Saturday, February 23, 2013

Kebaikan makan yogurt...I'm lovin it!!

Pagi ni tetibe rase nak post entry berkaitan kebaikan makan yogurt.. pg td mase nak on the way g keje, aku pn singgah la kat Petronas utk beli makanan ringan buat kunyah time kj nanti..aku beli egg sandwich, kacang2 and mase nk beratur kat kaunter, tibe2 terpandang peti sejuk Nestle Bliss..of course la aku grab my peberet yogurt..


Ni yogurt yang aku beli kat petronas tadi...

Ok, nak dijadikan cerita kalau ikutkan ari Sabtu mcm ni aku sepatutnya cuti..tapi hari ini my turn keje di Unit Haemodialisis..lepas abis register patient sume, aku pn teringat nak makan yogurt yang aku beli tadi..mase tgh makan tetibe aku terfikir kenapa aku suke sangat kat yogurt erk..ape yg best dan ape function die kt dalam badan kite..mcm biase la search pny search rupenye mmg byk khasiat nye dan merupakan bakteria baik dalam tubuh kite...and make sure yogurt  yang anda makan adalah yogurt rendah lemak..


Antara kebaikan yogurt dan fungsi kepada tubuh adalah :

  • Yogurt bagus untuk sistem imun kita kerana yogurt merupakan bakteria baik atau kultur hidup yang dapat menghalang jangkitan fungus. Ia juga bertindak sebagai antibiotik dalam tubuh kita. Ia juga dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit di saluran pencernaan.
  • Bagus untuk ibu hamil dan juga ibu dalam pantang. Yogurt mengandungi kandungan serat yang tinggi dan boleh menjana penghasilan susu ibu. Bakteria baik dalam yogurt berfungsi menghadamkan laktosa iaitu gula semulajadi dalam susu. Ia bertindak merangsang sistem pelalian dalam saluran usus dan menjadikannya lebih sihat dan berfungsi dengan lebih baik.
  • Bagus untuk sistem penghadaman. Bagus bagi yang mempunyai masalah sembelit dan juga bagi yang ingin mendapatkan perut yang cantik dan kempis. Yogurt kaya dengan vitamin A, tiamin, niasin, ribofflavin susu, zat besi, forforus dan kalium. Jadi yogurt bole diambil secara kerap. Zat2 yang terkandung di dalamnya amat baik untuk perkembangan kanak2. Kandungan kalsiummya yang tinggi dapat membantu proses tumbesaran dan juga membina tulang serta gigi yang kuat.
  • Yogurt juga dapat mengelak daripada jangkitan dan mengurangkan risiko tumor pada saluran kencing atau organ lain. Ia juga dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah dan mengelakkan serangan jantung.
  • Kajian juga membuktikan pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurang risiko jangkitan pada faraj. Candida atau yis jangkitan vagina adalah masalah biasa bagi wanita yang menghidapi kencing manis. Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan. 
  • Bagi yang sedang berdiet,elok la memilih yogurt rendah lemak. Gantikan sarapan pagi atau supper dengan sebotol yogurt rendah lemak. Diet juga memerlukan sokongan gizi sumber makanan lain juga.
Lepas ni nk try yogurt kat sogurt plak..mcm best je...So, marila kite same2 amalkan makan yogurt ni demi manjaga kesihatan tubuh...

Friday, February 22, 2013

Congrat my frenzzz....

Hari ni p melawat kawan baikku Kak Fid yang baru lepas bersalin anak ke 4 semalam..Baby boy again..4 boboi...apepun baby sihat dan so cute..bile pegang baby, tibe2 rase mcm nak preggy lg plak..da lame rase x pegang baby..haha...bile pk balik biar la dulu..mau puas pasang badan dulu..haha..poyos jek...Ape2pun tahniah buat kak fid dan suami for new baby..lepas ni cari gugurl plak ye..

 Baby boy...3.22 kg...

 Geram3....

Smpt la posing ngan baby new born....

Amboi Cik Ta...cpt2 la ye...Gaya ibu da ade tu...

Dan bermulalah episod aku menanggung tugas2 Kak Fid..walaupun kene buat dua kerja tapi aku bersyukur mungkin ini rezeki utk anak2ku...dan alhamdulillah, semalam da dapat taska day care baru untuk Irfan..Syukur kerana urusanku dipermudahkan olehNya..Stat 1 Mac nanti Irfan akan berpisah buat sementara dengan adik..Aktiviti Irfan pn akan padat lepas ni balik sekolah rendah, mandi, makan, mengaji dan latihan solat..lega segalanya dipermudahkan...amin...

Sunday, February 17, 2013

Majlis Aqiqah Zahrul Idzihar

Anak buah semakin bertambah nampaknye tahun ni..terbaru anak buah sebelah my laling..tahniah la buat abang ipar dan birasku kerana dapat baby boy utk 3rd baby ni...bukan main suke la si kak long ngan kak ngah (kakak2 baby) tu..

Ari ni abang ipar ade buat kenduri aqiqah kat rumah mak mertua..apelagi klu da name kenduri of course la kene rewang kan..aku sekeluarga tghari sabtu baru la smp ke kg..mak mertua dan pak mertua la org paling sibuk..malam semalam diadakan majlis tahlil dan doa selamat..so ptg smlm da stat la orang blok datang rewang..time yang anak2 aku suke bile orang datang anta kambing untuk aqiqah.. Rayyan asyik dok peluk aku bile tgk kambing tu mcm nak lari...


Irfan panggil ni kambing bandottttt!!!

 Nampak x my lil hero tgh buat ape..basuh cawan..yang klakanye diorang dok kutip cawan atas meja makan, yang bestnye orang tu x bis makan lg....hadooiiii....anak..anak..
 Hamboi Rayyan...patut la kamu basah lencun...main air ropenye...
Yang pakai baju kuning tu paling Rayyan takut..name die abang Jeman (Zaman nama sebenar),
sebab abg ni suke sakat Rayyan..skrg namenye da tukar jd Mak Jemah..haha..kitorg la yang bagi name tu..bile sebut name Mak Jemah je Rayyan mesti nangis dan pelok aku kuat2...klaka la ank mama sorang ni..muke ganas tp jiwa halus....

ari ujan la plak lps kenduri..seb bek ade topi ajaib ni...huhu..

Inilah die baby Zahrul Idzihar...adik kepada Kak Long Zahra Izzati & Kak Ngah
Zahra Izziyani...smg kamu jadi anak yang soleh.....amin....

 

Soal jawab berkaitan Korban dan Aqiqah

1. Apakah bezanya Korban dan Aqiqah?
Korban hanya boleh dilakukan pada Hari Raya Haji dan 3 hari selepasnya. Ia adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan memberi daging kepada orang miskin dan ahli keluarga serta sahabat handai. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Tiada seorang dari kamu harus melakukan korban sehinggalah kamu telah melakukan solat (Eid)”.


Aqiqah adalah ibadat yang dilakukan bagi anak yang baru lahir. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga anak itu baligh. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Seorang anak lelaki sedang diikrarkan untuk aqiqah, ia dilakukan pada hari ketujuh, rambutnya dicukur dan dia diberi nama.” Kedua-dua ibadat ini adalah sunat.


2. Adakah aqiqah cuma boleh dilakukan untuk bayi yang baru lahir sahaja?


Aqiqah boleh dilakukan untuk anak selagi mana anak itu belum baligh. Jika anak itu sudah baligh, maka adalah lebih baik dilakukan ibadat korban.

Aqiqah boleh dilakukan bila-bila masa, tetapi korban hanya boleh dilakukan pada hari-hari tertentu sahaja dalam bulan Zulhijjah.

3. Bilakah waktu yang paling sesuai untuk aqiqah, cukur rambut dan khatan untuk bayi yang baru lahir?
Adalah sunat untuk dilakukan aqiqah dan cukur rambut pada hari ketujuh selepas kelahiran anak itu. Maka, adalah baik didahulukan cukur rambut pada hari ketujuh. Kemudian apabila ada kesempatan, seperti pada Hari Raya Haji, lakukan aqiqah anak itu. Tempoh aqiqah adalah sehingga anak itu baligh. Khatan pula baik dilakukan ketika anak masih kecil agar ia tidak ingat kesakitan yang dilaluinya. Namun, tidak mengapa ia ditangguhkan sehingga anak itu besar.

4. Bolehkah aqiqah ditangguhkan jika ibu bapa tidak mampu?
Aqiqah hanya digalakkan setelah seorang anak itu lahir, sebaiknya 7 hari selepas kelahirannya. Jika pada waktu itu kedua ibu dan bapa anak itu tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah, bolehlah ditangguhkan sehingga mereka mampu. Aqiqah boleh dilakukan sehingga anak itu belum mencapai usia baligh.

5. Berapa ekor kambing yang harus diaqiqahkan untuk anak lelaki?
Adalah sunat bagi melaksanakan aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing jika mampu. Namun, jika tidak, seekor pun memadai. Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Dua ekor kambing yang menyerupai (dalam usianya) disembelih untuk seorang lelaki dan seekor untuk seorang perempuan.”

6. Bolehkah seorang selain dari ibu bapa melakukan aqiqah untuk seorang bayi/kanak-kanak?
Dibolehkan melakukan aqiqah untuk seorang bayi/kanak-kanak oleh seorang selain dari ibu bapanya lebib-lebih lagi orang yang menjaga bayi atau kanak-kanak itu. Ia sebaiknya dilakukan pada hari ketujuh selepas lahirnya bayi tersebut.

7. Bolehkah seseorang itu melaksanakan aqiqah untuk anak angkatnya?
Aqiqah boleh dilaksanakan untuk anak kandung dan juga anak angkat. Ia sebaik-baiknya adalah pada hari yang ketujuh selepas kelahiran bayi.

8. Bolehkah digantikan aqiqah beberapa ekor kambing dengan seekor lembu?
Seekor lembu boleh disembelih atas 7 nama, tidak kira samada ia merupakan 7 individu, atau beberapa individu. Disunatkan bagi binatang yang diaqiqahkan agar tidak dipecahkan tulang-tulangnya. Dagingnya pula dibahagikan seperti berikut: sepertiga untuk fakir miskin, sepertiga untuk keluarga dan sahabat handai, dan sepertiga lagi untuk anda sekeluarga.

9. Adakah boleh melakukan aqiqah untuk anak di luar negara, kerana di Malaysia ia kebanyakannya dilakukan di hari raya Aidiladha saja?
Aqiqah boleh dilakukan di mana sahaja, tidak kira dalam negara atau luar negara, tidak kira samada disaksikan oleh orang yang lakukan aqiqah tersebut atau tidak. Selagi mana sewaktu membeli kambing tersebut ia telah jatuhkan niat sebagai aqiqah dan tukang sembelih berniatkan aqiqah ketika sembelih, maka aqiqah tersebut adalah sah.

10. Bolehkah seseorang itu mengerjakan ibadah korban/ aqiqah untuk yang sudah meninggal dunia?
Korban dan aqiqah hanya boleh dibuat untuk orang Islam yang masih hidup. Oleh itu, tidak boleh mengerjakan ibadah korban untuk yang sudah meninggal dunia. Adalah lebih baik berdoa, membaca Al-Quran atau bersedekah atas nama mereka yang sudah tiada dan berharap agar pahala ibadah-ibadah tersebut sampai kepada mereka.

11. Bagaimanakah caranya melakukan ibadah korban buat ahli keluarga yang masih hidup?
Cara melakukan korban untuk ahli keluarga yang masih hidup adalah dengan memberikan mereka wang untuk membeli kambing korban ataupun untuk membelikan lembu korban untuk mereka. Walaubagaimanapun, izin mereka haruslah diminta dahulu. Apabila waktu korban telah tiba, tukang sembelih akan menyebut nama mereka yang melakukan ibadah.

12. Perlukah seseorang itu menunggu sehingga segala hutangnya diselesaikan sebelum melaksanakan ibadah korban?
Sekiranya hutang tersebut ada tempoh untuk membayar dan kita yakin bahawa kita mampu membayar kembali hutang itu, maka itu tidak menghalang kita dari melakukan ibadah korban. Sayugia diingatkan disini bahawa hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat dan bukanlah wajb, maka jika melaksanakan ibadah korban akan membebankan seseorang itu, maka tidak mengapa jika tidak melaksanakannya.

13. Kepada siapakah daging korban harus diagihkan?
Daging korban dibahagikan kepada tiga: 1) Sepertiga untuk fakir miskin.2) Sepertiga untuk ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat-handai walaupun mereka tidak mengharapkannya.3) Sepertiga untuk diri sendiri, dan bahagian ini boleh dimakan atau diberikan kepada orang bukan Islam. Walau bagaimanapun, jika ia merupakan korban wajib seperti nazar, maka yang membuat korban itu tidak boleh mengambil daging tersebut.

14. Bolehkah daging korban diberikan kepada orang bukan Islam?
Korban merupakan satu ibadat yang mendekatkan diri seseorang kepada Allah s.w.t. Sebahagian ulama mengkhususkan pembahagian tersebut hanya kepada orang Islam sahaja demi memelihara dan menjaga ibadat tersebut. Namun ianya tidak menjadi satu kesalahan jika daging korban yang telah dimiliki seseorang melalui pembahagian daging tersebut diberikan kepada teman atau jirannya yang bukan Islam. Hal ini sesuai dengan konteks masyarakat majmuk negara ini yang bergaul sesama masyarakat bukan Islam.

15. Bagaimanakah seseorang itu menerangkan tentang ibadah korban kepada mereka yang menganggapnya sebagai kezaliman keatas haiwan?
Jika tujuannya untuk membantu fakir miskin, bukankah pilihan lain lebih bersesuaian?
Perkataan Korban berasal dari perkataan “qaraba” yang bermaksud mendekati dan dalam konteks ibadah korban pula, bermaksud mendekati Allah dengan mengikut perintahNya agar mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dengan pemberian daging korban atau amalan-amalan yang lain.
Perkara ini mungkin tidak boleh diterima oleh ahli vegetarian, penyayang haiwan dan kumpulan-kumpulan hak asasi haiwan yang menentang segala kekejaman terhadap haiwan. Walaupun pandangan golongan ini harus dihormati dan difahami, keperluan dan amalan golongan yang memakan daging (maserba) yang bersifat majoriti harus diambil kira juga.
Islam membenarkan manusia memakan daging dan sayuran kerana ia akur bahawa manusia secara semulajadi termasuk dalam golongan pemakan daging (maserba) dan mempunyai kedua-dua jenis gigi untuk memakan daging dan sayuran iaitu molars dan canine.
Akan tetapi, kebenaran ini datang dengan beberapa syarat dan syarat terpenting adalah larangan keatas segala kezaliman atau kekejaman ke atas haiwan. Ia juga melarang segala penganiayaan terhadap tumbuh-tumbuhan dan bumi kita.Sehubungan dengan soalan diatas, sayugia diterangkan disini bahawa walaupun Islam membenarkan manusia memakan daging, ia tidak bermaksud bahawa mereka boleh memakan apa sahaja yang diingini dan seberapa banyak yang diingini .
Islam telah memberi garis panduan tentang haiwan manakah yang boleh dimakan (halal) dan manakah yang dilarang (haram). Hanya haiwan pemakan sayuran atau tumbuhan (herbivores) adalah halal dimakan. Akan tetapi, memakan daging haiwan yang eksotik tidak digalakkan kerana tujuan asas memakan adalah untuk terus hidup dan bukan sebaliknya.
Tidak perlu untuk memakan daging haiwan seperti zirafah dan kuda belang kerana haiwan yang dibela jinak seperti kambing, lembu dan ayam lebih dari cukup.Islam melarang pembunuhan segala jenis haiwan yang tidak bermoral. Haiwan harus dibunuh dalam dua keadaan sahaja. Pertama, apabila ia membahayakan nyawa manusia. Dan kedua, apabila datangnya keperluan untuk memakan daging haiwan.
Dalam hal ini, Islam telah menetapkan cara yang terbaik yang penuh belas kasihan untuk mengambil nyawa haiwan. Sebagaimana yang dikatakan di Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t telah memutuskan bahawa segala amalan harus dilakukan dengan belas kasihan. Jikalau seseorang itu harus membunuh seseorang (didalam peperangan atau sebagai hukuman mati) bunuhlah ia dengan belas kasihan.
Dan jikalau seseorang itu menyembelih seekor haiwan, sembelihlah ia dengan belas kasihan. Asahlah pisau yang digunakan dan izinkanlah haiwan itu berehat sebanyak mungkin.”Dengan itu, sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang Islam untuk mengasah pisau sebelum menyembelih. Pisau yang tajam akan memastikan pemotongan yang cepat dan bersih di saluran nafas dan saluran makanan dan minuman. Ini akan menyebabkan haiwan itu mati dengan serta-merta dan mengelakkan ia dari rasa terseksa. Haiwan itu juga harus dilindungi dari mana-mana tekanan, seperti mengasah pisau didepan haiwan tersebut.
Menurut cara penyembelihan Islam, kedua-dua urat saraf utama si haiwan itu harus dipotong tanpa memenggalkan kepalanya. Pemotongan kedua-dua urat tersebut akan menyebabkan kehilangan darah yang amat banyak di jantung dan otak dalam waktu yang singkat dan seterusnya menyebabkan penutupan kedua-dua organ tersebut secara serta-merta. Dan ini akan memastikan kematian yang cepat dan tidak menyakitkan.
Sebuah kajian yang dilakukan oleh Universiti Hanover di Germany telah membuktikan bahawa cara penyembelihan Islam akan memastikan bahawa haiwan yang disembelih itu akan mati hanya 6 saat selepas pemotongan. Memang terdapat banyak pilihan atau alternatif yang lain untuk membantu golongan fakir dan miskin. Satu contoh ialah dengan memberi sedekah atau dengan memberi mereka makanan.
Memandangkan bahawa kebanyakan dari mereka bukan dari golongan vegetarian, memberi mereka daging adalah sesuatu yang mereka amat menghargai kerana sayur-sayuran agak mudah didapati kerana harganya yang murah akan tetapi daging bukanlah sesuatu yang mereka mampu untuk membeli. Kekejaman terhadap haiwan yang dilakukan segolongan manusia, samada Islam atau bukan Islam, tidak patut menghalang seseorang itu dari memahami matlamat dan hikmah sebenar di sebalik ibadah Korban dan cara Islam yang penuh belas kasihan dalam menangani isu kekejaman terhadap binatang.

16. Mengapakah umat Islam menyambut Hari Raya Haji?
Islam telah menetapkan dua sambutan agama bagi umatnya iaitu; Hari Raya Puasa (Eid Al-Fitri) dan Hari Raya Haji (Eid Al-Adha). Sambutan Hari Raya Haji adalah sempena peristiwa yang berlaku antara Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. mengenai ujian yang diturunkan Allah s.w.t kepada mereka.“Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); ia taat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik. Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.” (Qur'an 16:120-121)

SOALAN YANG MENJADI PERBAHASAN!!

Bolehkah berkorban bagi pihak orang yang telah mati?

Jawapan ulamak:
Ibadah korban ialah ibadah menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau, dan kambing pada hari raya `idil Adha dan tiga hari Tasyriq kerana Allah. Berkorban hokumnya sunnat muakkadah. Ini berdasarkan firman Allah:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: ?i>maka hendaklah kamu kerjakan solat untuk Tuhanmu dan menyembelihlah?
(al-QurAn, al-Kauthar; 2).
Juga berdasarkan hadis Tirmizi:
أُمِرْتُ بِالنَّحْرِ وَهُوَ سُنَّةٌ لَكُمْMakusdnya: Aku diarahkan untuk menyembelih sedangkan ia sunat bagi kamu?

Berkorban adalah satu syiar yang mesti dizahirkan terutama oleh orang berkemampuan hinggakan Imam Malik berpandangan ianya wajib.

Menyembelih adalah Sunnat Kifayah bagi sebuah keluarga. Maksud Sunnat Kifayah ialah apabila salah seorang ahli keluarga melakukannya semua ahli keluarga mendapat pahala.

Malah kerajaan juga sunat berkorban bagi pihak orang Islam menggunakan harta Bait Mal.

Adapun berkorban bagi pihak si mati ia menjadi khilaf di kalangan ulama berdasarkan khilaf mereka tentang amalan si hidup adakah memberi manfaat kepada si mati. Pandangan yang shah (paling tepat) dalam mazhab Syafie ialah tidak harus melainkan dengan wasiat daripada si mati. Wallahua`lam

Moga apa yang dibincangkan ini dapat memberi manfaat dan menambahkan pengetahuan kita mengenai ibadah tahunan yang kita lakukan setiap tahun. Segala kesilapan atau salah faham mengenai ibadah korban yang kita lakukan sebelum ini, sama-samalah kita perbetulkan dan mohon keampunan kepada Allah SWT.

Monday, February 11, 2013

::2nd day at Cherating::

Anak2 masih letih agaknye, kol 9 lebih pn belum bangun lg..nak kejut kesian pulak..tp kne jugak kejut sb tgk cuace kt luar mendung dan mcm nk turun lg ujan...dalam kol 10 baru kami keluar dari hotel..mmg tepat sangkaan aku..ujan rintik2 da kelihatan..oh tidakkk...


Tgk la anak2 bujang aku ni..tdo x mo pkai baju..



Dua2 baru nk amek mood bangun tdo..sarapan susu dlu..

Sampai je sane, angin laut makin kuat..ujan rintik2 pn makin deras...so, jln2 je la tgk pemandangan, snap sikit2 n bli souvenir ...



Just arrived...

 Irfan sdg menikmati keindahan pantai...ngences x pat mandi tu...hehe...
 


Baru perasan pic my laling xde...mmm...die tukang snap pic..sorry ye bie...hehe..


Ole2 dr Cherating untuk diri sendiri dan family..

Disebabkan cuaca yang x brp nak besh time tu, kami pn decide utk balik ke Bangi..klu ikut planning dari Cherating ke Besut melawat pak cik kt sane tp nampaknye xde rezki nk ke sane..Sebelum bertolak balik, perkara wajib klu datang cni mesti la mambeli belah keropok lekor...tara......

Antara kepok2 lekor yang dibeli di Kemaman...


Da mcm tongkang pecah my mpv...





Anak2 ku kelaparan sungguh..abis bdk berdua ni makan golden wrap...siap request nasi tambah lagi..
like2 tgk kamu berdua selera sungguh...goodboy!!!

Sunday, February 10, 2013

Short honeymoon..cherating aku datang!!!

Akhirnya sampai jugak aku ke destinasi yang dituju dengan selamat...walaupun hujan rintik2 sepanjang hari..cuaca mendung mmg x nmpk matahari lgsg..klu jln jauh mmg x letih la..tukar2 drive ngan my laling..kejap2 benti beli makanan ringan...gerak dari umah mak dalam kol 4 ptg, sampai sane dalam kol 8.30 malam...klu x planning nk g bercuti mmg mcm ni la jadinye..x tau mane nk check in..klu cuti lame2 mcm ni mmg full ler jwbnye..abis sume chalet aku gegar...ungkapan yang xmo didengar..maaf, da full...huh!!!!

Apelagi, tukar ke plan B la jwbnye..terpakse ke Bandar Kemaman utk cari hotel kt sane..padahal da berangan2 bangun je tido nk hirup udara laut yang nyaman..xde rezkiku..huhu...nk ke bandar x de la jauh sangat dalam 10 minit mcm tu...byk jugak hotel kt area cni..sedang aku tercari2 hotel, tibe2 ade kete lalu dpn aku..mcm ku kenal je kete itu..ohhh..ani rupenye (my opismate)..kebetulan die mmg nk turun ke bandar kemaman cari maggie ketam..(ngidam ler bby dlm peot tu)..

Finally.......jmp la satu hotel ni..yang x berape nak penuh...syukur, ade jugak tempat anak2 nk tido dengan selesa malam ni..lepas check in, pegi isi perut yg da lapor ni..lps mkn blk hotel n rest time...baru terase penat dan lenguh bdn2 ni...da lame x drive jauh mcm ni..kol 10 aku da belayar...ZZzzzzzZzzz...



Hotel yg aku duduk ni sbnrnye baru je dibuka..facility dlm room die mmg bersih dan berpatutan dengan harganya..cume yg x bestnye bilik airnya x de bath tab..hehe..klu ade jakuzi ke kn besh..haha...poyossss...anyway, ok la..i give 9/10..
 
Sedang lena dibuai diulit intan, tetibe guruh berdentam dentum, hujan turun dgn lebat disertai angin yang kuat....takut la plak..aku selak kain langsir, lebat gile mcm nk ribut pn ade..tetibe teringat balik klu aku tido kt chalet td...mmm...lg la takut..dok plak tepi laut...serammmm.. k la...nk smbg tdo lek...nite....

Saturday, February 9, 2013

Wordless Saturday

Cuti 4 ari? Uhh..mmg x plan langsung nak berjalan...tapi...pagi2 lg ade org offer ajak ke suatu tempat...macam best je tmpt tu..x mo cite banyak..besok ade kenduri kt kg..lps kenduri baru gerak ke sane..in sha allah..kite hanya merancang, Allah yang menentukan....smg aku slmt sampai ke sane..



Wednesday, February 6, 2013

Irfan..Oo..Irfan...

Setiap hari bosan memikirkan apa yang nk dimakan time lunch hour nanti..huh...mmg buhsan gile mengadap makanan kt cafe tu..ari2 dok mengadap bende yang same..nak kuar takut plak parking xde balik karang..so ari ni kami makan di Enzo Kopitiam je la..dalam spital ni gak..bole la..makan dalam environment yang lain ckit...Menu biase la bile g ke enzo mesti order nasi ayam penyet...air pulak aku order teh dangdut...haha...nak minum apple asam boi atau honey lemon takut lak batuk datang balik..insaf kejap weh!!


 Teh Dangdut Enzo Kopitiam....

Sedang aku n the geng menunggu makanan sampai, tibe2 aku dapat kol dari Pak Cik Hashim ( pakcik van Irfan)..berdebar pulak aku tetibe..pakcik hashim tanye Irfan datang sekolah tak hari ni..aku kate la datang...pk cik tu kate Irfan x de kat tempat tggu van...aduhhh...mane pulak anak bujang aku nih...terus aku kol my laling bgtau..setelah beberapa minit, my laling kol bgtau Irfan telah dijumpai..rupenye die pegi beli makanan di kantin....mmmam...sabo je la...mama risau sgt keselamatan kamu sayang...jangan buat lagi ok..


Malam tadi, tgk Irfan  tertidur kat meja tulis sambil kat tangan pegang pensil..sadisnye aku tgk....penat sangat la tu..tidur la sayang..besok nak pegi skola..sweet dream my dear...

Tuesday, February 5, 2013

Air Anugerah ade yang tiruan?

Ade sape2 penah minum air anugerah x? Dgrnye air anugerah ni adalah air mineral semulajadi dengan bacaan 30 juzuk Al-Quran  dan doa-doa pilihan. Mase pegi Bandar Baru Bangi baru2 ni adalah bro ni n kawan die bukak booth, diorang dok jual barang2 keluaran Anugerah ni la. Antaranya set penjagaan muka, kismis pintar dll...tibe2 aku mcm nk try plak sb ari tu ade tanye kt mmber aku mane nak dapat air anugerah ni..ingat nak cube minum utk kesihatan dan dilindungi dari gangguan sihir..banyak lg kegunaannya..antaranya..

  • Kebaikan untuk diri sendiri - Menjadi penawar kepada beban kesakitan, melawan sebarang penyakit dari dalam, menjadi penyeri diri dan memberi tenaga.
  • Kebaikan untuk keluarga - Melindungi dari gangguan makhluk halus, memberi kesejahteraan rumahtangga.
  • Kebaikan untuk kanak-kanak - terang hati, mudah memahami pelajaran, melembutkan hati dan menguatkan daya ingatan
  • Kebaikan untuk ibu mengandung - mengurangkan sebarang penyakit ketika hamil, membantu pertumbuhan kandungan dan memudahkan proses bersalin. 

So, my laling pn beli la air dan kismis emas anugerah untuk Irfan. Tapi bile search kt google ade gak air anugerah yang tiruan..macam mane nak tau erk..google pny google jmp la info pasal ketulenan atau kepalsuan air anugerah ni..tgk pada kandungan botol tu..kat blkg sticker tu ade tulisan..cer korang cek nak tau air anugerah yang korang minum tulen atau palsu...

 Sumber dari google..

Origional

Kalium/ Potassium - 2.32 mg/L
Kalsium/ Calcium - <0.02 mg/L
Natrium/Sodium - 11.64 mg/L
Magnesium/magnesium - <0.02 mg/L
Florida/Chlorides - 0.64 mg/L
Jumlah pepejal /Total Dissolved Solids - 74 mg/L
pH - 7.5 mg/L

Tak Origional

Kalium/ Potassium - 2.6 mg/L
Kalsium/ Calcium - 15.8 mg/L
Natrium/Sodium - 10.0 mg/L
Magnesium/magnesium - 1.3 mg/L
Sulfat/Sulfate - 0.8 mg/L
Nitrat/ Nitrate - 0.1 mg/L
Jumlah pepejal /Total Dissolved Solids - 102 mg/L
pH - 6.9 mg/L

So, kepada sesiapa yang nak beli atau dah terbeli air anugerah ni, sila la check dlu ye..mane la tau anda dapat yang tiruan ke....anyway baru nak try air ni hope dapat khasiat dari kebaikannya..sblm tido bagi my lil2 prince minum dlu..nak pegi skola mkn kismis plak..smg kalian jadi anak yang soleh dan pintar...amin...