepak2 kt tepi pantai..


My Laling tgh dok main layang2..


Rayyan excited jumpe pasiq lauttt...

Nyaman sungguh dapat lepak2 macam ni
sambil pekena sata tganu...bdn mmg letih
tapi seronok...mlm nye kami ke rumah
pak cik utk makan mlm...jimat weh...
haha...balik chalet terus x sedarkan diri
kerana terlalu letih...

Thursday, May 23, 2013

Jalan2 ke Kelantan - Day 1 & 2

First time nak jejak kaki ke negeri Kelantan...cian kn..da 29 tahun x pnh jalan ke Kelantan...ari ni mmg da stat cuti smp ari Isnin semate2 nak berjalan sakan ke Kelantan n Terengganu...slalu dok dgr orang cite situ la sane la sini la pasal Kelantan...nganga je la aku nih...huhu...

So, lepas anta my MIL ke Pejabat Tanah dan Daerah Maran, Pahang...kami pn gerak la..lebih kurang dalam kol 4.30 ptg ari Khamis...dari umh my MIL aku la yg drive sian plak tgk my laling da drive dari Maran  ke Pasoh...tp kali ni kami ikut jalan Muadzam Shah...smp kt Muadzam kami isi perut dlu...da kenyang smbg blk perjalanan...

Pasangan sehati sejiwa bertiduran bersama...adik ni ngigau ke ape dik...

Kami smp ke pekan Kota Bharu dalam pkl 2.30pg...terus cari
hotel untuk check in...dpt bilik terus lena...smp la
kol 9 lbh baru bangun bersiap dan terus check out
dari hotel utk memulakan pengembaraan..hehe....
Destinasi pertama adalah ke Rantau Panjang....


Yehaa!!!..da sampai.... pusing2 kt area cni x masuk kedai zon
bebas cukai beli coklat...pastu kami keluar dari cni...


Nak keluar dari pekan Rantau Panjang tu kene tahan dengan
pegawai kastam...diorg check n tanya beli barang ape...
x beli apepun cik, coklat ajerrr.....
Ok, pastu kami ke Pengkalan Kubor plak...


My Laling tgh melayan anak bongsu kami nak pilih mainan...

pilih ye papa...jangan x pilih....


Antara barang yg dibeli kt cni toto, kerepek2, asam2,
tudung2, mainan rayyan n irfan...kt cni mainan bole 
dapat besar dan murah...

Kol 5 lebih kami menghala ke Wakaf Che Yeh pulak..
ntah ade tmpat nak tdo ke x mlm ni...risau jugak
kalau xde port..nasib baik ade kwn my laling da
kol awl2 tokei Sri Seroja Inn bgtau utk reserve kan
1 bilik...syukur sangat..almaklum la main terjah je..



Aktiviti malam pastinye memang nak serbu ke
bazar larut malam wakaf che yeh...yehaaa!!!!
Lebih kurang mcm duntown n uptown je rupenye..

Da penat round satu bazar, tibe la masenye
memanjakan diri..my laling amek kesempatan utk
urut kaki...lenguh katenye....wah..bestnye..
tp servis utk kaum lelaki shj ye..kaum wanita tarak...



Selesai sesi urut mengurut, kami pn masuk ke bilik
dan berehat...penat sungguh satu hari meroundkan diri...

Jumpe esok yeah!!!! nite.....

Tuesday, May 21, 2013

Borong handbag Palatino...

Ari ni satu opis borong handbag Palatino...
konon nak buat raye tapi sume da gaye sakan...
Tan Palatino ni slalu wat jualan terutama kat Putrajaya..
Kualiti handbag die mmg 1st class...
Harga pun antara RM300 ke atas...
selain handbag die pn ade jual purse dan kasut..
yang paling penting plan BAA...
thats why i like...haha...


Sebahagian handbag yang dipertontonkan...
kasut die x bwk sb ramai yg nk tgk handbag..


Taraaa.....sume bergaye ngan beg baru...
Dari kanan Ita, Liza, me and Ani...
ibu mengandung yang nk bergaye jugak...


Ini la handbag saye...kaler die x lah terang 
mcm ni...hijau redup2 je...jarang org pkai..
sblm nak beli kne tny cik abg...
cik abg kate cantik gak....so apelagi....
kasi grab la 1....


Kebetulan pakai handbag baru dan baju baru 
sekali....haha...layannn......

Monday, May 20, 2013

:: 8 CARA MENJADI ISTERI DAMBAAN SUAMI ::


1. Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Sunday, May 12, 2013

" Selamat Hari Ibu "

Selamat Hari Ibu buat Ibu Tersayang
PN FADZILAH BINTI TASLIM
Semoga mak sentiasa sihat ke akhir hayat...
Semoga mak sentiasa gembira di samping orang2
yang mak sayang..
Semoga segala hajat mak dimakbulkan olehNya..
Kakak sayang sangat kat mak...
Tak lupe jugak buat ibu mertuaku
PN HAZIZAH BINTI DEBAT
Love u mak...
Thanks a lot juga buat my hubby dan anak2 yang wish
hari ibu kat mama n bwk mama raikan kt Tasik Idaman...
terbaek la DJ Tasik Idaman yang buat sambutan
utk ari ibu malam td...
Mama akan buat yang terbaik untuk kamu...
Love u sangat2 my 3 hero!!!



Friday, May 10, 2013

PRU 13....

Nak cite pengalaman mengundi buat kali ke2
pada 5 Mei 2013 yang lps..
Tahun ni kami adik-beradik akn mengundi same2 kt kg...
cume my laling je x dpt mengundi same ngan kami...
sebab balik mengundi kt kg nye..bkn jauh pn...
Jumaat mlm sbtu aku dpt info kerajaan Selangor bagi
cuti pd hari Isnin sempena hari mengundi..yehaaa!!!
Pg2 sabtu kami pn gerak balik ke kg..feeling mcm nk raye je
almaklumla 5 tahun sekali....


Pagi2 sume bangun awl utk keluar mengundi..dan org yg 
paling2 terawal adalah abah aku..excited betul abah..
aku terpakse pegi dengan my sibling almaklum la
aku dan hubby terpkse berpisah arah...
Irfan dan Rayyan nk jd bodyguard papa...
mama jugak yang kesorangan....huhu...
Sempat la snap sebelum kuar mengundi...Belia Jempol
yang semangat nk g mengundi....


Sementara nk tggu giliran mengundi, tetibe ade
kawan satu sekolah tegur...Eh, Siti...haha..
dlu mase skola name glamer Siti...tp bile da kj
kt Putrajaya my CC kt JPA dlu la yang letak
name Yanna...ade gak yang panggil C'Terq..
Yang baju merah tu Rahman...kwn dari sekolah
rendah...budak pandai kt skola dlu...yang bertudung 
maroon tu la Jue...slh sorg bestfren mase zaman 
skola rendah...mantain mcm dlu gak ko Jue...


Ha, utk tahun ni utk Dun Jempol Aishah penyanyi
bertanding dengan Tan Sri Isa Samad...tp kemenangan
berpihak kepada BN...ni info aje ye...xmo ckp byk2 psl politik...
hehe....dekat kol 2 pg jugak la aku tido nak tau
pasal keputusan pilihanraya...yang bestnye 2 round
kakak ipar aku buat megi goreng...laporrr...


yang x beape bestnye plak pasal cuti pada hari Isnin tu..
Ade yg kate cuti ade yg kate keje...
whatever la weh...yang penting aku mmg x dtg la
klu kate kj mmg aku terpkse EL la ye..
malas nk pk byk2...n lastly dapat tau CUTI..
kesian kt kwn2 yang dtg kj tu...lain kali tlg la ye
pihak pngurusan atasan...bagi la confirmation 
betul2 perkara2 mcm ni...lagipun aku da book utk 
servis kete Isnin tu...hujung bulan ni nak jalan jauh...

Yeeeehaaaaa......!!!!!!

Thursday, May 9, 2013

Genting Highlands....here we come!!

Tahun ni hari pekerja jatuh pada hari Rabu 1 Mei 2013...kalau dok
umah terase pulak boring...so, mcm biase la as a mum perkara
yang paling best adalah bwk hero2 berjalan2....so, kami
decide ke Genting Highlands..rasenye dah
 5 tahun x ke sane...sambil2 nk hirup cuaca sejuk...huhu...

Tempat 1st yang kami pegi sebaik aje smp sane adalah ke
Genting Skyway aka cable car...sementara masih awal mmg
 klu bole xmo menunggu terlalu lame nk queve...so far bile sampai
sane terus je beli tiket utk 3 orang...Rayyan x kne caj sb below 90cm..
.so kami amek tiket 2 way dalam RM 36..satu kepale
 RM 12..kalau 1 way je rege dalam RM 6 satu kepale...
ok settle beli tiket kami pun naik ke balai pelepasan...
cewahh..mcm nak naik kapal terbang plak...tgk pengunjung mase
 tu ok la x la lame sangat menunggu dalam 1/2 jam baru dapat
berlepas...da lame x naik kecut perut jugak..
.bile da naik wow...nervous tu da ilang...tp tu la..x mcm kable car
kat langkawi bole tgk pemandangan seluruh pulau...kami kt cni
cume dapat tgk hutan belantara aje la....x kisah la janji ank2 hepi...
  

Kami da berlepas...lebih kurang 20 minit kami akan berada kt dalam ni...



Kami sedang menuruni bukit.....


Posing sat dalam kable car....hujan rintik2 plak time ni...


Cenderahati untuk dibawa pulang...skali dengan frame RM55 ye..
kalau pic sahaja RM 35...bole tahan beb rege....huhu...

Ok, settle kat skyway kami mendaki pulak ke First World...cadang bawak
bebudak main Indoor games aje...Outdoor kami x masuk sbb
 rase rugi pulak masuk tapi takut nak main....da sampai terus g
kaunter p beli tiket..



Total tiket kami RM102.00...Rayyan still x kene caj...best3...
lepas beli tiket terus ke kaunter wristband...





Ha....nak cite mase kat Genting aku jumpe ngan Johan....
hehe...sempat la snap pic ngan die..mmg x sombong la die...
Terbaekkk la.....


And also his wife...si Olynn pn x sombong gak...
memang best la korang..


Bile da puas main...kami pn gerak balik....dkt nak maghrib jugak la
baru sampai rumah...sume da kepenatan....
apepun....H.A.P.P.Y.!!!!!